Kata |
Takrif |
Sumber |
teguran | 1 kata-kata utk menegur. 2 amaran; peringatan; nasihat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
teguran | 1. hasil perbuatan menegur, sapa; 2. celaan, ajaran, cerca, kritikan, petunjuk: rencana itu patut dianggap sbg ~ yg membina utk kebaikan gerakan kerjasama di seluruh negeri amnya; 3. amaran, peringatan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teguran | 2 amaran; peringatan; nasihat. | Kamus Pelajar |
teguran | 1 kata-kata utk menegur. | Kamus Pelajar |
kritik | 1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yg jujur; pd masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; kerajaan sedia memberikan perhatian kpd ~-~ yg dikemukakan dgn tujuan yg baik; 2. teguran keras, kecaman, bidasan; mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut; kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sapaan | teguran, ajakan utk bercakap-cakap: tiba-tiba terdengar ~ di dapur rumah; ~ salam ucapan salam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jeweran | bp teguran (drpd pihak atas). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komen | (komén) 1. teguran, kritikan, atau pemerhatian utk menyatakan pendapat, pandangan, atau sikap terhadap sesuatu perkara, ulasan: berbagai-bagai ~ terhadap rancangan tersebut telah tersiar dlm akhbar; 2. memberi komen: katanya ia tidak mahu ~ tentang perkara itu; mengomen membuat komen, mengulas: sifatnya memang suka ~ kerja-kerja orang; pengomen orang yg suka dan selalu membuat komen. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peringatan | 1. nasihat (teguran dll) utk diingati: saya telah beberapa kali mengingatkan dia tentang kecuaiannya itu tetapi ~ saya tidak dipedulikannya; 2. catatan, keterangan: semua perkara besar yg berlaku tiap-tiap hari dicatatnya dlm sebuah buku ~; 3. sesuatu yg digunakan utk memperingati atau mengenang sesuatu, kenang-kenangan: ia membeli sebuah lencana kecil tanda ~ menyambut kemerdekaan; tugu ~; 4. ingatan: ~ manusia hanya singkat sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sapaan | hal menyapa; teguran. | Kamus Pelajar |
Kata |
Takrif |
Sumber |
admonitory | adj 1. conveying reproof, teguran: an ~ letter, surat teguran; 2. conveying warning, memberi /amaran, peringatan/: raised an ~ finger, mengangkat jari memberikan amaran. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
admonition, admonishment | n 1. mild reproof, teguran: ~ can often be more productive than punishment, teguran sering lebih berhasil drpd hukuman; 2. warning, caution, peringatan: they paid little heed to the teachers ~ to be careful, mereka tdk berapa mempedulikan peringatan guru supaya berhati-hati. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
implied | adj 1. (leg.) tersirat: ~ contract, perjanjian yg tersirat; ~ recognition, pengiktirafan yg tersirat; 2. indirectly expressed, secara tdk langsung: an ~ rebuke, teguran secara tdk langsung. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
deflate | vt 1. release air from, mengempiskan, /mengeluarkan, melepaskan/ angin dr: to ~ a rubber tube, mengempiskan tiub getah; 2. reduce confidence, conceit of, menyebabkan [sso] mati angin: the snide remark ~d him, teguran yg menghina itu menyebabkan dia mati angin; 3. (econ) mendeflasikan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
correction | n 1. act of a. (making right) pembetulan, membetulkan: the ~ of spelling errors, membetulkan kesalahan ejaan; b. (marking errors in) pemeriksaan, memeriksa; c. (reproving) memberi teguran; open to ~, boleh ditegur; 2. amendment, pembetulan: ~s on a proof sheet, pembetulan pd kertas pruf; 3. (archaic) punishment, hukuman: the prisoners were sent to a labour camp for ~, banduan-banduan itu dihantar ke kem buruh paksa utk menjalani hukuman; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gentle | dahan menyentuh cermin tingkap; give so. a ~ /push, nudge, etc/, /menolak, menyigung, dll/ sso dgn perlahan: she gave her friend a ~ nudge with her elbow, dia menyigung kawannya dgn perlahan; 4. mild, a. (of wind, breeze) sepoi-sepoi (bahasa); b. (of rain) renyai(-renyai); 5. not steep, landai: ~ slopes, cerun yg landai; 6. not severe, not hurtful, lembut: his ~ criticism of the book was welcomed, kritikannya yg lembut thdp buku itu dialu-alukan; even a ~ reproach makes her cry, teguran lembut sekali pun membuat dia menangis; ~ teasing, usikan lembut; 7. slow, moderate, perlahan: she cooked the rice over a ~ fire, dia memasak nasi di atas api yg perlahan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
