Kata |
Takrif |
Sumber |
damai | 1 tidak berperang atau tidak bermusuh-musuhan dll; aman: Rakyat Malaysia hidup dgn aman ~. 2 tenteram dan tenang (bkn suasana): Di ibu kota, sukar terdapat suasana ~. berdamai 1 berbaik semula (selepas berperang, bergaduh dll): Kedua-dua belah pihak yg berperang itu telah ~. 2 bermuafakat; berunding: Mengenai pembinaan surau itu, kita boleh ~. mendamaikan menjadikan damai. memperdamaikan membaikkan semula dua pihak yg bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dll); menjadikan berdamai: Dia mencuba ~ orang-orang Israel dgn orang-orang Palestin. kedamaian keadaan damai; keamanan; ketenteraman. perdamaian hal atau perbuatan berdamai: ~ itu dicapai setelah usaha banyak dilaksanakan. pendamaian penyelesaian drpd keadaan bermusuh-musuhan (berperang dll); usaha (perbuatan) mendamaikan. pendamai orang yg mendamaikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
damai | 1. tidak berperang atau tidak bermusuh-musuhan dll; aman: Rakyat Malaysia hidup dgn aman ~. 2. tenteram dan tenang (bkn suasana): Di ibu kota, sukar terdapat suasana ~. berdamai 1. berbaik semula (selepas berperang, bergaduh dll): Kedua-dua belah pihak yg berperang itu telah ~. 2. bermuafakat; berunding: Mengenai pembinaan surau itu kita boleh ~. mendamaikan menjadikan damai. memperdamaikan membaikkan semula dua pihak yg bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dll); menjadikan berdamai: Dia mencuba ~ orang-orang Israel dgn orang-orang Palestin. kedamaian keadaan damai; keamanan; ketenteraman. perdamaian hal atau perbuatan berdamai: ~ itu dicapai setelah usaha banyak dilaksanakan. pendamaian penyelesaian drpd keadaan bermusuh-musuhan (berperang dll); usaha (perbuatan) mendamaikan. pendamai orang yg mendamaikan. | Kamus Pelajar |
ayat | 1. satu perkataan atau (lebih kerap lagi) serangkai perkataan yg merupakan kesatuan yg membawa sesuatu maksud, kalimat: muka surat 97 ~ 5; terdapat beberapa perkataan yg sukar dlm ~ yg berkenaan; 2. beberapa kalimat yg merupakan kesatuan maksud (dlm al-Quran dll): ~ al-Kursi surah ...; 3. Id bahagian fasal undang-undang, artikel: fasal 12 ~ 2. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
spesifikasi | (spésifikasi) butiran terperinci yg ditentukan (dinyatakan) utk sesuatu, perincian (tentang sesuatu): juga terdapat keadaan apabila pelanggan-pelanggan memohon warna model dan ~ yg sukar dibekalkan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
liat | 1 lembut tetapi tidak mudah patah atau putus; dpt dilenturkan tetapi tidak patah: ~ betul daging ayam tua ini. 2 likat atau pekat: tanah ~. 3 ist sukar mengeluarkan buih dgn sabun kerana terdapat garam kalsium atau garam magnesium yg larut di dlmnya (bkn air): air ~. keliatan keadaan atau hal liat. ~ air ist keadaan air yg tidak mudah berbuih dgn sabun. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
gelap | 1. tidak terdapat cahaya, kelam, tidak terang: hari mulai ~ lebih kurang pd pukul tujuh malam; keadaan di tempat itu ~; 2. tidak jelas atau belum jelas (bkn sesuatu hal, perkara, kedudukan, dll): hal itu masih ~ bagi saya; (masih) dlm ~ (masih) belum faham benar atau tahu dgn jelas akan sesuatu; 3. tidak cerah (bkn kehidupan atau masa depan seseorang dsb), menghadapi kesulitan; 4. (secara) haram, (secara) tidak sah, (secara) rahsia; barang ~ barang yg diimport (dijual dll) secara gelap; mata-mata ~ ampama (pengintip rahsia, polis