Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"pantas , cepat dan laju " perkataan-perkataan tersebut ada perbezaaan? terima kasih. | Pantas: 1. cepat, kencang, lekas: ia menarik nafas dgn ~ dan kuat; langkahnya ~ dan pendek-pendek; 2. cekap, cekatan, mahir, tangkas: Bakhtiar lebih ~ bekerja drpd dia; mereka lebih pandai, lebih cekap, lebih ~ daripadanya;~ mulut pandai (bijak) bercakap; ~ pangus sl cepat dan cekap; ~ tangan panjang tangan, suka mencuri; Cepat: 1. laju, deras, kencang, pantas (bkn gerakan, waktu, kejadian, dll): angkahnya makin ~; jentera tersebut berpusing dgn ~nya; ~ sekali berakhirnya ertunjukan itu; 2. lebih lekas atau terdahulu (bkn jam): jam ini ~ empat minit; 3. lekas, segera: dia yg ~ sekali pergi ke ekolah; ~ bangun pagi; ~ kaki pantas berjalan; ~ kaki, ringan tangan pantas dan rajin bekerja dll; ~ kiri kidal; ~ lidah mulut, muncung, paruh) mudah mengeluarkan perkataan dgn tidak difikirkan ebih dahulu; ~ marah lekas marah;~ sigap pantas atau tangkas (perbuatan dll); ~ tangan suka mencuri; ~ tangan terjembakan, ~ kaki erlangkahkan, ~ mulut terkatakan prb jika melakukan sesuatu dgn tidak ifikirkan buruk baiknya, boleh mendatangkan kesusahan; Laju: 1. pantas (pergerakan dll), cepat: kapal belayar juga, makin lama makin ~; 2. cepatnya sesuatu gerakan (dlm ilmu fizik); ~ mula Id kecepatan gerakan yg mula-mula; ~ rambat Id kecepatan yg berjangkit; | Makna | 13.06.2009 |
Saya pelajar tahun 6 SK Desa Pandan. Mohon penjelasan bagi penggunaan penjodoh bilangan yang betul bagi soalan dibawah ; Nenek Tumiah mengambil beberapa .................... kayu api untuk membakar ikan keli. A.bilah B.keping C.batang D.puntung Kami yang menjawap D.puntung telah dipersalahkan Guru. Sedangkan menurut ; Diantara erti dan penggunaan penjodoh bilangan 'Puntung' dalam Kamus Dewan Edisi Keempat : 4. penjodoh bilangan utk keratan kayu yg pendek-pendek (kayu api dll): tolong bawakan beberapa ~ kayu api ke atas rumah. Mohon penjelasan tentang isu ini. Kami takut dengan Guru ini kerana sikapnya yang pantang dicabar pendapatnya. | Jawapan yang betul ialah D. puntung kerana puntung menjadi penjodoh bilangan untukk keratan kayu yang pendek-pendek seperti kayu api. Jawapan lain yang hamir betul ialah C. batang tetapi batang menjadi penjodoh bilangan bagi benda yang panjang. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
Badan budak yang berambut pendek itu ialah agak kurus. Ayat di atas tidak gramatis, oleh itu manakah jawapan yang betul bagi jawapan di atas: 1. Badan budak yang agak kurus itu berambut pendek. atau 2. Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus | Ayat yang lebih gramatis ialah "Badan budak yang berambut pendek itu agak kurus". | Tatabahasa | 21.06.2011 |
maksud perkataan/istilah: 1. laman sesawang 2. kursus pendek 3. komuniti setempat | 1. laman sesawang - laman web 2. kursus pendek - yang betul ialah kursus jangka pendek - kursus yang diadakan dalam tempoh yang singkat. 3. komuniti setempat - masyarakat setempat / di satu tempat sehaja. | Makna | 12.03.2009 |
Pak Abu menggunakan sebilah parang pendek untuk ............... dahan pokok itu. Yang manakah jawapan paling tepat; MEMOTONG / MENCANTAS / MEMANGKAS | Pak Abu menggunakan sebilah parang pendek untuk mencantas/memangkas dahan pokok itu. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
