Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Mohon penjelasan pihak tuan/puan. Ayat berikut adalah ayat yang diucapkan secara putus-putus. Yang manakah lebih tepat? a) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." b) Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "Kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." | Jika kautiba di tasik," dia mengingatkan dirinya sendiri, "kau perlu ingat apa yang pernah berlaku." | Ejaan | 26.01.2012 |
Salam sejahtera Tuan, Apakah yang dimaksudkan dengan "arus manusia"?Sekian, terima kasih. | Arus manusia boleh ditakrikan sebagai pergerakan manusia yang tidak putus-putus. Contohnya dalam ayat, Kamalia hilang dalam arus manusia yang ramai meninggalkan stadium. | Tatabahasa | 25.09.2013 |
perkataan : terus menerus adakah ada - atau tidak. Terus-menerus atau terus menerus | Perkataan "terus-menerus" ada dalam bahasa Melayu yang bermaksud tidak berhenti-henti atau tidak putus-putus. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk maklumat lanjut. | Ejaan | 24.08.2009 |
Berikan makna untuk membezakan maksud perkataan berbondong-bondong dan berduyun-duyun. | Berbondong-bondong dan berduyun-duyun mempunyai makna yang sama iaitu (datang, pergi, dsb) beramai-ramai dan tidak putus-putus. | Makna | 04.09.2006 |
Salam Aidil Fitri, Saya beberapa soalan lagi. 1) Perkataan manakala - tergolong dalam kategori atau jenis kata apa? - Adalah ia sejenis penanda wacana, menurut seorang kawan. 2. Tolong berikan contoh penggunaan yang tepat. | Manakala ialah kata hubung, contoh penggunaan ayat; Dia duduk di samping mayat ayahnya, manakala adiknya tidak putus-putus menangis. | Tatabahasa | 17.09.2010 |
dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang. tuan,putus akal habis akal, tidak tahu apa yg harus dibuat (tidak ada ikhtiar lagi, bingung); adakah ayat ini betul dari segi bahasa? TQ | Ayat 'Dia putus akal apabila mendapati keretanya hilang.' adalah betul. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Mana pilihan yang sesuai Para penonton (berasak-asak atau berduyung-duyung)ke Stadium Shah Alam untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Selangor | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, berasak-asak bermaksud berhimpit-himpit dan bertolak-tolakan, berdesak(-desak), manakala berduyun-duyun (bukan berduyung-duyung) pula bermaksud beramai-ramai dan tidak putus-putus, berbondong-bondong (datang, pergi dan sebagainya). Oleh itu dalam contoh ayat di atas, kedua-dua perkataan berasak-asak dan berduyun-duyun boleh digunakan dengan membawa maksud yang berbeza. | Makna | 09.02.2009 |
peribahasa air dicincang/dicencang takkan putus? penggunaan kata cincang betul atau cencang betul? mohon jelaskan. terima kasih | Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, cencang air tidak putus..., perkataan yang betul ialah cencang. | Tatabahasa | 27.04.2013 |
Salam. Saya ingin bertanya ada perkataan seerti bagi putus haid? Boleh saya gunakan perkataan "menopos"? | Perkataan menopaus ialah perkataan seerti dengan putus haid. Ejaan yang betul ialah menopaus, bukan monepos. | Istilah | 07.01.2010 |
Apakah maksud bagi simpulan bahasa bawah ini? 1 patah hati 2 kering keringat 3 kering mulut 4 kering gusi 5 kering ringkai terima kasih | Saudara Gan, Maksud simpulan bahasa yang dikemukakan ialah : i. hilang kemahuan;hilang keberanian; tidak hiraukan lagi, kecewa ii. payah sekali; sangat letih;mencurahkan segenap tenaganya iii. tidak ada maksud untuk simpulan bahasa kering mulut iv. tak putus-putus ketawa v. barang jemuran yang kering sekali | Makna | 03.02.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| putus (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat, Berantonim dengan bercantum
2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas, Berantonim dengan bermula
| Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan, |
|
Puisi |
---|
|
Manis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan.
Lihat selanjutnya... |
|