correct | vt 1. make right, rectify, membetulkan: to ~ os pronunciation, membetulkan sebutan; to ~ mistaken beliefs, membetulkan anggapan yg salah; to ~ an injustice, membetulkan ketidakadilan; to ~ the curvature of the spine, membetulkan lengkungan tulang belakang; 2. mark errors in, memeriksa: to ~ examination papers, memeriksa kertas peperiksaan; 3. reprove, menegur; (when the error is not specified) menegur + approp n: the boss ~ed him for his carelessness, bos menegurnya krn kecuaiannya; she ~ed him after the guests had left, dia menegur kesilapan lelaki itu selepas tetamu pulang; I stand ~ed, saya menerima teguran itu; 4. (archaic) punish, menghukum; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
gurindam | gurindam | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang berangkap dengan setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris sejajar yang berpasangan dan berirama. Panjang baris gurindam tidak tetap seperti pantun dan syair. Setiap rangkap gurindam mengandungi satu tema atau idea yang lengkap. Baris pertama mengandungi semacam soalan atau syarat dan baris kedua jawapannya. Walaupun setiap pasangan baris bersifat utuh kendiri, tetapi makna gurindam menjadi lebih sempurna apabila dikembangkan dalam rangkaian yang berikutnya. Gurindam biasanya bersifat serius, isinya mengandungi nasihat, teguran dan pengajaran yang disebut secara langsung. Contoh yang popular ialah Gurindam Dua Belas karya Raja Ali Haji: Apabila terpelihara mata, Sedikitlah cita-cita. Apabila terpelihara kuping, Khabar yang jahat tiadalah damping. Apabila terpelihara lidah, Nescaya dapat daripadanya faedah. Sehingga hari ini, konsep gurindam seperti yang diberi oleh Raja Ali Haji masih diguna pakai. Contoh gurindam semasa dapat dilihat dalam Gurindam Dulu dan Kini karya Khadijah Hashim: Dulu anak faham dijeling, Kini melawan ayah ditengking, Dulu ibu tiri jahat tak terkira, Kini ibu sendiri yang mendera. Dulu dilihat luas kebunnya, Kini dipandang banyak sahamnya. Dulu teruna riang di bendang, Kini mereka sibuk di kilang. Dulu mengkudu melacak di tanah, Kini dibotol minuman mewah. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
tegur | teguran tagoan. | kedayan | |
ajar | ajaran; nasihat; teguran; petunjuk; arahan: kita mesti ningaka ~ pengajar kamu mesti mendengar ajaran cikgu: penusah nya nyadi ka ~ iya kesusahan itu menjadi pengajarannya. | Iban | |
tidak | kias; 1 ibarat; 2 teguran yg tidak dgn terus-terang, sindiran; 3 contoh yg telah ada, berbandingan dgn hal-hal yg telah berlaku: pigek kuman ~ mengambil kias drpd; tenawan tahan ~, benateang tahan pepah (manusia tahan kias, binatang tahan palu) prb manusi | Melanau Mukah | |
lasuk II | pedas; 1 rasa spt rasa lada, cili, dll: juwuksiyen kelalu ~ kuahnya terlalu pedas; 2 tajam atau keras teguran, komen, dll, menyakitkan hati (bkn kata-kata dll): telabau wak manyit jegem ~ kata-kata yg tajam dan pedas; petelabau ~ bercakap pedas; ~ mepala | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
pedera Ib | sejenis penyakit; pesakit akan merasa sakit kepala dan mual. Menurut kepercayaan masyarakat Iban, penyakit ini akibat teguran daripada roh orang yang sudah meninggal. | Mungkin sakit pedera. Mari, saya cuba sembuhkan, kata Kemuja. Sakit pedera tidak seperti ini selama... Wak... wak... wak! Madu terasa hendak muntah. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
teguran | [te.gu.ran] | تݢورن |
|
|