Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum w.t.b dan salam 1Malaysia tuan/puan. Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang bahasa khususnya bahasa Melayu dan khuatir ilmu bahasa yang pernah dipelajari di peringkat STPM dahulu hilang begitu sahaja. Saya dan seorang lagi rakan sebaya serta dibimbing oleh para guru bahasa Melayu yang berpengalaman luas dan bidang pendidikan dan bahasa Melayu mula mengambil tindakan dengan mula menubuhkan sebuah pusat bahasa Melayu yang dinamakan sebagai "Klinik Bahasa Melayu". Kami baru sahaja menubuhkannya pada bulan ini (Mac). Soalan pertama, pihak DBP ada atau tidak mengeluarkan sijil pengiktirafan atau sijil kebenaran untuk kami mengajar bahasa Melayu supaya ia selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh DBP. Kami sedia untuk mengambil peperiksaan untuk menguji tahap ilmu bahasa Melayu kami supaya kami yang bertindak sebagai "doktor" bahasa Melayu tidak tersalah "mengubati" pengguna bahasa Melayu. Fokus kami adalah untuk membantu pengguna bahasa Melayu agar menggunakan bahasa Melayu dengan betul khususnya bagi para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dan kami begitu ghairah untuk mengambil peperiksaan khas sekiranya pihak DBP mahu mengadakannya. Sekian, terima kasih. | Untuk makluman tuan, DBP belum pernah memberikan pengiktirafan atau pengakreditasian program bahasa yang dilaksanakan oleh pihak luar. Dalam membantu DBP melaksanakan pelbagai program kebahasaan, DBP mempunyai sekumpulan pegawai yang diiktiraf untuk membantu DBP, iaitu Munsyi Dewan. Kumpulan ini dipilih setelah melalui ujian pemilihan yang disyaratkan oleh DBP. Untuk maklumat lanjut tentang program Munsyi Dewan, bolehlah hubungi Ketua Bahagian Pembinaan Bakat dan Kepakaran, Puan Siti Aisah Murad di talian 03-21479222 atau e-mel aisah@dbp.gov.my. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kursus anjuran DBP pula, boleh hubungi Ketua Akademi DBP, Dr. Amran Joned di talian 03-21479779 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 22.03.2015 |
Saya pelajar research, saya hendak buat kajian atas buku-buku cerita terbitan DBP iaitu Alah Bisa Tegal Biasa, Patah Tumbuh Hilang Berganti, Hendak Seribu Daya, Tak Nak Seribu Dalih dan Bagaimana Acuan Begitulah Kuihnya. Boleh nyatakan anugerah, pengiktirafan atau kekuatan pemilihan buku cerita peribahasa ini? terima kasih | Secara umumnya, kelima-lima judul ini memperkenalkan peribahasa dalam kalangan kanak-kanak melalui cerita yang disampaikan. Semua judul ini menonjolkan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, sikap bertanggungjawab dan kejujuran. Persembahan dalam bentuk buku bergambar juga dapat menarik minat pembaca sasaran, iaitu kanak-kanak. Semua judul ini juga diterjemahkan dalam bahasa Inggeris untuk pasaran luar negara. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja melalui talianutama DBP, iaitu 03-2147 9000. | Sastera | 09.01.2025 |
|
Tesaurus |
---|
| hilang | 1. Bersinonim dengan lenyap ( lesap, kesasar, hirap, ghaib, sirna, ) (adjektif:)
2. Dalam konteks marah bersinonim dengan reda, padam, pudar, luntur, surut, (adjektif:)
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan mati, wafat, mangkat, gugur, meninggal, (kata kerja:)
| Kata Terbitan : menghilang, menghilangkan, kehilangan, penghilangan, penghilang, |
|
|