Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam Encik Sulaiman, Saya berniat ingin menulis sebuah buku dan ingin panduan dari pihak tuan dari segi,undand undang dan peraturan.Saya ingin tanya jugak perkara yang saya sepatutnya fasih sebelum dan selepas saya menulis buku dan juga penerbitanya.Terima kasih. | Salam sejahtera, Penulis perlu menguasai tiga perkara, iaitu mahir dalam bidang ilmunya, mahir dalam bahasa yang ingin ditulisnya serta tahu aspek penulisan. Penulis perlu peka dengan Akta Hak Cipta dan Akta Mesin Cetak. Dalam hal ini, penulis perlu memberi perakuan bahawa karyanya adalah hasil penulisannya sendiri dan tidak diciplak daripada pihak lain. Beliau juga mesti memastikan karyanya tiada unsur fitnah atau hasutan. Penulis juga perlu tahu dasar penerbitan bagi sesebuah penerbit sebelum menghantar karyanya. Terima kasih kerana mengajukan pertanyaan dan minat tuan untuk menulis. | Lain-lain | 08.01.2012 |
Saya dapati Kementerian Pelajaran Singapura menyediakan daftar PERIBAHASA. Satu daripada Peribahasa (Simpulan Bahasa) itu ialah : Berani mati dan pengertiannya ialah orang yang bertekad. Apabila saya cuba mengajar murid-murid saya dengan pengertian "orang yang nekad atau orang yang tidak endahkan keselamatan dirinya, mereka kata itu tidak tepat. Harap pihak tuan dapat beri penjelasannya. Terima kasih. | Kamus Dewan menakrifkan berani mati sebagai tidak takut mati. Perkataan tekad pula bermaksud berazam atau berniat dalam konteks ini orang yang berazam dan berniat untuk mati. Jika diteliti maksud frasa "tidak takut mati" dan "berazam untuk mati", kedua-duanya membawa maksud yang berbeza. Oleh itu, ada baiknya saudara berbincang dengan panel penulis daftar peribahasa tersebut bagi mengungkapkan maksud sebenar ungkapan tersebut. | Tatabahasa | 03.07.2011 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamakan kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka kepada / terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih daripada / dengan buah catur hitam. Terima kasih. | Berikut merupakan ayat yang betul setelah pindaan dibuat. 1. Jangan membaca buku dalam cahaya yang malap. 2. Jurulatih melatih kami dengan tegas. 3. Bahan yang mudah meletup mesti dijauhi daripada api. 4. Kerusi-kerusi di dalam dewan telah disusun memanjang. 5. Dia menamai kucingnya Si Comel. 6. Para penjaja takut akan Mak Cik Aishah yang suka menawar. 7. Pekerja itu didapati berniat menderhaka terhadap majikannya. 8. Mereka mengasingkan buah catur putih dengan buah catur hitam. | Tatabahasa | 04.03.2013 |
Tuan, Adakah perkataan PENERIMA BIAYA sesuai digunakan kepada pelajar yang menerima pembiayaan pendidikan? Sebelum ini pihak kami menggunakan perkataan PEMINJAM bagi pelajar yang menerima pinjaman PTPTN. Walaubagaimanapun perkataan tersebut dicadangkan ditukar kepada PENERIMA BIAYA selaras dengan pertukaran kaedah pinjaman kepada pembiayaan berasaskan syariah (perkataan "pinjaman" juga ditukar kepada "pembiayaan"). Sekian, terima kasih. | Encik Mohamad Nasdi, terima kasih kerana menggunakan khidmat Nasihat DBP. Jika melihat daripada makna yang diberikan oleh kamus DBP, ternyata perkataan pinjaman lebih tepat dibandingkan dengan biaya. Kerana biaya tidak perlu membayar balik sementara pinjaman perlu memulangkan balik apa yang dipinjam. memberi ~ memberi sesuatu utk digunakan buat sementara (dgn janji akan dikembalikan apabila sampai tempohnya): siapa boleh ~ saya pisau raut? 2. = minta ~ meminta menggunakan sesuatu buat sementara (dgn maksud mengembalikannya apabila sampai tempohnya): buku ini baru saya ~ dr perpustakaan; ~ sewa membeli dgn membayar beransur-ansur (dan sebelum selesai bayarannya barang itu dianggap barang sewaan sahaja); syarikat ~-meminjam syarikat yg memberi pinjaman (wang dll); ~ kayu ara prb meminjam barang orang dgn tidak berniat utk memulangkannya; meminjam 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai: ~ gerakan keamanan akan merumitkan kewangan negara; | Makna | 01.04.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| niat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan maksud: tujuan, ingat di hati, hajat, hasrat, kemahuan, keinginan, kehendak,
cita-cita, fikiran, harapan, jangkaan, cadangan, nazar,
2. Bersinonim dengan janji dalam hati: kaul, nazar, tekad, ikrar, azam,
| Kata Terbitan : berniat, berniat-niat, meniatkan, terniat, |
|
|