Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Jamak bagi muka surat ialah muka-muka surat atau muka surat-muka surat? Kedua-duanya berbunyi janggal. | Bagi kata majmuk yang dieja sebagai dua perkataan, bahagian awal kata sahaja yang digandakan, seperti muka-muka surat. | Lain-lain | 31.12.2010 |
Salam 1 Malaysia, Tatabahasa Dewan, Edisi ketiga, muka surat 102 menyatakan bahawa golongan kata untuk perkataan 'ini' dan 'itu' ialah kata ganti nama tunjuk. Walau bagaimanapun, dalam binaan frasa nama (muka surat 371-372), perkataan 'itu' dan 'ini' diketegorikan sebagai penerang bukan nama penentu belakang. Penerangan ini agak mengelirukan saya kerana saya menjadi kurang pasti untuk meletakkan perkataan 'itu' dan 'ini' sama ada dalam glongan kata nama ataupun bukan. | Dalam tatabahasa sesuatu perkataan kadangkala mempunyai lebih daripada satu fungsi bergantung pada konteks ayat tersebut. Contohnya dalam ayat "Ini hasil nukilan penulis muda itu" kata "ini" berfungsi sebagai kata ganti nama tunjum, manakala dalam ayat "Orang itu yang balik awal", "itu" sebagai kata penentu yang hadir sesudah kata nama. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
1. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan muka surat dalam teks. Contohnya m/s atau m.s 2. Sila rujuk atau rujuki. Perkataan manakah yang tepat? | Puan Rosmieni, 1. Muka surat boleh diganti dengan halaman 2. Sila rujuk | Tatabahasa | 01.12.2010 |
1.Dalam membangunkan negara atau dalam pembangunan negara?Manakah yang betul? 2.Kesalahan ejaan pada muka surat 131 Tatabahasa Dewan iaitu mendokong atau mendukung? 3.Kata majmuk yang mantap ada 15,mengapakah pada Tatabahasa Dewan(Edisi 2006)muka surat 132 ada hanya 14? 5.Meja itu terangkat oleh saya?Ayat itu betul atau salah? 6.Kekeliruan timbul antara ayat kerja transitif dengan ayat pasif songsang diri pertama iaitu pengamal bahasa berada dalam persimpangan sama ada menerima atau menolak kerana rata-rata mendukung ilmu kebahasaaan .Contoh: 1.Saya baca novel Badai Semalam(Ayat ini betul kerana merupakan ayat pasif sonsang diri pertama) Namun ayat ini dianggap tidak gramatis dalam konteks ayat kerja transitif ,sepatutnya menjadi 2.Saya membaca novel Badai Semalam(Ayat kerja tramsitif).Apa komentar tuan Munsyi? | 1. Kedua-duanya betul. 2. Telah dibuat pembetulan kesalahanejaan tersebut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, hal 134 (mendukung) 3. Dalam buku Tatabahasa DewanEdisi Ketiga, terdapat 14 kata yang telah mantap, walau bagaimanapun terdapat bentuk mantap yang lain (dibincangkan dalam bab tentang kata kerja). 5. Ayat itu betul. 6. Kedua-dua bentuk ayat tersebut betul, ayat pertama mengikut pola ayat pasif songsang diri pertama dan ayat kedua mengikut pola ayat aktif transitif. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Apakah perbezaan halaman dengan muka surat | Halaman dan muka surat kedua-duanya membawa maksud yang sama,iaitu halaman (buku)/muka buku (majalah, surat khabar, dll): berita itu tersiar di ~ depan surat khabar hari ini; ~ kanak-kanak ruangan (muka berita dll) khas utk kanak-kanak. | Lain-lain | 08.10.2010 |
1. Sila lengkapkan Pernyataan Setuju-Terima pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. 2.Sila lengkapkan Penyataan Setuju-Terima pada muka surat sebelah sebagai mengesahkan persetujuan saudara terhadap kandungan surat ini. (Mana satu yang betul ? Saya agak keliru dengan pengunaan kata "Pernyataan/Penyataan"..Terima kasih) | Yang betul Pernyataan Setuju Terima. Pernyataan bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Penyataan bermaksud perbuatan menyatakan sesuatu. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1089. | Tatabahasa | 03.03.2009 |
Soalan 1: Mana satu betul? - Kata ganti Diri. - Kata ganti nama diri. Soalan 2: Apakah kata ringkasan untuk "muka surat"? m.s. atau m/s atau ms. Terima kasih | 1: Buku Tatabahasa Dewan menggunakan istilah Kata Ganti Nama Diri. 2: Singkatan muka surat ialah m.s. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
Saya sedang belajar tentang Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan adalah rujukan utama saya.Setelah mengkaji,saya dapati terdapat kekeliruan tentang golongan kata kerja.Di muka surat 88 , kata kerja terbahagi kepada dua iaitu kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif tetapi di muka surat 143,golongan kata kerja terbahagi kepada dua iaitu kata kerja pasif dan kata kerja aktif. Apakah golongan kata kerja yang betul?Harap dapat membantu dan memperbetul kekeliruan saya dan rakan-rakan. | Golongan kata kerja merangkumi sejumlah perkataan yang dapat menjadi unsur inti dalam binaan frasa kerja dibahagikan pula kepada dua, iaitu kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Seperti rajah yang dilukiskan pada halaman 88, kata kerja transitif dibahagikan kepada kata kerja aktif dan kata kerja pasif. Berdasarkan huraian yang tersebut kedua-dua keterangan dalam buku Tatabahasa Dewan adalah betul. Pada peringkat awal penggolongan kata dibahagikan kepada empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Golongan kata kerja dibahagiakn pula kepada kata kerja tak transitif dan kata kerja transitif. Penggolongan seterusnya dari kata kerja transitif dibahagikan kepada aktif dan pasif. | Tatabahasa | 11.08.2013 |
Menurut TD edisi ke-3, muka surat 411, Bukankah dua unsur penguat boleh hadir berderetan sebelum kata adjektif, misalnya sungguh amat merdu. Saya cuma ingin memastikan sama ada ayat ini betul: Baju ini amat sangat cantik. | Unsur penguat boleh hadir berderetan, seperti contoh ayat; sungguh amat merdu. | Tatabahasa | 10.08.2010 |
Buku Teks Bahasa Malaysia Tahun 2. (muka surat 78) Betulkan kesalahan ejaan dan tanda baca. 1. Kain tersebut diikat dan dililitkan pada bahagian pinggang kemudian disangkutkan ke bahu. (perlu betulkan apa-apa tanda baca lagi?) | Selamat tengah hari. Berdasarkan ayat tersebut, oleh sebab ayat terlalu panjang, dicadangkan tuan/puan memasukkan tanda koma selepas perkataan pinggang untuk memberikan jeda pada ayat. Terima kasih. | Lain-lain | 23.05.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| muka (kata nama) | 1. Bersinonim dengan wajah: rupa, paras, roman, raut, bentuk, potongan, iras, domol, tampang,
2. Bersinonim dengan depan: hadapan, hadap, anterior, Berantonim dengan belakang
| Kata Terbitan : mengemukakan, terkemuka, bersemuka, menyemukakan, bermuka-muka, permukaan, pengemukaan, pemuka, |
|
|