rahsia); pasar ~ tempat berjual beli barang-barang haram (yg ditegah oleh kerajaan); ~ buta = ~-guguk = ~-gelita = ~-gelemat = ~-katup = ~-pekat sangat gelap; ~ fikiran = ~ mata a) tidak dapat berfikir lagi kerana marah dsb (sehingga mengamuk, memukul, dsb); b) pitam: dia dibawa ke hospital setelah dia berasa ~ mata; ~ hati sukar (tidak mudah) belajar; bergelap berada dlm gelap (tidak memakai lampu): pd malam hari peraturan ~ dijalankan; bergelap-gelap tidak dgn terus terang;menggelap 1. menjadi gelap; 2. lenyap, melenyapkan diri; 3. menjadi gelap mata;menggelapkan 1. menjadikan gelap, menjadikan tidak diterangi cahaya (dgn mematikan lampu dll): jangan digelapkan bilik ini kerana saya hendak membaca lagi; 2. menyebabkan tidak cerah (masa depan seseorang dll), menyulitkan, menyusahkan: kata-kata itu benar-benar ~ masa depan keluarganya; 3. menghilangkan atau mencuri (barang yg diamanahkan orang dll): ia telah ~ wang kesatuan; 4. menyembunyikan, menghalangi (tersebarnya berita dll): pihak penjajah telah ~ pengiriman berita;kegelapan 1. perihal gelap, keadaan gelap: ia keluar dr rumahnya dlm ~ malam; suasana politik dunia sekarang masih dlm ~; 2. berada dlm gelap: kalau tidak cepat pulang tentu ~ di tengah jalan; 3. menjadi gelap mata; kegelap-gelapan 1. agak gelap; 2. menjadi gelap mata;penggelapan perihal atau perbuatan menggelapkan (barang, berita, dll): orang yg terlibat dlm ~ barang-barang kerajaan telah ditangkap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
goyah | 1. goyang spt hendak tumbang atau tercabut (bkn gigi, tiang, dll), gual-gail: mana-mana terdapat tiang yg ~ digantikannya dgn yg baru; 2. tidak tetap atau teguh (kepercayaan, pendirian, dsb), tidak kukuh atau teguh (bkn hubungan, ikatan, dsb): kepercayaannya terhadap kejujuran pemimpin-pemimpin kesatuannya sudah ~; mendamaikan rumah tangga kami yg selama ini ~ ditimpa banyak godaan, antara lain soal wanita; menggoyahkan menjadikan goyah (tidak tegap), menjadikan tidak teguh (erat dll): sukar hendak ~ perpaduan rakyat di negeri itu; tergoyah(kan) tergoyang(kan): mereka mempunyai nilai yg abadi, yg tidak ~; kegoyahan keadaan atau hal goyah: ~ sosial yg meletus selepas Perang Dunia II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
air I | 1. cecair yg terbentuk drpd dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen (dlm keadaan yg murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa); 2. kumpulan cecair (spt yg terdapat di dlm sungai, tasik, laut, dsb): banjir berlaku apabila ~ sungai melimpahi tebingnya; 3. cecair yg terdapat dlm buah-buahan, perahan, jus: ~ tebu; ~ limau; 4. = batang ~ sungai; ke batang ~ ke sungai; anak ~ anak sungai; 5. minuman: ~ teh; ~ kopi; 6. cecair yg rupanya spt air; 7. campuran air atau sesuatu cecair dgn bahan(-bahan) lain; ~ abu air yg mengandungi zat drpd abu; ~ alas air masin (di muara sungai); ~ ampuh air bah; ~ anggur minuman yg dibuat drpd buah anggur; ~ api = ~ keras asid; ~ atar sj minyak wangi; ~ bah banjir; ~ bakat = ~ berolak pusaran air; ~ batu = ~ beku ais; ~ batu campur sj minuman sejuk yg dibuat drpd air batu kisar yg dibubuh kacang merah, jagung, cincau, gula melaka cair, sirap, susu cair, dll; ~ batu kering karbon dioksida yg disejukkan dan merupakan ketul-ketul; ~ belanda = ~ soda air yg bercampur dgn karbon dioksida; ~ berat (Kim) molekul air yg terdiri drpd dua atom deuterium dan satu atom oksigen;~ besar bh