Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah jawapan bagi solaan berikut? 1.Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah..........punggung. A.menurunkan B.melabuhkan C.menjatuhkan D.meletakkan 2.Oleh sebab Cik Rogayah...........,dia mempunyai kenalan yang banyak. A.ringan mulut B.ringan tangan C.ringan tulang D.ringan kepala | 1. Upacara diraja itu dimulakan sebaik-baik sahaja Laksamana Hang Tuah melabuhkan punggung. 2. Oleh sebab Cik Rogayah ringan mulut, dia mempunyai kenalan yang banyak. | Tatabahasa | 07.12.2010 |
definisi industri berat dan definisi industri ringan | Merujuk istilah, industri berat ialah Industri sekunder yang menggunakan jentera - jentera berat. Industri ringan ialah Industri yang mengeluarkan barang-barang yang kecil dan ringan seperti pakaian, percetakan dan lain-lain. | Istilah | 21.09.2008 |
maksud makanan ringan | Merujuk Kamus Dewan, makanan ringan bermakna makanan yg tidak begitu mengenyangkan (spt keropok, kacang, dll) yg dimakan sambil-sambilan. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 03.10.2008 |
TUAN SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN BERIKUT UNTUK SEMAKAN PIHAK TUAN | KEDAI KEK & MAKANAN RINGAN = KEDAI KEK DAN MAKANAN RINGAN. Sila buat pembetulan dan hantar di ruangan Khidmat Pengesahan Bahasa untuk proses pengesahan bahasa papan iklan. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
TUAN SAYA LAMPIRKAN DOKUMEN YANG SAMA DALAM FORMAT POWERPOINT | KEDAI KEK & MAKANAN RINGAN PERLU DITUKAR KEPADA KEDAI KEK DAN MAKANAN RINGAN. Setelah membuat pembetulan, sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan untuk proses kelulusan. | Tatabahasa | 10.01.2013 |
apakah maksud peribahasa pantang berundur sebelum berjuang? dan maksud cepat kaki ringan tangan? | Ungkapan "pantang berundur sebelum berjuang" tidak ada dalam senarai peribahasa dalam pangkalan data kami. Ungkapan tersebut lazim digunakan dalam drama dan penulisan pada masa dahulu tetapi bukan merupakan peribahasa. Cepat kaki dan ringan tangan, kedua-duanya bermaksud pantas dan rajin bekerja. | Tatabahasa | 20.06.2011 |
Tuan, Terdapat didalam aturcara majlis perkataan 'kudapan'. Apakah perkataan tersebut boleh digunakan dalam majlis resmi dan apakah makna sebenar kudapan. Terima kasih. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat kudapan bermaksud 1. makanan ringan seperti keropok yang dimakan di luar waktu makan.2. makanan ringan seperti minuman kopi dan kuih-muih yang dimakan sekadar mengalas perut dalam sesuatu majlis anatar waktu minum pagi dan tengah hari atau pada waktu petang atau selepas makan malam. Kata ini boleh digunakan dalam majlis rasmi. | Makna | 06.03.2008 |
1. Segi tiga, ringan tulang, anak pungut, bilik mandi adakah tergolong dalam jenis kata majmuk bebas? 2. Air hujan , pita suara, batu kapur, garis pusat..yang mana satukah jenis kata majmuk istilah khusus? 3. Pukul curi, merah jambu, biru laut, buah hati . Antara berikut yang manakah jenis kata majmuk kiasan? | 1. Segi tiga dan bilik mandi. 2. Pita suara, batu kapur dan garis pusat. 3. Buah hati dan pukul curi. | Tatabahasa | 17.10.2013 |
Apakah maksud perkataan 'kumpi'? Adakah ia sejenis makanan ringan tradisi? | Maksud kumpi ialah moyang (lelaki dan perempuan). | Makna | 30.04.2007 |
Macam mana nak terjemah 'soft management' - pengurusan lembut @ pengurusan ringan @ ? | Pengurusan mudah | Makna | 05.11.2007 |