Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah maksud bagi simpulan bahasa bawah ini? 1 patah hati 2 kering keringat 3 kering mulut 4 kering gusi 5 kering ringkai terima kasih | Saudara Gan, Maksud simpulan bahasa yang dikemukakan ialah : i. hilang kemahuan;hilang keberanian; tidak hiraukan lagi, kecewa ii. payah sekali; sangat letih;mencurahkan segenap tenaganya iii. tidak ada maksud untuk simpulan bahasa kering mulut iv. tak putus-putus ketawa v. barang jemuran yang kering sekali | Makna | 03.02.2010 |
Penulis yang terkenal itu tidak pernah kering idea untuk menghasilkan karyanya. Adakah penggunaan perkataan 'kering' betul ? | Penggunaan perkataan kering dalam ayat boleh digunakan. Namun, perkataan yang lebih tepat digunakan ialah ketandusan idea. | Tatabahasa | 02.07.2013 |
tuan, 1. pemuda itu begitu gigih untuk menduduki peperiksaan walaupun telah gagal beberapa kali.( apakah kesalahan yang ditemui? saya tak faham kerana buku mengatakan bahawa ayat ini salah) 2. badannya yang gempal menjadi kering setelah mengidap penyakit asma.(saya berasa ayat ini salah tetapi buku pula mengatakan betul?) terima kasih | Pendapat saudara betul kerana ayat pertama tidak mengandungi kesalahan, manakala dalam ayat kedua terdapat kesalahan penggunaan kata kering. Kering bermaksud tidak berair atau tidak basah dan makna kata kering yang lain juga tidak tepat dari semantiknya untuk ayat berkenaan. | Tatabahasa | 24.07.2011 |
IBU AMIR MENJEMUR PAKAIAN YANG BASAH DI AMPAIAN SUPAYA IA CEPAT KERING. | IBU AMIR MENJEMUR PAKAIAN YANG BASAH DI AMPAIAN SUPAYA CEPAT KERING. | Lain-lain | 21.03.2011 |
tuan Ali mrngupas kulit kering luka pada kakinya. (mengupas salah dan perlu digantikan dengan kata?) tuan Ramli tidak tidur semalaman kerana sibuk mengupas idea.( mengupas perlu digantikan dengan kata apa?) TQ banyak2 | Ali menanggalkan kulit kering pada luka di kakinya. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan makna setiap perkataan dan sesuaikan dengan konteks ayat atau maksud yang hendak disampaikan. Untuk menghasilkan ayat yang gramatis, rujuk buku Tatabahasa Dewan, Bab 16. | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Salam. Bolehkah saya tahu jika ada padanan yang sesuai bagi istilah "shinsplints" yang berkaitan dengan sakit pada tulang kering di kaki. Terima kasih. | Dalam data kami, tiada padanan khusus bagi perkataan "shinsplints" dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "shin" yang bermaksud tulang kering yang digunakan dalam istilah perubatan manakala "foil splint" yang bermaksud splin keranjang, removeable splint yang bermaksud splint boleh tanggal (perubatan). Kami mencadangkan splin tulang kering bagi perkataan "shinsplint". | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Tuan, perkataan 'kering-kontang' tergolong sebaga kata ganda atau kata majmuk? Saya agak keliru tentang penggunaan perkataan ini kerana ada penerbit yang mengkategorikannya sebagai kata majmuk sedangkan di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ini ditulis dengan tanda sempang. Secara tidak langsung, perkataan ini sewajarnya tergolong sebagai kata ganda. Sekian, terima kasih. | Kering-kontang ialah kata ganda yang ditandai dengan tanda sempang ditengah-tengahnya. | Tatabahasa | 28.11.2012 |
Bolehkah 'di mana' digunakan untuk makna berikut? kemarau - musim kering di mana hujan tidak turun untuk masa yang lama. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih. | Di mana digunakan dalam ayat tanya. Dalam ayat tersebut gantikan perkataan di mana dengan kata sendi nama dan, kemarau - musim kering dan hujan tidak turun untuk masa yang lama. | Tatabahasa | 31.12.2011 |
Syarikat saya mahu membuat papan iklan di pejabat saya. Saya mahu pastikan ejaan dan tatabahasa yang betul. Pihak tuan tolong nasihatkan kami untuk: "Pembungkus dan pengedar serbuk makanan kering" Kerjasama pihak tuan sangat sangat di harapkan. terima kasih. | Ejaan dan tatabahasa bagi frasa "Pembungkus dan pengedar serbuk makanan kering" betul. Bagi digunakan pada papan iklan pejabat, ejaan yang tepat ialah Pembungkus dan Pengedar Serbuk Makanan Kering" . | Lain-lain | 29.08.2013 |
Bolehkah kawasan sejuk dan dingin dianggap gurun? Ini demikian kerana, saya lihat di wikipedia menyatakan bahawa antartika merupakan gurun terbesar di dunia sedangkan apabila saya lihat di kamus gurun merujuk kepada kawasan yang kering dan panas. | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, gurun ialah kawasan yang luas dan kering (biasanya diliputi pasir), padang pasir; ~ tandus gurun yang tidak ditumbuhi tumbuh-tumbuhan. Puan digalakkan menggunakan Kamus Dewan sebagai rujukan penggunaan perkataan yang betul. | Makna | 16.09.2013 |