Kata |
Takrif |
Sumber |
oknum | Id orang seorang, peribadi, perseorangan: baik berupa kumpulan mahupun berupa ~, yg salah harus dihukum; keoknuman keperibadian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berupa | 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berupa-rupa | berbagai-bagai, bermacam-macam, berjenis-jenis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berupa | 1. ada rupanya yg boleh dilihat (nyata, kelihatan), wujud: roh ialah suatu kejadian Allah yg tidak ~; 2. rupanya, bentuknya (bangunnya) sbg: lambang negaranya ~ sebuah bintang berbucu tiga belas; 3. terjadi drpd, terdiri drpd: memberi bantuan yg ~ mata benda; 4. elok rupanya, cantik: bakal isterinya itu hendaklah orang yg berbangsa dan ~; 5. dlm keadaan (bentuk): undang-undang yg diluluskan oleh mereka itu biasanya ~ rangka yg mengandungi dasar undang-undang yg kasar sahaja; 6. berkelakuan, berperangai: orang yg sistem sarafnya terganggu itu ~ spt orang mabuk; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berupa | 1 ada rupanya; berwujud: Roh dpt berfikir dan berperasaan tetapi tidak ~. 2 berbentuk sbg: Lambang persatuan itu ~ bulan sabit merah. 3 terdiri atau terjadi drpd; dlm bentuk: Bantuan ~ wang dan makanan telah diberikan kpd mangsa-mangsa banjir itu. 4 elok rupanya; cantik: Gadis yg berada, berpelajaran dan ~ sukar dicari. | Kamus Pelajar |
gelang I | 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama;gelang-gelang 1. benda yg bentuknya spt gelang; 2. = ~ raya sj cacing dlm perut manusia (binatang); 3. = ~ tanah sj cacing yg hidup dlm tanah; menggelang (Tani) membuang kulit di sekeliling pangkal pokok supaya mati; pergelangan 1. = ~ tangan bahagian tangan dekat buku tangan; 2. = ~ kaki bahagian kaki dekat buku kaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kebendaan | 1. segala yg berupa benda (barang berharga dll): masyarakat yg gila ~; 2. bersifat (berupa) benda: keperluan ~; memberi sokongan semangat dan ~; 3. bersifat gila akan harta benda: manusia sekarang terlalu ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karbohidrat | 1. sebatian organik (berupa unsur oksigen, hidrogen, dan karbon) yg terdapat semula jadi pd tumbuhan; 2. zat makanan (berupa gula dan kanji) yg memberi sumber tenaga kpd benda hidup (yg boleh menggemukkan badan jika diambil berlebihan); berkarbohidrat mengandungi karbohidrat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
salin III | ; menyalini memberikan hadiah yg berupa selengkap pakaian kpd: Ratu Bestari telah ~ utusan itu. persalinan hadiah yg berupa selengkap pakaian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pusar I | 1 = ~ kepala, = pusar-pusar tempat tumbuhnya rambut di kepala yg berupa lingkaran. 2 = pusar-pusar tempat tumbuhnya bulu di badan yg berupa lingkaran. ~ daun bahagian daun yg mula-mula tumbuh dr biji benih. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
laudatory | adj (fml), /berupa, mengandungi/ pujian: it was a ~ article, itu merupakan makalah yg berupa pujian. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
introspective | adj 1. inclined to introspection, suka mengkaji diri; 2. (of behaviour) marked by introspection, berupa kaji diri: ~ observation, pengamatan yg berupa kaji diri. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
gimmicky | adj berupa /muslihat, gimik/. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
calumnious | adj /bersifat, berupa/ fitnah, fitnah(an). | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
idiomatic | adj 1. in accordance with the idioms of a language, idiomatik: he speaks fluent, ~ French, dia bercakap dlm bahasa Perancis yg lancar dan idiomatik; 2. consisting of an idiom, berupa /idiom, ungkapan, simpulan bahasa/: an ~ phrase, frasa yg berupa ungkapan; 3. full of idioms, berbunga-bunga: an ~ style of writing, gaya penulisan yg berbunga-bunga. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ethereal | adj 1. of unearthly delicacy, [various translations]: the music has a strange ~ quality, lagu itu mempunyai kemerduan yg aneh yg berupa syurgawi; her ~ beauty, kecantikannya yg laksana bidadari; 2. (poet.) of the upper air above the clouds, awang-gemawang: the ~ blue sky, langit biru yg awang-gemawang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ancillary | adj 1. subordinate, secondary, (attrib) sampingan; (pred) approp n + sampingan: ~ industries, perusahaan sampingan; undertakings that are rather ~ than essential, usaha yg lebih berupa usaha sampingan drpd usaha yg perlu; ~ road, jalan /samping, rusuk/; 2. supporting, auxiliary, bantuan: ~ services, perkhidmatan bantuan; surgery and its ~ treatment, pembedahan dan rawatan bantuan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
goad | n 1. pointed stick for prodding animals, kusa, angkus, angkusa; 2. st that urges so. to action, rangsangan: even the ~s of reward and punishment could not motivate them, rangsangan yg berupa penghargaan dan hukuman sekali pun tdk dapat mendorong mereka; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
gurindam | gurindam | Kesusasteraan | Puisi | Puisi Melayu lama yang terdiri daripada dua baris dalam satu bait, dengan rima akhir yang sama. Baris pertama berupa syarat dan baris kedua berupa jawapan. Isinya memberikan nasihat. Contohnya, petikan 'Gurindam Dua Belas' karya Raja Ali Haji. Apabila terpelihara lidah, nescaya dapat daripadanya faedah. |
pigment | pigmen | Kesenian | Hiasan Dalaman | Bahan berupa serbuk tidak larut dalam air yang mengandungi kepekatan warna yang tinggi untuk mewarnakan bahan lain. Pigmen putih seperti titanium dioksida diserakkan ke dalam polimer fiber untuk penyahkilatan dan menghasilkan kemasan kusam atau separuh kusam. |
detritus | detritus | Sains Marin | Tiada | Bahan berupa sampah atau serpihan seperti kerikil, pasir, lumpur dan bahan lain yang dihasilkan oleh hakisan atau melalui proses pereputan yang memasuki sistem akuatik. Jika bahan-bahan tersebut berasal daripada pereputan bahan organik, disebut sebagai detritus organik. Detritus organik biasanya termasuk badan atau serpihan organisma yang mati serta bahan kumuh termasuk najis. Detritus organik biasanya dikolonisasikan oleh komuniti mikroorganisma yang bertindak sebagai pengurai. Detritus merupakan sumber nutrisi bagi berbagai-bagai organisma, terutamanya dalam sistem perairan cetek dan terlindung. Banyak organisma bentik (bentos) yang bergantung kepada detritus sebagai sumber makanan dan dikategorikan sebagai pemakan detritus. |
idiom | idiom | Kesusasteraan | Puisi | Ungkapan yang berupa simpulan bahasa atau kata-kata tertentu yang disisipkan dalam sesebuah puisi. Contohnya, ungkapan 'jauh hati'. Dalam konteks ini idiom 'jauh hati' membawa makna tersinggung, sedih dan kecewa. |
epigram | epigram | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang berupa nasihat atau pengajaran mengenai pelbagai persoalan kehidupan manusia. Biasanya corak puisi seperti ini mempunyai bahasa yang ringkas dan padat. |
rabbet | tetingkat | Kesenian | Hiasan Dalaman | Potongan yang berupa lurah atau bertingkat-tingkat yang dibentuk pada hujung sesuatu bahan (seperti bod atau kayu) yang dilakukan dengan mesin untuk membolehkannya dicantum dengan sesuatu bahagian yang lain. Jika dilihat menerusi keratan rentas, tetingkat ialah dua permukaan yang terbuka di sisi sesuatu bahan atau penghujung permukaan yang telah dipotong daripada permukaan awal. Contohnya, bingkai pemasangan kaca yang menyediakan ruang untuk memasukkan kepingan kaca dan bahan dempul. Tetingkat sedia menempatkan bahagian tepi panel belakang almari, selain digunakan pada pintu dan jenang tingkap berbingkai, dan boleh digunakan sebagai bentuk penyambung kepada bahan kayu lain. Perkataan rabbet berasal daripada perkataan Perancis kuno, rabbat yang bermaksud reses dalam dinding. |
expressionism | ekspresionisme | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang keseluruhannya berupa pengucapan peribadi, curahan perasaan dan pemikiran yang tercetus dalam diri penyair. Contohnya, puisi "Aku" karya Chairil Anwar. |
satire | satira | Kesusasteraan | Puisi | Corak puisi yang berupa kecaman, cemuhan atau sindiran tetapi disampaikan secara halus dan kesannya amat tajam. Contohnya. seperti pantun di bawah. Dalam semak ada duri, Ayam kuning buat sarang; Orang tamak selalu rugi, Bagai anjing dengan bayang. |