saya ingin mengikuti kursus-kursus jangka pendek yang berkaitan dengan bidang bahasa ataupun sastera. namun, bagaimanakah caranya? Siapakah yang perlu saya hubungi? | Kursus jangka pendek dalam bidang bahasa dan sastera yang dikendalikan oleh DBP hanya di peruntukkan untuk staf DBP.DBP mengendalikan program kursus berbayar jika ada permohonan dan permintaan dari jabatan luar dengan megendalikan sepenuh nya kursus secara pakej berdasarkan modul-modul kursus yang diperlukan oleh pelanggan.Setakat ini DBP belum menawarkan kursus kepada awam secara individu. | Lain-lain | 30.01.2008 |
Apakah perkataan yang paling tepat dan pendek bagi perkataan Bahasa Inggeris ini: "survivor". Ya, saya sudah semak pada kamus dan memberikan penterjemahan iaitu "orang yang selamat". Saya tertanya-tanya, adakah perkataan lain yang PENDEK dan sesuai bagi "survivor". Atau sekiranya perkataan sedemikian belum wujud, izinkan saya mencadang kepada PRPM supaya mencipta sebuah perkataan bagi "survivor". Ribuan terima kasih. (diharapkan admin membalas kepada Post saya ini) | Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi istilah survivor ialah pemandiri (orang yang berikhtiar untuk hidup). | Istilah | 28.10.2013 |
Apakah ciri-ciri cerpen yang baik dan syarat-syarat membina cerpen | Cerpen ialah singkatan daripada perkataan cerita + pendek = cerpen. Secara umum, sebuah cerita pendek yang baik mesti mempunyai enam elemen berikut, iaitu pemikiran, watak, plot, sudut pandangan, latar, dan gaya bahasa. Berkaitan dengan sayarat membina cerpen yang baik ialah cerita tersebut mesti memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran dan perasaan pembaca setelah selesai membacanya. Sila rujuk buku-buku tentang panduan penulisan kreatif untuk mengetahui lebih lanjut tentang soalan saudara/saudari. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 06.02.2009 |
Salam 1Malaysia, Mengapakah laras bahasa sastera (bahasa di dalam novel, cerpen dsbnya) dibolehkan tidak menepati hukum tatabahasa Melayu? Contohnya, penggunaan 'dan' pada awal ayat tidak menjadi kesalahan dalam laras sastera. Perkara ini mengelirukan pengguna bahasa terutama golongan pelajar. Harap dapat penjelasan. Terima kasih. | Pada dasarnya, mengikut hukum tatabahasa Bahasa Melayu, perkataan "dan" memang tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. Tetapi dalam penulisan karya sastera yang dihasilkan oleh sesetengah pengarang, terdapat penggunaan "dan" pada permulaan ayat kerana ia merupakan gaya pengarang itu sendiri yang gemar menggunakan ayat yang pendek-pendek. Oleh itu, perkataan "dan" itu berfungsi sebagai penegasan kepada ayat sebelumnya. Itulah yang kita namakan "poetic license" atau "lesen berkarya" yang membenarkan pengarang memanipulasikan bahasa mengikut kreativiti mereka. | Lain-lain | 26.05.2011 |
saya Najmi Samaehadee, sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar, ingin bertaya DBP apakah maksud cerpin,terima kasih. | Cerpen ialah singkatan daripada perkataan cerita + pendek = cerpen. Secara umum, sebuah cerita pendek yang baik mesti mempunyai enam elemen berikut, iaitu pemikiran, watak, plot, sudut pandangan, latar, dan gaya bahasa | Lain-lain | 06.11.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| pendek (adjektif) | 1. Bersinonim dengan rendah: renek, katik, katai, bantut, bangkut, ketot, kerdil, kontot, kompot, Berantonim dengan tinggi
2. Dalam konteks masa bersinonim dengan singkat, suntuk, tidak cukup masa, Berantonim dengan lama
3. Bersinonim dengan ringkas: singkat Berantonim dengan panjang
| Kata Terbitan : memendek, memendekkan, kependekan, pemendekan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak tambi pendek orang, Mari menyeberang tebing seberang; Hati belum hendak pulang, Hendak bertemu sama seorang.
Lihat selanjutnya... |
|