Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah beza melintas dengan melintasi? | perbezaannya dapat dilihat melalui definisi yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Empat seperti berikut; melintas = 1. lalu (dgn cepat): seorang Pak Haji ~ di hadapan peminta sedekah itu; 2. merentas (mengikut jalan yg terdekat), memintas: kita harus berjalan melingkari padang ini kerana tidak dibenarkan ~; 3. memotong jalan, menyeberangi jalan: tidak dibenarkan ~ jalan di sini; 4. teringat (ternampak, terkenang, dll) sekejap: benda pertama yg ~ di kepala Jusoh ialah Semaun; melintasi = 1. lalu di, melalui, mengharungi: pelayaran ~ Atlantik; 2. pergi ke seberang, menyeberangi: habis sahaja makan, Ismail ~ jalan ini menuju lori balak; 3. menghindarkan (kesulitan dll), mengatasi; | Tatabahasa | 20.10.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| sedekah (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sumbangan: derma, bantuan, fitrah, dana, khairat, kebajikan, hadiah, pemberian,
2. Bersinonim dengan kenduri: selamatan, lat, jamuan, moreh, selapanan, belota, bewah, tolak bala, hol, tambul, tambur, pesta,
| Kata Terbitan : bersedekah, menyedekahi, menyedekahkan, |
|
|