najis, tahi; ~ buah air perahan buah-buahan, jus; ~ bujang minuman spt teh, kopi dsb yg dihidangkan kpd tetamu tanpa kuih, biskut dsb; ~ dakelom = ~ dakelong = ~ kolong = ~ kelonyor sj minyak wangi (eau-de-cologne); ~ emas a) lapis emas, dakwat emas; b) benang emas; ~ galian air mineral; ~ gula air yg dibuat terlalu manis dgn gula; ~ hempedu air yg dikeluarkan oleh hempedu; ~ hidung hingus; ~ hidup maulhayat; ~ kandang Id air dr kotoran kandang; ~ kapur larutan akueus kalsium hidroksida; ~ kecil = ~ kemih air kencing; ~ kelonyor = ~ kolong air dakelom; ~ kosong air minuman yg tidak dibubuhi apa-apa pun spt teh, kopi, gula dsb; ~ kumbahan air basuhan; ~ lata = ~ terjun air yg jatuh (di lereng gunung dll); ~ lembut (Kim) air yg tidak mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ lemoned sj minuman (biasanya dlm botol); ~ liat (Kim) air yg mengandungi garam kalsium dan garam magnesium dan tidak mudah mengeluarkan buih apabila bercampur dgn sabun; ~ liat kekal (Kim) air yg kandungan garamnya tidak hilang apabila dididihkan; ~ liat sementara (Kim) air yg kandungan garamnya hilang apabila dididihkan; ~ limun Id air lemoned; ~ liur air yg keluar di dlm mulut; ~ mandi a) air utk mandi; b) sesuatu yg sudah menjadi kebiasaan; ~ mani air dan benih yg keluar ketika bersetubuh atau ketika syahwat memuncak; ~ marga jiwa = ~ merta jiwa = ~ utama jiwa = ~ maulhayat air yg memberi hidup (dlm cerita dahulukala); ~ mata air yg keluar dr mata (apabila menangis dll); ~ mata air air yg keluar dr punca air dlm tanah; ~ mati a) limbahan di pantai yg airnya tidak mengalir; b) surut timpas; c) air yg sudah dimasak dan sudah sejuk; ~ mawar air yg harum baunya (dibuat drpd bunga mawar); ~ (me)lata air terjun yg kecil; ~ mentah air yg belum ditapis (dibubuhi klorin dsb) hingga layak digunakan oleh manusia; ~ mineral air semula jadi yg mengandungi garam galian atau gas terlarut dan berkhasiat sbg air minuman; ~ minum air utk diminum; ~ muka a) permukaan air; b) rupa muka (yg membayangkan sesuatu perasaan); c) ki maruah, harga diri; ~ mukjizat air yg mempunyai sesuatu hikmat atau kelebihan; ~ paip air yg telah dirawat bersih dan disalurkan ke rumah-rumah dsb dgn menggunakan paip; ~ pancur Kd air paip; ~ pankreas cecair yg dikeluarkan oleh pankreas, jus pankreas; ~ pasang air naik (paras air laut yg naik); ~ pasang keling air pasang besar; ~ payau air yg kandungan garamnya lebih rendah drpd air laut, tetapi lebih tinggi drpd air tawar (terutama air di sekitar muara); ~ penghabluran (Kim) air yg wujud dlm sebatian berhablur dlm perkadaran tertentu, mis 5 molekul air dlm kuprum(II) sulfat pentahidrat, CuSO4.5H2O; ~ perak dakwat perak; ~ perut cecair yg dikeluarkan oleh perut; ~ pokok (tanaman) cecair yg terdapat dlm pokok; ~ raksa sj logam cair yg rupanya spt timah (digunakan dlm termometer dll), merkuri; ~ sebak air bah; ~ sembahyang a) air yg boleh digunakan utk bersuci jika hendak bersembahyang; b) keadaan sudah bersuci tubuh utk bersembahyang; ~ sembilan air utk memandikan mayat; ~ seni bh air kencing; ~ serani air permandian (baptis) orang Kristian; ~ setaman air yg dibubuhi bunga-bungaan (utk menujuh bulan dll); ~ suci Id (Katolik) air yg sudah disucikan (diberi berkat); ~ suling air yg (sudah) disuling (dijadikan wap dan disejukkan kembali); ~ surut air turun (lwn air pasang), paras air laut yg turun; ~ susu air yg keluar dr susu (tetek) manusia dan haiwan; ~ talkin air yg disiram ke atas kubur (orang yg baru sahaja dikebumikan) sebaik sahaja talkin selesai dibacakan; ~ tanah air yg terbit dr tanah; ~ tawar air biasa (bukan air masin dll); ~ tepung tawar air yg telah dimanterai (utk ubat dll); ~ terjun air yg jatuh ke bawah (di lereng gunung dll), air lata; ~ tetuban = ~ tuban air yg keluar mendahului bayi lahir; ~ timah lapis timah; ~ timpas air surut yg serendah-rendahnya; ~ tolak bala air utk menjauhkan penyakit dll; ~ tulen air yg bebas drpd bahan terlarut atau terampai; ~ wangi air yg berbau harum; ~ wuduk air sembahyang; ~ Yasin air yg sudah dibacakan surah Yasin; ~ zamzam air dr telaga zamzam di Mekah; berhabis ~ Id terlalu lama bermesyuarat atau bercakap-cakap; telah jadi ~ habis (wang, modal, dll); ~ beriak tanda tak dalam prb orang yg sombong (besar cakapnya tetapi tidak berisi atau kurang ilmunya); ~ besar batu bersibak prb perselisihan yg besar akan mencerai-beraikan orang yg bersahabat atau bersaudara; ~ cucuran atap jatuhnya ke pelimbahan juga = ~ di tulang bumbungan turunnya ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat dan teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); ~ dalam berenang (berkumbah), ~ dengkat bercebok prb perbelanjaan itu harus dipadankan mengikut banyak sedikitnya pendapatan; ~ dicincang tiada putus = ~ ditetak tiada akan putus prb kerana perbalahan orang yg sekaum atau bersaudara tiada akan cerai-berai; ~ diminum rasa duri, nasi dimakan rasa sekam = ~ diminum sembiluan prb dikatakan bkn orang yg dlm kesusahan (dukacita) sehingga tidak sedap makan dan minum; ~ mata jatuh ke perut prb berdukacita dgn tiada ketara; ~ mudik sungai semua teluk diranai prb orang yg boros tiada memilih barang, mana yg melintas dibelinya; ~ pun ada pasang surut prb untung malang tiada tetap, selalu berganti-ganti; ~ sama ~, sampah ke tepi jua prb jika kita mencampuri pergaduhan orang yg bersanak saudara, apabila mereka berbaik balik, kita juga yg tersisih dr mereka; ~ setitik dilautkan, tanah sekepal digunungkan prb membesar-besarkan perkara yg kecil; ~ tenang jangan disangka tiada buaya prb orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut; ~ tenang menghanyutkan prb orang yg pendiam dapat melakukan pekerjaan yg payah-payah; ~ yg dingin juga yg dapat memadami api prb kata yg lemah lembut juga yg dapat mendinginkan hati orang yg sedang marah (dapat menghilangkan dendam); ada ~ adalah ikan prb barang di mana kita tinggal ada juga rezeki (setiap negeri ada adat resamnya sendiri); adakah dr telaga yg jernih mengalir ~ yg keruh prb adakah di mulut orang baik-baik keluar perkataan yg keji; bagai ~ di daun keladi prb a) tiada lekat pengajaran; b) tiada tetap hatinya (pendiriannya); bagai ~ titik ke batu prb amat sukar hendak memasukkan pengajaran yg baik kpd orang jahat dan degil; bagai membendarkan ~ ke bukit prb pekerjaan yg sia-sia; bagai menampung ~ dgn limas pesuk prb pengajaran yg lekas sekali dilupakan (orang yg dipercayai menyimpan wang tetapi memboroskan wang itu); bagai minum ~ bercacing prb hal orang yg enggan disuruh mengerjakan sesuatu pekerjaan; bakarlah ~ ambil abunya prb benda yg mustahil boleh diperoleh; bermain ~ basah, bermain api letup prb setiap pekerjaan ada akibatnya; buang ~ keruh, ambil ~ jernih prb memulai penghidupan baru; bukan ~ muara yg ditimba, sudah disauk dr hulunya prb bukan khabar angin, tetapi didapati dr pangkalnya (sumbernya) yg benar; dimandikan dgn ~ segeluk prb diberi pertolongan yg tiada bererti; menepuk ~ di dulang prb menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga; mengadu ~ dgn garam | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sulit | 1 tidak diketahui atau tidak dpt diketahui oleh orang ramai; tersembunyi; rahsia: Ada antara mereka itu yg telah menubuhkan pasukan penentang Jepun secara ~. 2 jarang terdapat atau jarang bertemu; tidak selalu didapat; susah dicari atau susah dilalui: Jalan pergi ke gunung itu sangat ~. perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui dan maknanya tidak berapa diketahui umum. 3 susah hendak diselesaikan; sukar; payah: Dia sedang memikirkan cara hendak memecahkan perkara yg ~ itu. menyulitkan menyebabkan menjadi sulit; menyusahkan; menyukarkan. mempersulit menjadikan lebih sulit. kesulitan 1 keadaan sulit; kesukaran; kesusahan. 2 sesuatu yg sulit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sulit | 1. dirahsiakan, tersembunyi, rahsia: segala perkara yg didapati drpd penyiasatan itu dianggap sbg perkara ~; 2. tidak terangterangan, tersembunyi, gelap: pembunuhan itu terjadi dgn pertolongan secara ~ seorang menteri Jepun; 3. gelap (perkumpulan dll), haram; kumpulan ~ kumpulan penjahat (secara gelap); pasar ~ pasar haram (di sisi undang-undang); 4. jarang terdapat atau diketemui, susah dicari; perkataan yg ~-~ perkataan yg jarang-jarang ditemui; 5. sukar, payah, susah: pertanyaan itu ~ utk dijawab; 6. sukar, gawat, rumit, ruwet: perkara ini menjadi bertambah ~ lagi kerana adanya dlm sastera Melayu kebiasaan menyalin atau menyadur; menyulitkan 1. menjadikan sulit (rumit), menyukarkan, menyusahkan: soal wang selalu ~; 2. menjadikan sulit (tersembunyi), merahsiakan; mempersulit menjadikan lebih sulit; kesulitan perihal sulit, kesukaran, kesusahan, kerumitan: saudara harus berani menghadapi segala ~; ~ wang kesukaran berwang, kesukaran mendapatkan wang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
hard | ~ luck, (colloq) nasib tak baik; ~ luck story, kisah malang; a ~ nut to crack, /orang, sst/ yg sukar + approp v: the problem of unemployment is a ~ nut to crack, masalah pengangguran ialah sst yg sukar diatasi; my mother-in-law is a ~ nut to crack, ibu mertua saya ialah orang yg sukar dipujuk; the ~ way, a. the least convenient method etc, dgn cara yg /susah, sukar/: even though there are so many electrical gadgets in the house she prefers to do things the ~ way, walaupun terdapat banyak alat elektrik di rumah, dia lebih suka bekerja dgn cara yg sukar; b. by going through bitter experience, setelah melalui pengalaman pahit: she rose to her present position the ~ way, dia naik ke kedudukannya sekarang setelah melalui pengalaman pahit; take a ~ look at st, examine st closely, mengkaji sst secara mendalam; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gap | 3. interval of time, lompang, renggang: theres a ~ of ten years in our documentation work, terdapat lompang selama sepuluh tahun dlm kerja-kerja dokumentasi kita; the age ~, /jarak, perbezaan/ umur; 4. interval of silence, terhenti seketika: there was a ~ in the conversation, perbualan terhenti seketika; 5. deficiency, lompang, kekosongan; (brought on by death of a loved one) kekosongan: there are wide ~s in my knowledge of this subject, ada lompang yg besar dlm pengetahuan saya ttg subjek ini; his death leaves a ~ that is hard to fill, kematiannya meninggalkan kekosongan yg sukar diisi; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
