Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"Patik mohon menghadap tuanku," sembah petani tua itu setelah dipanggil ke istana oleh Sultan Shahbuddin. adakah "Patik" betul diguna, atau "Hamba" terima kasih. | Patik bermaksud hamba tetapi digunakan sewaktu bercakap dengan raja. Oleh itu, penggunaan patik dalam ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 08.08.2011 |
Penggunaan kata ganti diri patik.Adakah ia digunakan jika ada perkataan tuanku? | Merujuk kepada Kamus Dewan, patik ditakrifkan sebagai hamba atau penggunaan kata ganti diri "saya" lazimnya, kata patik ini dipakai sewaktu bercakap kpd raja-raja. Contoh ayat: Mana titah ke bawah duli patik junjunglah. | Lain-lain | 18.10.2007 |
Penggunaan perkataan 'hamba' dan 'patik' dalam era kesultanan Melaka. | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
Salam Sejahtera Sekiranya seorang dayang bercakap dengan seorang tuan puteri, kata ganti nama apakah yang sesuai digunakan untuk dayang samada hamba atau patik? Terima kasih | Patik digunakan apabila rakyat bercakap dengan raja, oleh itu kata ganti nama yang sesuai dalam situasi tersebut ialah hamba. | Tatabahasa | 11.05.2012 |
Selamat sejahtera, Saya ingin bertanyakan kata ganti nama diri pertama,iaitu 'patik' dan 'hamba'. Bolehkah tuan@puan jelaskan perbezaan kedua-duanya? Sefaham saya, 'patik' digunakan untuk seorang rakyat biasa yang bercakap dengan raja/sultan manakala 'hamba' digunakan semasa perbualan dalam kalangan rakyat biasa sesama mereka. Maka, 'hamba' adalah tidak sama penggunaannya dengan 'patik'. Betulkah penerangan saya ini? Terima kasih. | Penjelasan puan tentang perbezaan makna dan penggunaan kata patik dan hamba, betul. | Tatabahasa | 26.04.2013 |
Saya ada merujuk kamus dewan tetapi masih tidak dapat lihat perbezaannya. Penggunaan hamba dan patik sbg kt ganti nama diri. Adakah betul fahaman sy bahawa hamba digunakan utk org biasa manakala patik digunakan bg org yg berjawatan dlm istana?... | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. | Istilah | 19.11.2012 |
Sy ada rujuk kamus dewan tp masih tdk dpt lihat perbezaannya. Penggunaan hamba dan patik sbg kt ganti nama diri. Adakah betul fahaman sy bahawa hamba digunakan utk org biasa manakala patik digunakan bg org yg berjawatan dlm istana?... | Hamba sama maksud dengan saya, iaitu untuk merendah diri dan digunakan dalam percakapan sesama kita. Ganti nama patik digunakan apabila kita bercakap dengan Raja sahaja. | Makna | 28.11.2012 |
Yg mana satu betul? "------- akan segera mengadap sultan apabila tiba di Melaka nanti," kata Laksamana Hang Tuah kepada sahabat-sahabatnya. A. Patik B. Hamba C. Tuanku D. Beta | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya'. Jawapannya ialah patik. | Tatabahasa | 05.02.2013 |
Yg mana satu betul? "------- akan segera mengadap sultan apabila tiba di Melaka nanti," kata Laksamana Hang Tuah kepada sahabat-sahabatnya. A. Patik B. Hamba C. Tuanku D. Beta Dlm penerangan encik...hamba digunakan utk merendahkan diri... Manakala patik dgunakan ketika brckap dgn raja...Jd knapa jwpannya 'patik' ....sdangkan laksamana hang tuah bckap dgn sahabatnya... | Kami memohon maaf atas kesilapan jawapan yang diberikan. Pihak kami telah menghantar e-mel kepada saudara pada tarikh yang sama jawapan diberikan (5/2/2013) untuk pemberitahuan kesilapan kesalahan jawapan KNDBP. Jawapan yang tepat ialah hamba. Kami memohon maaf atas kesilapan yang diberikan tempoh hari. | Tatabahasa | 06.02.2013 |
Rakyat jelata yang bercakap dengan raja hendaklah guna "hamba" atau "patik"? | Penggunaan yang betul ialah patik. | Makna | 25.11.2013 |