Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagi buku teks BM Tahun 3 SJKC, didapati permulaan setiap perenggan pertama suatu petikan tidak dijarakkan sedikit tetapi permulaan perenggan kedua dan berikutnyanya dijarakan pula. Adakah ini format baharu untuk petikan atau karangan? | Perenggan pertama ialah perenggan konsep, mengandungi ayat tesis atau idea utama kepada subidea. Perenggan konsep (perenggan pertama) mesti santak kiri untuk membezakannya dengan perenggan fizikal, iaitu idea-idea sokongan kepada idea utama. | Lain-lain | 02.10.2006 |
Saya masih keliru tentang cara penggunaan pembuka dan penutup kata bagi cakap ajuk yang berlangsung sehingga beberapa perenggan. Contoh: Perenggan satu: "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara. Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar. Soalan saya, perlu kah diletakkan pembuka kata pada pembukaan perenggan kedua sedangkan dialog pertama tadi belum berakhir? | Perenggan satu. "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara." Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar. Ada beberapa cara seperti boleh gabungkan ayat dalam perenggan kedua dalam perenggan pertama. Hanya perlu masukkan pembuka kata pada pangkal ayat dan penutup kata kata hujung ayat bagi dialog yang diucapkan oleh orang yang sama. Ataupun pada perenggan kedua perlu ada tanda petik pada pembuka kata... "Anak saudara saya.... manakala dihujung ayat bagi perenggan satu perlu ada pelaku dialog seperti ..ibu saudara." cerita Anuar. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
Bagaimanakah cara menulis perenggan, adakah perlu dimasukkan ke dalam sedikit (tab), atau tidak? terima kasih. | Dalam penulisan esei, artikel dan sebagainya, perenggan pertama dipanggil perenggan konsep ditulis bermula dari baris tepi, manakala perenggan kedua dan seterusnya (perenggan fizikal) ditulis dengan inden (lebih jauh dari baris tepi). | Lain-lain | 02.02.2011 |
contoh surat rasmi kerajaan | Surat rasmi kerajaan biasanya ada perkara-perkara berikut : Logo dan alamat lengkap institusi pengirim, nama penerima (kiri), rujukan dan tarikh (kanan), sapaan (kiri), perkara (kiri), perenggan penanda wacana, perenggan sokongan, perenggan penutup, slogan (kiri), perakuan (kiri), tandatangan berserta nama dan jawatan (kiri), parap (kiri). Sila rujuk format surat rasmi oleh INTAN dan Jabatan Perkhidmatan Awam. | Lain-lain | 15.01.2009 |
Saya ingin tanya tentang format karangan. Perlukah setiap perenggan pertama dalam setiap karangan dikehendaki 'selang masuk' sebelum mula menulis. Terdapat perbezaan antara pihak DBP dengan syarikat buku yang lain, dan ini telah menimbulkan kekeliruan pelajar dan guru. Diharapkan tuan dapat memberikan pertunjukan selanjutnya. Sekian, terima kasih. | Tidak ada format atau istilah "selang masuk" dalam pangkalan data kami. Jika inden yang tuan maksudkan penggunaannya dalam penulisan adalah seperti yang berikut: perenggan pertama dipanggil perenggan konsep ditulis bermula dari baris tepi, manakala perenggan kedua dan seterusnya (perenggan fizikal) ditulis dengan inden (lebih jauh dari baris tepi). | Tatabahasa | 28.04.2013 |
"selamat pagi, boleh saya tahu kenapa "hari kemerdekaan" tidak perlu tulis dengan huruf besar?...dan adakah sekarang perenggan satu dalam setiap petikan tidak perlu kosong di ayat pertama?buku teks tahun satu semua macam itu, adakah ini format baru?" | Untuk makluman, ejaan yang betul ialah Hari Kemerdekaan. Dalam penulisan, perenggan pertama ditulis disantak sebelah kiri. Perenggan pertama merupakan perenggan konsep yang mengandungi idea utama. | Tatabahasa | 14.10.2013 |
Adakah perenggan di bawah betul? Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum ialah pelajar dapat menyihatkan badan mereka. Apabila pelajar melakukan aktiviti sukan, badan mereka akan mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan mereka dapat disingkirkan. Contohnya, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan sentiasa aktif dan tidak mudah dijangkiti penyakit kerana toksik-toksik dalam badan mereka telah disingkirkan. | Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara kebaikan menyertai aktiviti kokurikulum termasuklah dapat menyihatkan badan mereka yang menyertainya. Apabila pelajar melakukan aktiviti sukan, badan mereka akan mengeluarkan peluh dan toksik dalam badan mereka dapat disingkirkan. Contohnya, pelajar-pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum akan sentiasa aktif dan tidak mudah dijangkiti penyakit kerana toksik-toksik dalam badan mereka telah disingkirkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara langkah untuk mengatasi kesesakan jalan raya adalah dengan melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama. Kesannya, kesesakan jalan raya dapat ditangani. Contohnya, pihak kerajaan sering melebarkan jalan raya di Bandaraya Kuala Lumpur untuk mengurangkan kesesakan jalan raya. | Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara langkah untuk mengatasi masalah kesesakan jalan raya termasuklah melebarkan jalan raya. Sekiranya jalan raya yang sempit diperlebar, lebih banyak kereta dapat melalui jalan raya yang sama dan masalah kesesakan jalan raya dapat dikurangkan. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
Adakah perenggan di bawah terdapat sebarang kesalahan? Antara punca berlakunya keracunan makanan ialah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. | Ayat tersebut diperbetulkan menjadi - Antara punca berlakunya keracunan makanan termasuklah makanan yang kotor. Makanan yang telah dihinggapi lalat akan tercemar. Apabila seseorang individu menjamah makanan yang tercemar, keracunan makanan akan berlaku. Misalnya, seorang pelajar yang termakan makanan yang dicemari akan mengalami cirit-birit dan muntah-muntah. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
Adakah perenggan di bawah betul? Sejak akhir-akhir ini, pihak kerajaan sering menyeru rakyat untuk melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Isu ini hangat dibicarakan dalam media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa bersenam. Berdasarkan sumber daripada kerajaan Malaysia, hanya 60% daripada rakyat Malaysia melakukan aktiviti senaman. Soalnya, apakah kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa berse | Ayat ini betul. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |