Kata |
Takrif |
Sumber |
menyerlahkan | 1 menjadikan kelihatan nyata (cantik, berseri dll): Dgn mematuhi petua-petua kecantikan itu, anda akan ~ kecantikan semula jadi anda. 2 menjadikan cemerlang: Cara Latihan itu akan ~ bakat yg ada. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
serlah | ; menyerlah 1 menjadi nyata dan bercahaya (berseri dsb): Lampu yg berwarna-warni ~ menerangi bandar raya Kuala Lumpur. Kecantikannya ~ pd malam itu. 2 (sangat) cemerlang dan menonjol: Bakatnya ~ dlm pertandingan itu. menyerlahkan 1 menjadikan kelihatan nyata (cantik, berseri dll): Dgn mematuhi petua-petua kecantikan itu, anda akan ~ kecantikan semula jadi anda. 2 menjadikan cemerlang: Cara Latihan itu akan ~ bakat yg ada. terserlah 1 kelihatan berseri (bkn kecantikan dll); kelihatan nyata bercahaya (bkn bulan dll): Kecantikannya ~ selepas disolek oleh mak andam. 2 kelihatan cemerlang dan menonjol (bkn bakat dll): Kebolehannya ~ dlm persembahan yg menarik itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
petua | nasihat, petunjuk, atau panduan yg berguna (biasanya oleh orang tua-tua atau yg berpengalaman) tentang cara melaksanakan atau mencapai sesuatu dgn berkesan: ~ awet muda; betapa banyak ~ dukun kuturuti; berpetua memberi petua (nasihat): pandai pula engkau ~, pandir; dipetuakan 1. digunakan sbg petua; 2. dianjurkan, dinasihatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
petua | nasihat atau tunjuk ajar yg diberikan oleh seseorang mengenai sesuatu perkara; nasihat yg dijadikan panduan: Apabila kamu hendak melintas di jalan raya, ikutlah ~ latihan melintas ini. berpetua memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
petua | nasihat atau tunjuk ajar yg diberikan oleh seseorang mengenai sesuatu perkara; nasihat yg dijadikan panduan: Apabila kamu hendak melintas di jalan raya ikutlah ~ latihan melintas ini. berpetua memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar). | Kamus Pelajar |
berpetua | memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpetua | memberi petua (nasihat): pandai pula engkau ~, pandir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpetua | memberikan petua (nasihat, tunjuk ajar). | Kamus Pelajar |
pitawat | Mn ark nasihat, petua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dipetuakan | 1. digunakan sbg petua; 2. dianjurkan, dinasihatkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hint | n 1. indirect indication, bayangan: can you give me some ~s as to who will be appointed?, bolehkah saudara memberi saya sedikit bayangan ttg siapa yg akan dilantik?; /drop, let fall/ a ~, membayangkan sst; take a ~, mengerti apa yg dibayangkan; 2. useful advice, petua: helpful ~s, petua-petua yg berguna; 3. small sign, tanda, alamat: a ~ of spring in the air, ada tanda musim bunga akan tiba; 4. barely perceptible amount, sedikit: a ~ of garlic, sedikit rasa bawang putih; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
tip3 | 2. useful piece of advice, petua: the book gives you some good ~s on basic cooking techniques, buku itu dapat memberi kamu beberapa petua yg baik ttg teknik-teknik asas masak-memasak; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
wrinkle | 3. (colloq) hint, tip, petua: Jones can give you a ~ or two on how to get the work done quickly, Jones boleh memberi kamu satu atau dua petua ttg bagaimana hendak meyiapkan kerja itu cepat-cepat; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
pointer | n 1. indicator on measuring apparatus, (jarum) penunjuk: can you adjust the ~ of the weighing-machine?, bolehkah kamu laraskan jarum penunjuk pd timbang itu?; 2. long, pointed rod used by teachers etc to call attention to st on board, map, etc, penunjuk: the general used a ~ to locate the target area on the map, jeneral itu menggunakan penunjuk utk menunjukkan kawasan sasaran di peta itu; 3. type of hunting dog, anjing pointer; 4. (colloq) piece of advice, petua: she gave me some ~s on the job before she left the firm, dia memberi saya beberapa petua ttg kerja itu sebelum dia berhenti dr firma tersebut. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
prescription | n 1. a. doctors written direction for the preparation and use of a medicine, preskripsi: the doctor wrote out a ~ for him, doktor memberinya satu preskripsi; b. medicine prescribed, ubat: the ~ seems to be doing him good, ubat itu nampaknya mujarab baginya; 2. act of prescribing, mempreskripsikan: the ~ of certain antibiotics for minor illnesses is not recommended, mempreskripsikan antibiotik tertentu utk penyakit-penyakit ringan tdk digalakkan; 3. (fig.) petua, panduan: the old man was asked to give his ~ for a long life, orang tua itu diminta memberikan petuanya utk hidup lama. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
trapezoidal rule | petua trapesium | Tiada | petua trapezium | Matematik |
Cochran rule | kaidah Cochran | petua Cochran | petua Cochran | Matematik |
Bayes decision rule | kaidah keputusan Bayes | petua keputusan Bayes | petua keputusan Bayes | Matematik |
rule | aturan | Tiada | petua/fatwa | Matematik |
rectangular rule | aturan siku empat | Tiada | petua segiempat tepat | Matematik |
multiplier rule | aturan pengali | Tiada | petua pendarab | Matematik |
delta rule | aturan delta | peraturan delta | petua delta | Teknologi Maklumat |
three-eights rule | aturan tiga per delapan | Tiada | petua tiga perlapan | Matematik |
composite trapezoidal rule | aturan trapesium komposit | Tiada | petua trapezium gubahan | Matematik |
simpson's rule | aturan Simpson | Tiada | petua Simpson | Matematik |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
chain rule | petua rantai | Matematik | Tiada | Petua am yang penting untuk mengira terbitan. Petua ini berkaitan dengan terbitan fungsi gubahan. Jika u suatu fungsi dalam sebutan x dan v suatu fungsi dalam sebutan u, maka terbitan v terhadap x boleh didapati melalui petua rantai: |
Fermis golden rule | petua keemasan Fermi | Fizik | Moden | Persamaan yang memberikan sumbangan tertib pertama (petua nombor dua) dan sumbangan tertib kedua (petua nombor satu) kepada kebarangkalian peralihan per unit masa yang teraruh oleh Hamiltonan usikan, dari segi unsur-unsur matriks Hamiltonan usikan. |
Fermis golden rule | petua keemasan Fermi | Fizik | Mekanik Kuantum | Persamaan yang memberikan sumbangan tertib pertama (petua nombor dua) dan sumbangan tertib kedua (petua nombor satu) kepada kebarangkalian peralihan per unit masa yang teraruh oleh Hamiltonan usikan, dari segi unsur-unsur matriks Hamiltonan usikan. |
cosine rule | petua kosinus | Matematik | Tiada | Petua atau hukum yang menyatakan hubungan antara ketiga-tiga sisi bagi sesuatu segi tiga dengan sudut yang bertentangan salah satu sisi. Jika a, b, dan c mewakili tiga sisi itu dan A sudut bertentangan sisi a, maka a2 = b2 + c2 2bc kos A. Petua ini boleh digunakan untuk menentukan sisi atau sudut yang lain setelah tiga sisi atau dua sisi bersama-sama satu sudut diketahui. |
f-sum rule | petua hasil tambah-f | Fizik | Moden | Petua yang menyatakan bahawa hasil tambah nilai f peralihan penyerapan sesuatu atom dalam keadaan tertentu, ditolak dengan hasil tambah nilai f peralihan pemancaran dalam keadaan tersebut, adalah sama dengan bilangan elektron yang mengambil bahagian dalam peralihan ini. petua hasil tambah-Thomas-Reiche-Kuhn. |
right-hand rule | petua tangan kanan | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang membawa arus, sekiranya jari tangan kanan mengelilingi dawai dan ibu jari menunjukkan arah arus maka jari-jari akan menunjukkan arah medan magnet yang dihasilkan oleh dawai tersebut. 2. Petua yang menyatakan bahawa bagi dawai yang bergerak dalam medan magnet seperti dawai pada angker jana kuasa, sekiranya ibu jari serta jari telunjuk dan jari tengah tangan kanan bersudut tegak antara satu dengan lain, maka ibu jari akan menunjukkan arah gerak dawai, jari telunjuk menunjukkan arah garis daya magnet dan jari engah menujukkan arah arus teraruh yang wujud disebabkan oleh gerakan dawai dalam medan magnet tersebut. |
sine rule | petua sinus | Matematik | Tiada | Petua atau hukum yang menyatakan perhubungan antara sisi dan sudut bagi sesuatu segi tiga. Bagi suatu segi tiga ABC, dengan sisi yang bertentangan, sudut A, B, dan C masing-masing diwakili dengan a, b dan c. |
Selection rules | petua pemilihan | Fizik | Mekanik Kuantum | Petua yang menerangkan perubahan yang harus berlaku pada nombor kuantum supaya peralihan di antara dua keadaan dengan kebarangkalian yang tinggi terjadi. |
Matthiessens rule | petua Matthiessen | Fizik | Moden | Petua empirik yang menyatakan bahawa jumlah kerintangan bagi suatu spesimen logam habluran adalah jumlah kerintangan yang disebabkan oleh penggoncangan terma ion-ion logam kekisi dan kerintangan yang disebabkan oleh ketaksempurnaan hablur. |
