Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pohon beri terjemahan dan penjelasan perbezaan "output", "outcome" | Output ialah hasil pengeluaran, keluaran. outcome pula ialah hasil. | Istilah | 14.10.2009 |
1. Perbezaan penggunaan perkataan 'penggunaan' dengan 'kegunaan', 'pengeluaran' dengan 'keluaran', dan 'pernyataan' dengan 'kenyataan'. | Penggunaan bermaksud perihal menggunakan, manakala kegunaan bermaksud faedah menggunakan. Pengeluaran bermaksud perihal atau proses mengeluarkan, manakala keluaran ialah hasil yang dikeluarkan. Pernyataan dan kenyataan boleh membawa maksud masing-masing atau membawa maksud pengumuman bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Untuk maklumat lanjut layari www.prpm.dbp.gov.my.
| Makna | 25.06.2012 |
Soalan sebelum ini adalah dirujuk. Pilihan lain yang menjadi persoalan kami bagi ayat - Its produce and products ialah 'hasilan dan produk haiwan'. Justeru mohon diperjelaskan dan diperbetulkan; 1. hasil dan hasilan, atau 2. hasilan dan produk? | Daripada rujukan kamus dan istilah, 'produce and products' mempunyai beberapa padanan berdasarkan bidang. Makna ' produce' ialah hasil, manakala ' product' ialah hasil dan keluaran. Sekiranya merujuk bidang Veterinar, lazimnya digunakan hasil haiwan dan hasil tenusu. Dalam cadangan yang diberikan, iaitu 'hasil dan hasilan' adalah kurang tepat kerana 'hasilan' bermaksud hasil ciptaan atau dapatan kerana menghasilkan sesuatu. Maksud 'produk' pula ialah sesuatu (barang, perkhidmatan dsb) yg dikeluarkan oleh kilang, atau ditawarkan oleh institusi dsb. Pihak kami mencadangkan padanannya ialah 'hasil dan keluaran'. Hasil seperti susu dan daging, manakala produk mungkin dalam bentuk keju dan nuget. | Penyemakan dan penterjemahan | 25.03.2010 |
Boleh terangkan dengan jelas perbezaan istilah output dan outcome dan jika boleh kaitkan dengan contoh dalam bidang pendidikan ? Terima kasih... | Encik Abdul Razak, Makna output ialah hasil pengeluaran, keluaran: pd masa ini pengeluaran semikonduktor terdiri drpd 80% jumlah ~ industri; 2. (Komp) hasil pemprosesan data oleh komputer; 3. (Fiz) isyarat yg diperoleh drpd litar elektronik; ~ data data yg boleh dikeluarkan oleh sesuatu peranti komputer; ~ grafik hasil janaan komputer dlm bentuk cetakan atau plot grafik; manakala makna outcome ialah hasil: whether he gets the job depends on the ~ of the exams, sama ada dia mendapat kerja itu atau tdk, bergantung pd keputusan peperiksaan tersebut; we must wait on the ~ of the talks, kita mesti menunggu hasil perundingan itu. Perkataan outcome boleh juga bermaksud akibat. Oleh yang demikian, dalam konteks pendidikan sekadar contoh, boleh membawa maksud keluaran atau produk yang bagaimana yang ingin dihasilkan oleh sistem pendidikan kita dan akibatnya apabila sesuatu sistem atau peraturan dilaksanakan. | Makna | 23.03.2010 |
Apakah perbezaan antara terbitan dan penerbitan? Yg saya faham, terbitan adalah hasil atau laporan manakala penerbitan adalah perbuatan untuk menghasilkan laporan tersebut? Betulke? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna terbitan ialah sesuatu yg terbit (diterbitkan), keluaran (buku, majalah). Penerbitan pula ialah perihal (perbuatan dll) menerbitkan. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 30.12.2008 |
saya ingin bertanya, bolehkah saya mendapatkan katalog buku2 dalam keluaran dbp, yang berkaitan dengan hotikultur dan lanskap. saya mengajar matapelajaran lanskap dan nurseri tingkatan 4 dan 5. sangat susah untuk mendapatkan buku rujukan untuk pelajar dan guru. terima kasih | Salam, Salah satu cara untuk saudara mendapatkan senarai rujukan dalam bidang tersebut adalah dengan melayari laman Pusat Rujukan Persuratan Melayu http://prpm.dbp.gov.my dan klik pada e-Perkhidmatan. Kemudian klik Katalog Awam dalam Talian. Taipkan subjek yang dicari dalam petak Kata Carian. Saudara boleh mendapatkan buku terbitan DBP Hortikultur Hiasan dan Landskap Tingkatan 4 dan 5 hasil tulisan Fakhrul Izhar Ramlee, Mohd. Taslim Kostor dan Nawawi Mohd. Jan. Buku tersebut berharga RM23.50 (ISBN 9836286268). | Lain-lain | 26.01.2011 |
Apakah kesan kerancuan bahasa terhadap perkembangan bahasa baku? | Sila rujuk bahan ini yang dipetik daripada Talian KAWAT Pusat Dokumentasi Melayu DBP. Sekiranya sdr menjadi Rakan Dewan sdr boleh meminjam di Pusat Dokumentasi Melayu. Hasil carian yang mempunyai 'kerancuan bahasa' dalam Judul (6 rekod dijumpai) | Carian Baru | |
| Lain-lain | 24.03.2008 |
|
Tesaurus |
---|
| hasil (kata nama) | 1. Rujuk dapat pendapatan
2. Rujuk panen
3. Bersinonim dengan keputusan: jawapan, penyelesaian, kesudahan,
4. Bersinonim dengan akibat: kesan, padah, reaksi, ekoran, risiko,
| Kata Terbitan : berhasil, menghasilkan, keberhasilan, penghasilan, penghasil, |
|
|