Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah penggunaan kata nafi ayat di bawah ini betul? 1. Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang. | Ayat "Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang" betul. Kata nafi bukan digunakan apabila menafikan frasa yang membawa maksud bertentangan. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
Pilih ayat yang betul. A) Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang. B)Bukan semestinya kamu boleh pulang awal pada hari ini. C) Hasil lukisan itu bukan seperti yang saya harapkan. D)Jawapan yang diberikan oleh penceramah itu bukan menyakinkan. | Kata nafi "bukan" menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi "tidak" pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi "bukan" boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. a) Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang. b) Tidak semestinya kamu boleh pulang awal pada hari ini. c) Jawapan yang diberikan oleh penceramah itu tidak meyakinkan. | Tatabahasa | 15.04.2013 |
maksud keluguan dan segmentasi | Lugu bermaksud berasa senang, puas, kenyang. Kata terbitan keluguan tidak ada contoh dalam Kamus Dewan walau bagaimanapun maksudnya sama seperti makna kata asalnya. Manakala segmentasi tidak ada dalam bahasa Melayu, yang ada ialah perkataan segmen bermaksud 1. bahagian (dari sesuatu), penggal; 2. (istilah Biologi) bahagian dari binatang yang beruas-ruas (seperti cacing, serangga, dll), dan padanan segmentation dalam bahasa Melayu ialah pensegmenan. | Makna | 12.09.2009 |
makna kepuasan hati | Menurut Kamus Dewan maksud berpuas; ~ hati berasa puas (kenyang, lega, senang, dll); memuaskan 1. menjadikan (menyebabkan) puas, memberi (memenuhi, menuruti, dll) hingga puas: wang dapat ~ kehendak-kehendak lahir; buah anggur sangat ~ selera saya; 2. memberi kelegaan (kesenangan, kesukaan, dll) kpd, menyenangkan, menyukakan: layanannya ~; ia ingin berbuat sesuatu yg dapat ~ hati ibunya; 3. memadai (harapan, hasrat, dll), menyenangkan: pendapatan drpd hasil padi tahun ini agak ~; Sdr juga boleh mendapatkan kemudahan menggunakan Kamus Dewan secara digital dengan melayari laman DBP. | Lain-lain | 04.03.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| kenyang (adjektif) | Bersinonim dengan puas, cukup, sebu, jelak, muak, jemu, bosan, lugu, buntur;, | | Kata Terbitan : mengenyangkan, kekenyangan, |
|
Puisi |
---|
|
Orang darat menganyam kelasah, Buat kelarai bunga cempaka; Makan tak kenyang mandi tak basah, Sudahlah adat orang bercinta.
Lihat selanjutnya... |
|