Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah beza sedar, prasedar dan tidak sedar? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf,mengerti.2. ingat kembali, bangun atau jaga(drp. tidur),siuman semula. Pra- bermaksud sebelum. Oleh itu prasedar bermaksud sebelum sedar. Tidak sedar pula mempunyai maksud yang berlawanan dengan maksud di atas. Oleh itu tidak sedar bermaksud antaranya tidak tahu dan tidak ingat. | Makna | 10.01.2008 |
apakah perbezaan penggunaan antara perkataan sedar dan menyedari? Bilakah sesuai menggunakan istilah sedar dalam ayat? | Mengikut Kamus Dewan Bahasa makna sedar ialah 1. tahu dan ingat (akan keadaan yang sebenarnya), insaf, mengerti. 2. ingat kembali, bangun atau jaga (drp. tidur), siuman semula. Contoh ayat: kau pun sedar bahawa penduduk kampung ini sudah lama menyuruh aku menyingkirkan kau dari sini. Menyedari pula ialah mengetahui (dengan rasa insaf), menginsafi. Contoh ayat: dia mula menyedari bahawa perbuatannya itu adalah satu dosa. | Sastera | 06.04.2013 |
Mak Ngah telah sedar dari/daripada komanya | Mak Ngah telah sedar daripada komanya. | Tatabahasa | 17.07.2012 |
Assalamualaikum. Di sini ada soalan yang ingin saya tanyakan mengenai salah atau betul penggunaannya. Diharap pihak DBP dapat membantu. Dia baru sedar '"dari" lena. ATAU Dia baru sedar "daripada" lena. Terima kasih atas perhatian dan bantuan pihak DBP. | Ayat yang betul ialah 'Dia baru sedar daripada lena' - kata sendi nama 'dari' digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan arah, tempat dan masa. | Tatabahasa | 11.04.2011 |
Apa beza HAFAL dengan INGAT? Adakah bezanya spt memorize dan remember? | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, ingat ditakrifkan sebagai masih ada dalam fikiran, tidak lupa:2. timbul lagi dalam fikiran, tahu, sedar 3. (dalam keadaan) sedar, siuman. Manakala hafal ialah sudah masuk betul dalam ingatan (tentang pelajaran) tanpa perlu melihat buku atau catatan; | Tatabahasa | 12.10.2013 |
sebahagian besar daripada pengguna dari negara ini mulai sedar dengan hak mereka dan menyarakannya melalui Persatuan Pengguna. MUNSYI, APAKAH KESALAHAN AYAT INI? TK MUNSYI | Sebahagian besar daripada pengguna di negara ini mulai sedar tentang hak mereka dan menyuarakannya melalui Persatuan Pengguna. | Tatabahasa | 22.05.2012 |
perkataan seerti bagi a) faham b) bertanya c) bangga | Perkataan seerti bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: (a)faham - mengerti, tahu, sedar">sedar, maklum, mafhum, menerima, mengikut, enga;, b) bertanya - soal: siasat, selidik, kaji, c) bangga - megah | Lain-lain | 25.03.2010 |
salam..sy nak tanya betul tak ayat " Perancangan strategik peribadi menjadi motivasi bagi kita untuk sedar siapa kita dan akan ke mana bangsa ini"... sy nk tahu penggunaan "siapa" dan "mana" dalam ayat ini boleh digunakan atau tidak kerana sedia maklum kata tanya tidak boleh digunakan dalam ayat penyata.harap dapat membantu.terima kasih. | Pendapat saudara betul, siapa dan mana ialah kata tanya. Ayat tersebut boleh dibaiki menjadi: Perancangan strategik peribadi menjadi motivasi bagi kita untuk sedar siapakah kita dan akan ke manakah bangsa ini. | Tatabahasa | 15.02.2012 |
Apakah jenis ayat di bawah. 1. Sedar atau tidak bahasa Melayu ketinggalan sebagai medium utama dalam dua revolusi terdahulu, iaitu Revolusi Pertanian (8000 sebelum Masehi) dan Revolusi perindustrian ( 1765 Masehi) 2.Kini dunia mengalami gelombang ketiga menerusi Revolusi Teknologi Maklumat yang dikatakan bermula seawal 1955. 3. Revolusi ini mempercepatkan lagi proses globalisasi, mencorakkan semula ekonomi serta mempengaruhi cara hidup dan cara manusia bekerja. 4.Sejak awal lagi bahasa Inggeris sudah diterima sebagai bahasa komunikasi utama di internet. 5. Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantara di internet dan transaksi e-dagang sangat dominan. 6. Apabila perniagaan di internet mula berkembang di Barat dan menular ke serata dunia, bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa komunikasi pemasaran. | Kesemua contoh ayat yang diberikan boleh dikategorikan dalam kumpulan ayat penyata, iaitu ayat yang yang mempunyai tujuan menyatakan atau memberikan keterangan tentang sesuatu hal. | Tatabahasa | 07.04.2013 |
apakh yang dimaksudkan dengan kesedaran | Perkataan kesedaran bermaksud perihal (keadaan dll.) sedar (akan sesuatu),keinsafan,ingatan. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1407. | Makna | 16.03.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| sedar (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan tahu: faham, maklum, mafhum diri, tahu diuntung, dapat merasa, Berantonim dengan jahil
2. Bersinonim dengan bangun: terjaga, arik, melek, Berantonim dengan tidur
3. Bersinonim dengan insaf: tahu diri, tahu diuntung, Berantonim dengan jahil
| Kata Terbitan : menyedari, menyedarkan, tersedar, kesedaran, penyedaran, penyedar, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.
Lihat selanjutnya... |
|