Amagat-Leduc rule | petua Amagat-Leduc | Fizik | Mekanik | Petua mengenai gabungan gas yang menyatakan bahawa isi padu yang dipenuhi oleh campuran gas adalah sama dengan hasil tambah isi padu yang dipenuhi oleh tiap-tiap komponen gas berkenaan secara berasingan pada suhu dan tekanan yang sama. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
petuak II | petua: ~ a dana petua orang dahulu; ~ dukun petua dukun; ~ menahan ujud petua awet muda; ~ a nyat-nyat petua orang tua-tua; ~ memurah rejeki petua memurahkan rezeki; | Melanau Mukah | |
petua | patuak. | kedayan | |
Kamus Sains.indb vektor bagi objek yang membuat gerakan putaran. Antara kuantiti itu ialah sesaran sudut, halaju sudut dan pecutan sudut yang arahnya selari atau berlawanan dengan paksi putaran yang ditentukan meng- ikut petua tangan kanan. (FIZ) axisymmetric flow (aliran simetri sepaksi) Aliran yang garis alirnya terletak di satah meridian yang melalui suatu garis lurus (paksi). (HID) axon shuffling (campur aduk akson) Pembentukan gen ikan yang hidup dalam air sejuk cenderung mempunyai ruas tulang belakang yang sedikit berbanding spesies ikan yang sama yang hidup dalam air yang lebih panas. (BIO) Jordan-Wigner commutation rule (petua tukar tertib Jordan-Wigner) Petua yang diperoleh dengan menggantikan penukar tertib pengoperasi pen- ciptaan dan pemusnahan dengan antitukar tertib. (FIZ) Joule experiment (uji kaji Joule) Uji kaji yang membuktikan bahawa
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd base (TCB); Br. asas komputer dipercaya (TCB); Id. basis komputasi terpercaya) Asas sistem komputer yang digunakan untuk menguatkuasakan dasar keselamatan. Asas ini terdiri daripada semua perkakasan, perisian, sistem pengendalian, prosedur, petua dan amalan yang diguna pakai dalam persekitaran sistem komputer berkenaan. Setiap unsur ini diyakini akan sentiasa berjaya melaksanakan fungsinya dan tidak akan mengambil sebarang tindakan yang boleh menggugat integriti dasar minimum yang perlu dimiliki oleh suatu sistem maklumat terautomasi untuk mencapai tahap keselamatan yang mencukupi. dasar keselamatan (Ig. security policy; Br. polisi keselamatan; Id. kebijakan keamanan; kebijakan sekuritas) Set peraturan, petua, arahan, dan amalan mengenai penggunaan prasarana sistem maklumat dalam suatu organisasi. Set peraturan ini meliputi cara suatu organisasi perlu mengurus, melindungi dan mengagihkan maklumat sensitif. dasar keselamatan berasaskan peraturan (Ig
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
petua | [pe.tua] | ڤتوا |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
petua genggaman tangan kanan | right hand grip rule | Panduan yang digunakan untuk menentukan arah medan magnet mengelilingi konduktor atau bahan yang mengalirkan arus elektrik. Apabila seseorang memegang wayar dengan menggunakan tangan kanan, ibu jarinya akan menunjukkan arah aliran arus, manakala jari yang lain menunjukkan arah medan magnet. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
petua indeks sifar | zero index rule | Pernyataan bahawa sebarang nombor yang bukan sifar, yang mempunyai kuasa sifar adalah bersamaan dengan 1. Contohnya, 50 = 1. | Menengah Atas |
janjang | progression | Jujukan nombor yang mengikut petua matematik. Contohnya, janjang aritmetik: 2, 4, 6, 8, , janjang geometri: 5, 10, 20, 40, | Menengah Atas |
hukum poligon | polygon law | Hukum poligon memberi petua bagi penambahan vektor. Lihat rajah | Menengah Atas |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata petua |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tak panjat limau manis, Kita tebang batang tebu; Jika tak dapat yang hitam manis, Kita buanglah petua guru.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 87 You can catch more flies with honey than with vinegar Untuk menangani kerenah manusia, cara yang lembut atau berbuat baik lebih berkesan daripada cara yang kasar. (Peribahasa ini kadang kala digunakan untuk menyarankan supaya seseorang itu mengampu) Yang tajam tumpul, yang bisa tawar If you want some secret tips, do not be rude to her. A polite approach is more effective than rudeness and even at times you have to be ingratiating. Take it from me, you can catch more flies with honey than with vinegar. Jika awak mahu mencungkil petua rahsia, janganlah bersikap biadap terhadapnya. Cara yang penuh sopan santun lebih berkesan meskipun kadang kala awak terpaksa mengampunya. Percayalah cakap saya, yang tajam tumpul, yang bisa tawar. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|