Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
"temu janji" atau "janji temu"? | Jawapannya ialah janji temu. Singkatan daripada janji untuk bertemu. Harap maklum. | Lain-lain | 06.08.2007 |
temu janji atau janji temu? TQ | Jawapannya ialah janji temu. Singkatan daripada janji untuk bertemu. Harap maklum. | Makna | 04.09.2012 |
Salam sejahtera Nama:Raudhah 'Aqeela Zamiruddin Soalan:antara temu janji dan janji temu mana yang betul.berikan alasanya | Janji temu yang betul. Alasannya. seseorang akan janji dahulu sebelum bertemu. Tidak mungkin seseorang akan bertemu dahulu kemudian berjanji.T.kasih. | Lain-lain | 01.08.2008 |
temu janji atau janji temu, yang mana satu betul? | Yang betul ialah janji temu. | Istilah | 28.07.2008 |
Yang manakah kata majmuk yang betul? Temu janji atau janji temu? | Penggunaan yang terdapat dalam Kamus Dewan ialah janji temu. | Tatabahasa | 29.03.2008 |
Tuan, setahu saya hanya ada aku janji. Wujudkah akur janji? Jika kedua-duanya wujud, apakah perbezaannya? Terima kasih. | Perkataan aku janji ialah padanan undertaking dalam bahasa Melayu yang lazimnya digunakan dalam bidang pentadbiran, manakala perkataan akur janji boleh digunakan dalam konteks umum yang bermaksud setuju berjanji. | Istilah | 27.03.2012 |
janji temu atau temu janji yang mana satu yang betul? | Istilah yang betul ialah janji temu. | Istilah | 09.05.2012 |
Yang manakah betul? 'janji temu' ATAU ' temu janji', ' seni pertahanan diri' ATAU 'seni mempertahankan diri'. Terima kasih. | Janji temu dan seni mempertahankan diri. | Lain-lain | 24.04.2009 |
Yang mana betul? janji temu atau temujanji? | Berdasarkan Kamus Dewan Ediis Keempat, frasa yang betul ialah janji temu. Janji untuk bertemu dengan seseorang pada masa dan di tempat yang telah ditetapkan kerana sesuatu urusan dsb. Terima kasih. | Istilah | 21.01.2009 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. 1. Yang manakah frasa yang tepat, "aku janji" atau "akur janji"? 2. Adakah boleh diterima sebutan akronim SASEM (baca; seisem) untuk Sains Sembrong? Atau tetap dibaca (sasem) sebagaimana yang dieja? Atau sebutan (seisem) itu tergolong dalam akronim sesedap sebutan? TERIMA KASIH. | 1. Jika merujuk frasa letter of undertaking, penggunaan yang betul ialah surat aku janji. Walau bagaimanapun frasa akur janji boleh dibentuk jika hendak merujuk kepada perbuatan setuju untuk berjanji. 2. Dalam pangkalan data kami sasem ialah bahasa sukuan Melanau. Pada pandangan kami frasa Sains Sembrong sewajarnya disebut dengan penuh bagi mengelakkan kekeliruan orang awam. | Tatabahasa | 09.07.2013 |