qasida | qasidah | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi awal berkembang dalam kesusasteraan Arab. Bentuk ini sukar diterjemahkan mengikut pola, irama dan rima yang lazim terdapat pada puisi Melayu tradisional. Walau bagaimanapun masyarakat MeJayu sering menyanyikannya dalam bentuk yang asal. Contohnya, dalam Puisi Melayu Tradisional yang dipetik dari buku Harun Mat Piah. Fadlu gaya syida Rab, Ya Rabbi hai yik Jana min amrina rosyada Wa jaal manu, matahal muna lana hadada Ya lin, ya lin, ya lin |
interpretation | tafsiran | Kesusasteraan | Tiada | Pemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya hendaklah seboleh-bolehnya untuk memperoleh makna yang dimaksudkan oleh pengarang. Namun, mutakhir ini dikatakan bawa sesebuah teks mungkin memberi lebih daripada satu tafsiran atau makna. Hal ini disebabkan oleh kompleksiti bahasa dan struktur karya. Walau bagaimanapun, semua tafsiran teks adalah berasaskan kecekapan pembaca dan pengetahuannya tentang konvensi bahasa dan sastera, serta pengetahuan budayanya. Jenis tafsiran yang lebih khusus adalah seperti takwil, hermeneutika dan dekonstruksi. Tafsiran dalam bahasa Arab bermaksud memberi makna. Tafsiran disebut juga interpretasi. Lihat juga dekonstruksi, hermeneutika. |
coloured narrative | naratif sendeng | Kesusasteraan | Tiada | Naratif yang menunjukkan pertuturan watak dalam cerita tanpa menggunakan percakapan langsung atau percakapan tidak langsung. Naratif ini diwarnai oleh penyusunan rangkai kata watak dalam cerita. Naratif sendeng diekploitasikan untuk tujuan ironis. Namun, adalah sukar untuk membezakan antara suara watak dengan suara pencerita sekiranya loghat mereka sama. Naratif sendeng terdapat dalam novel Pride and Prejudice dan Emma oleh Jane Austen. |
game-palying syndrome | sindrom main permainan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa pencerobohan sistem komputer tidak salah sekiranya sistem tersebut boleh diceroboh dengan mudah. Sindrom ini menyebabkan pengguna hasad beranggapan sekiranya terdapat cara untuk mencerobohi sistem atau menjalankan aktiviti yang boleh mengubah aset sistem, maka tindakan ini tidak menjadi kesalahan. Pengguna hasad beranggapan, sekiranya pemilik sistem berhasrat hendak menghalang pengguna daripada melakukan aktiviti tersebut, maka pemilik sistem berkenaan hendaklah memasang fungsi keselamatan yang sukar ditembusi. |
hadopelagic zone | zon hadopelagik | Sains Marin | Tiada | Zon pelagik lautan yang paling bawah, bermula sekitar kedalaman 6000 m hingga ke jurang lautan yang paling dalam. Zon ini dikenali juga sebagai zon jurang kerana biasanya wujud dalam lekukan berbentuk V yang panjang dan sempit. Kandungan nutriennya yang sangat rendah, tekanan yang sangat tinggi serta keadaan tanpa cahaya menjadikan kawasan ini sukar untuk didiami. Terdapat beberapa kumpulan metazoa yang hidup di zon ini seperti ikan laut dalam, gamat, Polychaeta, Bivalvia, Isopoda, Amphipoda dan Gastropoda. Sumber makanan diperoleh daripada bahan organik yang jatuh dari badan air ke atasnya dalam bentuk salji samudera atau daripada tindak balas kimia di sekitar lohong hidroterma. |
