Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
MAKSUD PERIBAHASA HANGAT-HANGAT TAHI AYAM, KERBAU DICUCUK HIDUNG, ADA ANGIN, MELEPASKAN ANJING TERSEPIT DAN BAGAI ITIK PULANG PETANG | Maksud peribahasa hangat-hangat tahi ayam ialah tidak bersungguh-sungguh. Untuk mengetahui makna sesutau peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Lain-lain | 10.08.2008 |
boleh tak hangat digunakan untuk makanan, contohnya mi rebus yang masih hangat? | Dalam ayat "Mi rebus yang masih hangat...", perkataan "hangat" kurang sesuai digunakan. Perkataan yang lebih sesuai ialah panas. Perkataan hangat apabila digandakan menjadi hangat-hangat merupakan bahasa percakapan yang bermaksud sementara masih panas. Contohnya dalam ayat, "Nasi itu elok dimakan hangat-hangat." | Tatabahasa | 08.07.2013 |
Salam. Anis menghirup air kopi yang hangat itu perlahan-lahan. Ayat tersebut boleh diterima? | Ayat tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Assalamualaikum saudara Disini saya ingin membuat sedikit pertanyaan berkenaan kontroversi yang hangat ketika ini iaitu berkenaan 2 peribahasa yang agak terkenal iaitu "Harapkan pagar,pagar makan padi" yang didakwa "harapkan pegar,pegar makan padi" dan "melepaskan batuk ditangga" yang didakwa "melepaskan batok ditangga". Harapkan DBP dapat memberi maklumbalas berkenaan hal ini supaya saya dapat sebarkan kepada rakan-rakan yang lain melalui blog.Penjelasan yang sejelas jelasnya.. | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam. | Lain-lain | 13.01.2012 |
Apakah jawapan yang sesuai, Dia memandikan adiknya dengan air ( ) kerana cuaca terlalu sejuk. a. panas b. hangat c suam d. sejuk jawapan yang dicadangkan adalah suam. bukankah air suam sesuai sebagai minuman. | Jawapan "air suam" betul kerana air suam bermaksud air yang tidak berapa panas dan digunakan sebagai minuman atau bukan minuman. | Tatabahasa | 12.11.2012 |
Bolehkah tanda baca koma diletakkan sebelum kata hubung "dan" sebagaimana ayat yang berikut? Saya membeli ikan, udang, dan sayaur-sayuran. Sekian, terima kasih. Salam hangat daripada, Tan Chin Lee | Sdr Tan, Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum dan biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan buah-buahan ... Nota: Tanda koma (,) berfungsi sebagai unsur pemisah kata dan frasa yg berturutan, unsur nombor yg berturutan, pembilangan dan pengulangan, ungkapan yg diulang, beberapa ayat setara, kata hubung tak setara atau bertentangan fakta daripada ayat ayat induk, memisahkan baris pantun khususnya akhir baris pertama dan baris ketiga, baris-baris syair, bahagian awal ayat dengan petikan langsung, klausa komplemen yg mendahului ayat induk (dalam ayat songsang), klausa ketrangan musabab, syarat, waktu, pertentangan, harapan, cara, alat, atau gaya yg mendahului ayat induk dan byk lagi. Sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 26.02.2009 |
Adakah perenggan di bawah betul? Sejak akhir-akhir ini, pihak kerajaan sering menyeru rakyat untuk melakukan aktiviti senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Isu ini hangat dibicarakan dalam media massa sama ada media elektronik mahupun media cetak. Hal ini demikian kerana terdapat pelbagai kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa bersenam. Berdasarkan sumber daripada kerajaan Malaysia, hanya 60% daripada rakyat Malaysia melakukan aktiviti senaman. Soalnya, apakah kebaikan yang akan kita peroleh jika kita sentiasa berse | Ayat ini betul. Saudara juga boleh menyemak perkataan/istilah/frasa yang digunakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Tatabahasa | 02.01.2011 |
adakah perkataan box office terdapat dalam bahasa melayu dan bolehkah ia digunakan dalam ayat bahasa melayu | Padanan yang tepat bagi box office ialah jualan terlaris dan sambutan hangat/luar biasa. | Istilah | 24.01.2007 |
Bolehkah tanda baca koma diletakkan sebelum kata hubung "dan" sebagaimana ayat yang berikut? Saya membeli ikan, daging ayam, dan sayur-sayuran di pasar pada pagi ini. Terima kasih. Salam hangat daripada, Tan Chin Lee | Sdr Tan, Merujuk buku Gaya Dewan Edisi Ketiga, antara fungsi penggunaan tanda koma (,) ialah sebagai unsur pemisah bagi kata atau frasa yang berurutan. Penggunaan koma sebelum dan biasanya untuk kategori yang berbeza, cthnya: Saya membeli ikan, daging ayam, sayur, dan buah-buahan ... | Tatabahasa | 26.02.2009 |
Adakah ayat ini betul. 1. Tetamu jemputan yang menghadiri majlis itu berasa amat berpuas hati. 2. Banyak orang datang berkunjung ke pameran seni itu. 3. Buku rujukan itu mendapat sambutan hangat kerana ditulis dalam dwibahasa. | Ketiga-tiga ayat di atsa adalah betul. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 19.08.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| hangat (adjektif) | 1. Rujuk panas 1
2. Dalam konteks sambutan bersinonim dengan meriah, baik,
3. Dalam konteks perdebatan bersinonim dengan berkobar-kobar, berapi-api, bersemangat, hebat, genting, tegang, sengit, meruncing,
| Kata Terbitan : hangat-hangat, berhangat, menghangat, menghangatkan, kehangatan, |
|
Puisi |
---|
|
Air hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat.
Lihat selanjutnya... |
|