Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya sedang menulis artikal untuk satu jurnal. Saya ingin mengetahui asal perkataan "nasihat". Perkataan ini dalam kamus dewan bahasa dan pustaka bermakna ajaran , petunjuk yang baik and peringatan. Adakah ini bermakna "nasihat" ini adalah sehala? ia itu "nasihat" DIBERIKAN kepada yang meminta "nasihat", tanpa ada perbincangan atau soal jawab? Saya ingin membandingkan "nasihat" dengan sesi kaunseling.. ada persamaan atau bagaimana? Terima kasih Siti Rokiah Calon Phd Bimbingan dan Kaunseling UTM Skudai | Seperti yang saudara maklumi nasihat ialah ajaran atau petunjuk yang baik, contohnya "... tidak mahu mendengar nasihat orang tuanya". Apa yang difahami daripada ayat tersebut nasihat berlaku dalam keadaan memberi nasihat, mendengar nasihat, semuanya berlaku satu hala. Nasihat berbeza dengan sesi kaunseling; sesi suatu jangka masa berlangsungnya atau berlakunya sesuatu aktiviti seperti sesi kaunseling. Umum mengetahui bahawa sesi kaunseling berlangsung antara dua pihak. Untuk maklumat lanjut termasuklah asal kata dan makna secara terperinci sesuatu perkataan sila rujuk buku atau kajian ilmiah yang telah dibuat oleh para sarjana. | Makna | 25.06.2009 |
Salam kepada sesiapa yang berkenaan . saya cuma hendak mendapat nasihat daripada pihak tuan supaya memberi nasihat kepada cerpen yang saya tulis. saya telah mengahantar peraduan kepada pensyarah di institut perguruan saya tetapi tidak mempunyai sebarang maklum balas daripada pensyarah saya saya akan melampirkan sebuah cerpen yang bertajuk mutiara di tepi laut semoga mendapat nasihat daripada pihak tuan terima kasih... | Pihak kami tidak dapat melayani permintaan saudara dalam ruang yang terhad ini. Saudara boleh menghantar cerpen saudara kepada Editor Majalah Dewan Sastera, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur, untuk dinilai sama ada karya saudara boleh diterbitkan atau tidak. Saudara juga mungkin boleh datang ke Dewan Bahasa dan Pustaka dan berjumpa dengan editor di Bahagian Majalah, atau di Penerbitan Sastera, atau di Penerbitan PURNAMA untuk mendapatkan khidmat nasihat atau maklumat tentang kursus penulisan dan sebagainya. | Lain-lain | 06.11.2008 |
Adakah perkattan "air" diftong atau vokal berganda? Terdapat percanggahan pada laman kidmat nasihat. Soalan tatabahasa bertarikh 13/1/2013 yang menggunakan pemenggalan air-air dan bukanya a-ir. Jawaban khidmat nasihat adalah diftong Tetapi pada soalan yang bertarikh 7/1/2013 untuk perkataan air. Jawaban khidmat nasihat adalah vokal berganding kerana dilafazkan sebagai a-ir. Mana yang betul? | Jawapan terbaharu dalam Khidmat Nasihat Bahasa betul. Maklumat yang kami peroleh adalah darpada penyusun buku Tatabahasa Dewan. Berlaku kesilapan fakta pada halaman 301 buku Tatabahasa Dewan dan hal ini akan diperbetulkan pada terbitan yang akan datang. | Tatabahasa | 25.01.2013 |
Apakah yang dimaksudkan dengan " Sejauh manakah peranan Baitulmal dalam Melestarikan Perancangan Kewangan Islam? " Terima kasih | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Harap maklum. | Tatabahasa | 26.03.2013 |
Umur saya 10 tahun sekarang.Boleh kah saya melanggang Khidmat Nasihat?Saya hanya melanggang borang ini untuk menjayakan kehidupan saya. | Terima kasih atas keprihatinan adik tentang Khidmat Nasihat kami khususnya demi pemantapan penguasaan bahasa adik. Untuk makluman adik, Khidmat Nasihat ini tidak perlu dilanggan. Khidmat ini percuma demi membantu masyarakat menguasai bahasa kebangsaan dalam pelbagai urusan seperti pelajaran, surat-menyurat, dokumen, iklan dan sebagainya. Semoga kami dapat membantu adik. Tahniah atas kprihatinan adik. Sekian, dan terima kasih. | Lain-lain | 11.06.2008 |
Sila nasihat manakah ayat-ayat berikut adalah yang betul dan sebabnya. 1. Ani melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2.Ani melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Ayat tersebut merupakan ayat majmuk yang terdiri daripada satu ayat induk dengan ayat kecil atau lebih yang berfungsi sebagai keterangan kepada predikat. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Memohon nasihat berkaitan kosa kata /perkataan untuk menunjukkan kewibawaaan sesebuah organisasi | Gergasi antaranya bermaksud kuasa besar dalam sesuatu lapangan contohnya ekonomi. Untuk melihat perkataan yang lain sila rujuk kamus. | Lain-lain | 04.10.2012 |
Mohon nasihat terhadap ayat atau frasa ini: 1. Daripada atau dari perspektif, mana yang betul? 2. "Kajian ke atas sikap manusia: satu Analisis awal". Dalam ayat ini, harus diguna perkataan "analisis" atau "analisa"? Sekian, terima kasih. | Ejaan yang betul ialah analisis, iaitu padanan analysis dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Mohon nasihat tentang penulisan perkataan berikut: "Dirasmikan Oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia ataupun YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Razak." Kekeliruan saya di sini ialah sama ada perkataan Yang Amat Berhormat (YAB) itu dibubuh di hadapan nama khas ataupun di hadapan gelaran/jawatan. | Penggunaan gelaran dalam ayat tersebut betul, iaitu YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak Perdana Menteri Malaysia atau satu lagi cara menulis/menyebutnya ialag Perdana Menteri Malaysia YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak. | Ejaan | 23.03.2012 |
Mohon nasihat untuk terjemahan yang tepat untuk perkataan "ageing" dalam konteks "customer ageing report" atau "debtors ageing report" dalam istilah kewangan. Terima kasih. | Dalam Daftar Istilah Industri Perkhidmatan Kewangan, padanan istilah bahasa Melayu untuk ageing ialah pengusiaan. Cadangan terjemahan ialah Laporan Pengusiaan Pelanggan dan Laporan Pengusiaan Penghutang. | Makna | 18.02.2011 |