Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
saya berasa keliru, yang manakah betul, (berasa bangga dengan atau berasa bangga akan) pencapaian kami | Jawapan yang betul ialah berasa bangga akan. | Lain-lain | 25.10.2010 |
Ibu berasa bangga akan kejayaan abang. Adakah ayat ini betul? | Ayat yang dinyatakan adalah betul. | Tatabahasa | 04.10.2013 |
Asnor tersenyum bangga apabila namanya dinobatkan sebagai pemenang Pingat Emas bagi kategori murid terbaik di sekolahnya. Adakah penggunaan perkataan "dinobatkan" sesuai digunakan dalam ayat di atas?terima kasih. | Sdr. Ming, Perkataan nobat tidak sesuai digunakan sebaliknya yang lebih tepat ialah diistiharkan atau diumumkan. | Tatabahasa | 28.09.2010 |
Salam sejahtera. Pertanyaan, "Dia begitu bangga dengan kedudukannya sehingga (mula atau mulai) menindas orang lain." Perkataan mana satukah yang lebih tepat penggunanya dalam Bahasa Melayu? Terima kasih. | Dia begitu bangga dengan kedudukannya sehingga mulai menindas orang lain. Mulai bermaksud mula-mula melakukan sesuatu. | Tatabahasa | 04.04.2013 |
perkataan seerti bagi a) faham b) bertanya c) bangga | Perkataan seerti bagi perkataan tersebut adalah seperti yang berikut: (a)faham - mengerti, tahu, sedar, maklum, mafhum, menerima, mengikut, enga;, b) bertanya - soal: siasat, selidik, kaji, c) bangga - megah | Lain-lain | 25.03.2010 |
Ibu bapa berasa bangga terhadap kejayaan saya. adakah penggunaan "terhadap" itu betul? atau boleh digantikan dengan ??? terima kasih.. | Penggunaan perkataan "terhadap" adalah betul. | Tatabahasa | 08.07.2013 |
An honour to gerve | Berasa bangga untuk berkhidmat. | Lain-lain | 05.02.2009 |
kata penghulu kepada Sultan," Patik berasa megah kerana dapat berbicara dengan tuanku." *tuan, apakah kesalahan dalam ayat ini? tq** | Megah bermaksud mulia atau bangga dan tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut. Cdangan kami kata megah ditukarkan dengan kata bertuah yang membawa maksud lebih sopan dan halus. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
Saya sering membaca di Wikipedia Melayu. Di bahagian bawahnya terdapat perkataan pautan luar. Ada sesetengah laman ditulis 'laman web' dan sesetengah laman ditulis 'laman sesawang'. Saya sebagai rakyat Malaysia yang bangga dengan bahasa Melayu, ingin mengetahui istilah sebenar yang sepatutnya dipakai/diguna. Harap membantu | Pautan luar, laman web dan laman sesawang - ketiga-tiga istilah tersebut boleh digunakan, namun kami mencadangkan saudara menggunakan istilah laman sesawang. | Lain-lain | 20.08.2008 |
Salam sejahtera. Tuan, bolehkah tuan memberitahu saya kosa kata yang berikut yang mana satukah kosa kata istilah dan yang mana satu ialah kosa kata umum? Kosa kata seperti harga promosi, stok, harga lelong, kaunter, troli, bangga dan prihatin. Bagaimanakah kita hendak membezakannya. Sekian terima kasih. | Contoh yang saudara berikan ialah kosa kata umum yang lazimnya digunakan dalam konteks umum (tidak dikaitkan dengan mana-mana bidang ilmu). Istilah lazimnya digunakan dalam wacana ilmiah atau wacana khusus seperti yang berkaitan dengan ekonomi, kujuruteraan, pertanian dan sebagainya. Pengguna seperti kita lazimnya menggunakan kosa kata umum dalam komunikasi seharian atau dalam penulisan umum. | Tatabahasa | 28.04.2013 |