homogeneity | kehomogenan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Masyarakat yang bersifat sepunya dalam pelbagai aspek kehidupan seperti nilai, adat, bahasa, agama, jenis pekerjaan, pendidikan dan kelas. Dalam masyarakat ini, hierarki wujud dari segi fungsi seperti perbezaan umur, kekeluargaan dan kekerabatan. Masyarakat homogen ini tidak mempunyai kemajmukan dalam amalan kebudayaan. Mereka mempunyai satu identiti serta latar belakang dan cara hidup yang sama antara satu dengan yang lain. Masyarakat ini sudah semakin sukar diperoleh kesan daripada modenisasi yang semakin tinggi. Sifat homogen ini lebih banyak terdapat dalam masyarakat lampau atau terpencil khususnya pada zaman tradisional seperti masyarakat Nuer di Sudan atau masyarakat Trobriand di Papua New Guinea pada awal abad ke-20. |
tone | nada | Kesusasteraan | Tiada | Perasaan yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya. Pengarang akan memilih diksi dan mencipta serta kiasan untuk melahirkan nada yang berbeza seperti nada marah, harmonis, syak wasangka, ironis dan sebagainya. Nada merupakan konsep kritikan sastera yang penting kerana nada mempengaruhi pembacaan sesuatu karya. Nada menunjukkan bahawa kesusasteraan tertulis masih manyamai bentuk ujaran dan memerlukan kehadiran seorang narator dan seorang pendengar. Sintaksis yang dipilih oleh seorang narator biasanya mempengaruhi nada. Bagi penghayatan penuh terhadap sebuah karya sastera, pengkritik perlu mengenal pasti jenis nada yang terdapat dalam teks tersebut. Nada yang sukar untuk dikesan ialah nada ironis. Sekiranya nada ironis dalam sesuatu perenggan teks sastera disalahfahamkan, maka ironis yang dikemukakan pengarang tidak dapat dikesan. |
Kamus Sains.indb mutlak) Alamat yang menyatakan kedudukan fizikal sel atau kedudukan ingatan, daf- tar, atau liang input/output pada peta ingatan sistem. (KOM) absolute entropy (entropi mutlak) Keadaan kuantum terendah, iaitu hanya terdapat satu cara sahaja zarah tersu- sun dan kebarangkalian termodinamik = 1. Oleh itu, perubahan entropi ∆ boleh dijelaskan oleh persamaan Boltzmann. (KEJ) abortifacient absolute entropy Kamus Sains.indb 3 7/8/08 bakteria aerob yang gram – negatif dan tidak termasuk dalam sebarang famili taksonomi. Selnya berbentuk bujur, rod atau motil. Sesetengah spesies dapat mengoksidakan etanol untuk membentuk CO 2 dan asid asetik. Terdapat acentric Acetobacter Kamus Sains.indb 8 7/8/08 11:45:14 AM 9 juga spesies yang digunakan untuk membuat cuka. Bakteria ini antaranya ter- dapat pada buah-buahan, sayur
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd diperoleh daripada pakar bidang begitu menggalakkan. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini merupakan kesinambungan daripada Siri Penerbitan Kamus Istilah MABBIM yang diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Istilah yang terdapat dalam kamus ini dipetik daripada Mimeograf Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer dengan sedikit penambahan oleh pakar bidang mengikut kesesuaian semasa. Kamus ini memberi tumpuan khusus dalam bidang Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer menguruskan penerbitan kamus ini sehingga selesai. Akhir kata, walaupun kamus ini sudah sampai ke tangan pengguna tetapi ilmu akan sentiasa berkembang dari semasa ke semasa. Oleh sebab itu, mungkin sahaja terdapat kelemahan dan kekurangan dalam beberapa aspek ketepatan dan kesempurnaan pemilihan istilah, mahupun kecermatan penyusunannya. Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 11 6/6/11 4:01:22 PM xii Maklum balas
|
