Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Namanya sudah ( padam ) daripada ingatan saya. Bolehkah saya menggunakan perkataan padam ? atau "hilang" lebih sesuai dan betul ? Terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan kerana dalam konteks ayat ini padam dan hilang merupakan sinonim. | Istilah | 13.05.2010 |
tuan mukanya tiba-tina berubah menjadi merah padam apabila tembelangnya diketahui orang. (tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini? TQ) | Merah padam biasanya dikaitkan dengan warna muka ketika marah, sedangkan situasi ayat tersebut tidak menunjukkan rasa marah. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Bantal ini sangat lembut. 2. Obor / Api obor itu telah padam. 3. Abang sedang membancuh warna di / di dalam palet. 4. Singa itu dikurung dalam / di dalam sangkar. Terima kasih. | 1. Betul 2. Obor itu telah padam 3. Abang sedang membancuh warna di dalam palet 4. Singa itu terkurung di dalam sangkar | Tatabahasa | 29.12.2012 |
Adakah ayat berikut betul dari segi tatabahasanya. 1. Jangan berenang di dalam sungai yang dalam itu. ( Bolehkah perkataan dalam yang pertama dibuang ?) 2. Jumlah keuntungan pada tahun ini ada dalam tangan pengurus kilang itu. ( ...ada dalam tangan ... perlu ditukar ...ada pada tangan..., yang mana satu lebih sesuai?) 3. Lampu minyak tanah terliuk-liuk ditiup angin lalu padam. ( Sesuai atau tidak guna perkataan lampu? Adakah lampu itu perlu ditukar perkataan pelita?) | 1. Boleh, tetapi yang lebih jelas ialah di dalam. 2. pada tangan, sebabnya dalam tangan ada dua makna, betul-betul dalam tangan atau ada padanya (3. Pelita lebih tepat | Tatabahasa | 27.08.2007 |
Adakah ayat di bawah betul? Sekiranya ayat tersebut betul atau salah saya minta tuan terangkan sebab ayat : i. Bayi yang baru lahir itu kelihatan amat comel sekali. ii. Lampu pelita minyak tanah itu tertutup apabila ditiup angin. | i. Ayat "Bayi yang baru lahir itu kelihatan amat comel sekali" betul kerana kata penguat bebas, iaitu amat,sungguh dan sangat boleh diikuti oleh kata penguat belakang sekali. Hal ini demikian kerana kata penguat tersebut tidak mendukung maksud darjah penghabisan. ii. Ayat yang betul " Pelita minyak tanah itu padam apabila ditiup angin" | Tatabahasa | 08.08.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| padam (kata kerja) | 1. Dalam konteks api bersinonim dengan mati, pudur, melindap, Berantonim dengan menyala
2. Dalam konteks kemarahan bersinonim dengan reda, berkurangan, beransur kurang, Berantonim dengan meluap
3. Bersinonim dengan hilang: luput, hapus, Berantonim dengan menjelma
| Kata Terbitan : memadamkan, pemadaman, pemadam, |
|
Puisi |
---|
|
Kucing kurus menghembus api, Sudah hembus padam menyala; Kurus kering kerana susah hati, Kerana telinga tak mendengar kata.
Lihat selanjutnya... |
|