Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
asal usul perkataan kira dan maksud perkataan kira | Perkataan 'kira' berasal daripada kata Melayu asli, iaitu 'kira-kira'. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kira bermaksud 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka; 2. fikir, rasa, anggap; 3. taksiran, hitung; 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran; dan 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah merujuk Kamus Dewan Edisi Kempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 05.01.2007 |
tolong betulkan ayat ini. 1. Pegawai Pemagang Kira-Kira. 2. dijalankan. | Soalan saudara tidak jelas, kedua-dua soalan yang dinomborkan bukanlah ayat yang lengkap hanya pembetulan yang dapat dibuat dalam ejaan Pemegang (bukan Pemagang). | Tatabahasa | 19.02.2013 |
Adakah kata sendi "pada" mesti wujud dalam ayat berikut? Agama Kristian bermula kira-kira PADA 2 000 tahun yang lampau. Terima kasih. | Tidak perlu kata sendi nama 'pada' dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 19.05.2011 |
Tuan, Saya keliru dengan penggunaan Pada dan Di. Petikan contoh-contoh dari akhbar yang mencatatkan frasa berikut: 1. Pada majlis tersebut, 2. Kira-kira 3,000 orang hadir pada majlis itu. 3. Pada peringkat akar umbi. Bolehkah gunakan Di dalam kesemua contoh di atas. | kata sendi di boleh digunakan dalam kesemua contoh ayat yang diberikan. Walau bagaimanapun masyarakat cenderung menggunakan kata pada dalam ayat-ayat tersebut yang dianggap lebih sesuai kerana kata sendi di pada kebiasaannya digunakan untuk menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 21.10.2007 |
Tuan, Penghormatan saya yang adalah pelajar tahun mengambil mata pelajaran utama dalam Psychology di universiti kebangsaan Singapura. Saya adalah masa ini melakukan satu psikolinguistik kertas penyelidikan dan ia adalah pada dasarnya kira-kira mengira phonotactic kemungkinan-kemungkinan segmen-segmen kata Melayu (eg. co kejadian huruf-huruf vokal seberang suku kata, co keberlakuan konsonan-konsonan dengan permulaan atau koda, dan sebagainya.). Dengan eksperimen psikologi tindakan susulan, kebarangkalian-kebarangkalian ini akan cahaya bangsal kepada bagaimana orang belajar dan perkataan-perkataan Melayu proses. Boleh saya bertanya jika ada sebarang pangkalan data dalam talian di mana laluan tambahan saya untuk satu senarai yang lengkap perkataan-perkataan Melayu? Jawapan anda dan membantu akan sangat membantuku dalam penyelidikan saya. Terima kasih | Bagi membantu saudara mendapatkan maklumat berkaitan perkara ini, saudara boleh berhubung dengan pegawai dari Bahagian Penyelidikan Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka atau saudara boleh e-mel kepada izan@dbp.gov.my .(Encik Sharifullizan Malek) | Lain-lain | 21.08.2007 |
apakah perbezaan antara "setengah " dengan "separuh"? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, separuh bermaksud 1. setengah, seperdua: pantun yg saya nyanyikan itu ~ saya dapat drpd orang Kelantan dan ~ drpd Orang Laut; 2. tidak sepenuhnya, tidak seratus peratus (kira-kira 50%): pertandingan ~ profesional; ~ akhir pusingan atau perlawanan paling hampir sebelum ke peringkat akhir (bkn bola sepak dsb); ~ hati tidak sungguh-sungguh; ~ jalan sekerat jalan; ~ mahir belum cukup mahir atau terlatih sepenuhnya utk melakukan sesuatu pekerjaan khusus: pekerja ~ mahir; ~ masak setengah masak, belum masak betul; ~ mati setengah mati; ~ sedar tidak sedar sepenuhnya; ~ umur setengah umur; manakala setengah pula bermaksud 1. separuh, seperdua: luasnya tanah itu ~ ekar; bekerja ~ hari; 2. tidak sempurna, tidak sepenuh-penuhnya, tidak ... betul; 3. bp kurang waras fikirannya (otaknya, akalnya), agak gila: bercakap merepek-repek tidak tentu hala spt percakapan orang ~; 4. setengah-setengah. | Istilah | 04.08.2010 |
Adakah perkataan "kira" salah digunakan dalam contoh ayat ini? Saya kira usaha ini harus bermula daripada pihak atasan. Jawapan yang dicadangkan ialah "kira" salah digunakan, tetapi menurut Kamus Dewan edisi ke4, kira bermaksud fikir, rasa, anggap, contohnya Saya fikir malam nanti baru ia tiba di sini. | Berdasarkan huraian dalam Kamus Dewan, perkataan kira boleh digunakan dalam konteks ayat contoh yang tuan berikan "saya kira usaha ini harus bermula daripada pihak atasan". | Tatabahasa | 15.10.2012 |
Boleh tak jelaskan maksud aproksiman serta berikan contohnya sekali. terim kasih. | Harap dapat disertakan contoh ayat dan konteks penggunaan(bidang) bagi perkataan ini. Adakah perkataan ini padanan bagi perkataan approximate dalam bahasa Inggeris? Jika untuk approximate padanan bahasa Melayunya ialah lebih kurang, kira-kira atau anggaran. | Makna | 12.03.2008 |
Salam, Apakah maksud kredit?dari segi bahasa penggunaan. | Kredit bermaksud 1. wang yg dipinjamkan, jumlah atau kemudahan pinjaman; 2. kemudahan membayar terkemudian drpd penerimaan barang, penangguhan pembayaran (bagi barang yg dibeli); dan 3. butir perakaunan (seperti bayaran dan lain-lain) yang dicatatkan di ruang sebelah kanan buku kira-kira. | Lain-lain | 19.11.2009 |
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. Kamu kira lagi, kata cikgu. Kamu kena kira lagi, ulang cikgu. Yaya kira lagi. Satu tambah lima jadi enam, kata Yaya. Yaya bijak!, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. Terima kasih, papa, kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa. | Soalan saudara/ saudari tidak jelas. | Tatabahasa | 30.06.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| kira | 1. Bersinonim dengan pendapat ( fikir, rasa, anggapan, sangkaan, dugaan, ) (kata nama:)
2. Bersinonim dengan taksiran ( hitungan, anggaran, jangkaan, ) (kata nama:)
3. Bersinonim dengan peduli ( hirau, endah, parwah, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : kiranya, sekiranya, kira-kira, berkira, berkira-kira, mengira, mengira-ngira, terkira, kiraan, perkiraan, pengiraan, pengira, |
|
Puisi |
---|
|
Tidak dapat dikira-kira, Air mata jatuh segera; Karam di laut angin di udara, Karam di hati kerana cinta.
Lihat selanjutnya... |
|