Kamus Thai 2.indb anak lelakinya. รับสมัคร [-samak] ก merekrut, mengambil: บริษัทนั้ นรับสมัครพนักงานใหม ่ หลายตำแหน ่ ง Syarikat itu merekrut be- berapa orang pegawai baru. รับสินบน [-sinbon] ก makan suap: มีข ้ าราชการจำนวนมากที่ รับสินบน Terdapat ramai pegawai kerajaan yang makan suap. รับเหมา [-mau] ก mendapat kon- trak: บริษัทของเขารับเหมาสร ้ างทางด ่ วนสาย โกตาบารู - โกลก Syarikat itu mendapat kontrak untuk membina lebuh raya Kota Bharu - Golok ละเมิด กฎหมายต ้ องถูกโทษ Orang yang melang- gar undang-undang mesti ditangkap. ละเมิดลิขสิทธิ ์ [-likasit] ก mence tak rompak: มีนายทุนละเมิดลิขสิทธิ์แผ ่ นซีดี ภาพยนตร ์ ต ้ มยำกุ ้ ง Terdapat pengusaha mencetak rompak cakera padat filem Tom Yam Gung. ละโมบ [lamo:p] ดู โลภ ละลาย [lala:y] ก 1 cair: น้ำแข็งในแก ้ วเธอ ละลายหมด Semua ais di dalam gelas awak
|
Kamus Thai 2.indb 2008 11:06:02 AM ช 129 ช ่ วง 1 [cua] น 1 peringkat, tahap: ในช ่ วง เริ่ มต ้ นการทำพจนานุกรมนี้ มีอุปสรรคมาก Pada peringkat permulaan penyusunan kamus ini, terdapat banyak masalah. 2 jarak: ถนนช ่ วงปัตตานีถึงสุไหงโกลกมีระยะทาง 160 กิโลเมตร Jarak antara Pattani dengan Sungai Golok kira-kira 160 kilometer. 3 jangka masa, tempoh: พจนานุกรมภาษาไทย– มลายูควรเสร็จภายในช ่ วงสองปีนี้ Kamus Thai kampung dalam kes itu. ซับ [sap] ก mengesat: เขาซับเหงื่ อด ้ วย ผ ้ าเช็ดหน ้ า Dia mengesat peluh dengan sapu tangan. ซับซ ้ อน [-s:n] ว rumit, sukar, kom- pleks ซับใน [-nai] น lapis: ซับในกระโปรงเธอขาด แล ้ ว Lapis skirtnya telah koyak. ซับมัน [-man] ว turun minyak ซา [sa:] ก reda: ฝนซาแล ้ ว Hujan telah pun reda |
Kamus Thai 2.indb ก memulihkan semangat: รัฐมนตรีว ่ าการกระทรางกลาโหม เยี่ ยมค ่ ายทหารเพื่ อปลอบขวัญทหารหาญ Menteri Pertahanan melawat kem tentera untuk memulihkan semangat para perajurit. ปลอม [pl:m] ว 1 tiruan: ที่ ตลาดกิมหยง มีของปลอมเยอะ Terdapat banyak barang tiruan di Pasar Kimyong. 2 palsu: ฟัน ปลอมของเขาหัก Gigi palsunya patah. ปลอมปน [-pon] ก mencampurkan: คนขายคนนั้ นปลอมปนข ้ าวสารเกรด บี ลง ในข ้ าวสารเกรด เอ Penjual itu mencam pata] ก bertempur: ผู ้ ร ้ ายคน หนึ่งถูกยิงขณะปะทะกับตำรวจ Seorang pengganas ditembak semasa bertem- pur dengan polis. ปะทุ [patu] ก meletus: มีสัญญาณ หลายอย ่ างบงชี้ ว ่ าภูเขาไฟลูกนั้ นจะปะทุขึ้ นมา Terdapat beberapa tanda yang menun- jukkan bahawa gunung berapi itu akan meletus. ปะปน [papon] ก bercampur: หลังจาก ก ่ ออาชญากรรมแล ้ วคนร ้ ายก็วิ่ งเข ้ าไปปะปน ในฝูงชน Setelah melakukan jenayah
|
Kamus Thai 2.indb อ Tukang masak itu mencedok nasi dari periuk = คดข ้ าว ว 2 bengkok: เหล็กที่ คดด ั ดให ้ ตรงไม ่ ได ้ ง ่ าย ๆ Besi yang bengkok sukar untuk diluruskan. คดข ้ าว [-ka:u] ก mencedok nasi คดโกง [-ko:] ก menipu: ผมไม ่ อยาก จะคดโกงเขา Saya tidak mahu menipu- nya. คดเคี ้ ยว [-kiau] ว bengkang kesakitan. ครางครวญ [-kruan] ดู ครวญคราง คราด [kra:t] น 1 pencakar ก 2 men- cakar คราบ 1 [kra:p] น kesan: มีคราบโลหิตแห ้ ง ติดอยู ่ บนเก ้ าอี้ Terdapat kesan darah ke ring terlekat di atas kerusi. คราบ 2 [kra:p] น kulit คราบกุ ้ ง [-ku] น kulit udang คราบงู [-u:] น selumur, kelongsong ular คราว [kra:w |
|
Tesaurus |
---|
| sukar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan payah: susah, rumit, sulit, rumit, masyakat, leceh, kelekik, rumpil, runyam, Berantonim dengan mudah
2. Bersinonim dengan jarang ada: susah mendapat
3. Dalam konteks penyakit bersinonim dengan teruk, berat, payah,
4. Dalam konteks sl bersinonim dengan miskin, daif, melarat, Berantonim dengan mewah
| Kata Terbitan : menyukarkan, kesukaran, |
|
|