Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. Terima kasih. | 1. Mereka diarah oleh pihak polis supaya bertinggung. (Betul) 2. Mereka beruniform semasa menyertai perarakan. (Betul) 3. Bola lisut tidak popular di negara kita. Permainan bola lisut kurang popular di negara kita. 4. Penjaja itu membawa buntil yang berisi barang ke pasar untuk dijaja. (Betul) | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Salam sejahtera. 1. Adakah ayat ini betul? Semoga puan akan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi di masa akan datang. 2. Saya tidak dapat cari perkataan "menghadang" dan "bola lisut" dalam Kamus Dewan, adakah perkataan ini masih wujud? Terima kasih. | 1. Semoga puan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang lagi pada masa akan datang. 2. Dalam data kami tiada perkataan menghadang tetapi mempunyai perkataan menghalang, iaitu menahan sesuatu supaya tidak dapat bergerak, mengalir dll: Beting pasir itu ~ air mengalir ke laut. 2 tidak membenarkan seseorang melakukan sesuatu; menahan; menegah; melarang: Maka hulubalang Melaka itu pun dihalang oleh Bendahara, tiada diberinya melawan. 3 menutupi atau melindungi: Jerebu ~ pemandangan kami. Perkataan bola lisut masih digunakan selain perkataan sofbal. | Tatabahasa | 08.10.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| lisut (kata nama) | 1. Bersinonim dengan kecut: berkedut, berkerut, keresot, kisut, merunyut, kerepot, kelambur, menggelembur, susut,
berkerunyut, Berantonim dengan tegang
2. Bersinonim dengan layu: tidak berseri, kering dan kecut, melipu, lecuh, alum, Berantonim dengan mekar
| Kata Terbitan : melisutkan, kelisutan, |
|
Puisi |
---|
|
Anak kuda tepi gedung, Mari makan rumput rampai; Buah saya buah kedondong, Sampai lisut tak makan tupai.
Lihat selanjutnya... |
|