polarogram | polarogram | Kimia | Kimia Analisis | Lengkung pengutuban berupa plot arus sebagai fungsi keupayaan yang dikenakan ke atas sel polarografi yang memberikan maklumat kualitatif dan kuantitatif berkenaan komposisi bahan terturun secara elektrolisis pada keupayaan katod tertentu. |
benzheksol | benzheksol | Farmasi | Tiada | 1. Drug antikolinergik, berupa hablur yang larut dalam air. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
bambalangan | 1. bahagian berupa kantung kecil yang mengandung makanan yang belum hadam (ayam)2. belang pada kulit kuda belang dan harimau | - | - | - | - | - | - | Murut |
tiruok | memasukkan sesuatu benda berupa batang ke dalam lubang | - | - | tiruok tiju | - | lihat tiju | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
biritie | panau, sejenis penyakit kulit yang berupa bintik-bintik (tompok-tompok) putih (kadang-kadang gatal) | biritie | berpanau | - | - | - | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
toki | tahi | bitoki | mempunyai tahi | ~ piit | - | sejenis penyakit yang berupa titik pada anak mata | Anggota Tubuh Badan dan Idea Berasosiasi | Bidayuh -> Jagoi |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
visa | kebenaran yg berupa cap rasmi pd pasport sso yg membolehkannya memasuki atau melalui negara asing yg memberikan kebenaran itu, visa. | Melanau Mukah | |
kelipat | cacat yg berupa lubang kecil pd muka dll, bopeng: pipei bah ulaisiyen ~ pipi kirinya bopeng. | Melanau Mukah | |
igam | tanda yg berupa tetakan pd pokok atau tiang; | Melanau Mukah | |
bunga sugu | sejenis alat berupa sisir daripada perak yang dicucuk pada rambut untuk perhiasan kepala | Memaloh | Pakaian dan Aksesori |
saksi II; ~ badan | pemberian berupa pakaian, barang kemas, dll drpd laki-laki kpd perempuan sbg tanda atau bukti mereka berdua berjanji hendak berkahwin. | Melanau Mukah | |
pedumen | kompas; 1 alat berupa jam yg digunakan utk menunjukkan arah mata angin: amun makau guwun atau dudai daat mesti pepingah ~ kalau pergi ke hutan atau ke laut mesti berbekalkan kompas; 2 ki pedoman: pajih diak ~ gak tenawan yenlah akel budi siyen debei pedom | Melanau Mukah | |
ameh | habuan khas yg berupa sarang lebah terbaik utk pemanjat yg menyadap madu lebah dr pokok sialang. | Melanau Mukah | |
jeremal | sj alat utk menangkap ikan berupa bubu yg dipasang di tepi laut, jermal. | Melanau Mukah | |
usai I | bekas jalan perahu, kapal, dll yg berupa buih, gelembung atau riak air orang yg terdahulu. | Melanau Mukah | |
bulieng II | sajian, hidangan; ulou ~ kepala drpd beberapa sajian yg berupa hamper, dibuat dlm pelbagai bentuk spt kapal, derik, dll yg akan dihadiahkan kpd para pengunjung pd hari membuang perkabungan, tidak kurang drpd enam bulan atau setahun selepas kematian sso dl | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
berian MSb | hantaran berupa wang atau harta benda dalam perkahwinan. | Engkau menghabiskan wangmu untuk betina-betina itu, sehingga engkau tidak dapat menjelaskan berian yang masih terhutang itu. | Antologi Cerpen Dukanya Abadi | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyangkah Ib | suatu upacara berupa nyanyian yang didendangkan oleh sekumpulan wanita bagi menyambut kepala musuh yang dibawa balik oleh pengayau. | Apabila mereka balik ke rumah panjang mereka, tengkorak musuh yang diperolehi disambut dengan upacara nyangkah. Upacara ini diadakan oleh kaum perempuan itu yang diketuai oleh Endu Sudan Berinjan Bungkong, Endu Diu Tiong Menyelong, isteri Sengalang Burong. Dari sinilah bermulanya upacara Nyangkah Antu Pala atau tengkorak musuh yang baru diperolehi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
keromong Ib | sejenis alat muzik berupa gong kecil yang diperbuat daripada tembaga. Ia terdiri daripada tujuh buah dengan bunyi yang berlainan. | Kami yang datang beramai-ramai ini, ialah untuk menepati janji yang telah kami buat dengan ayah Kumang. Rombongan kami ini yang datang berserta dengan gong dengan keromong, ialah hendak meminta dibahagikan batu bulan purnama, batu Petakang Bintang Tiga dengan batu intan yang bercampur permata, yang boleh bertukar menjadi manusia dan boleh juga bertukar menjadi pengaruh yang boleh membawa harta benda. | Novel Kumang Bertelur | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
berayah Ib | suatu upacara keagamaan berupa gerak tarian sambil mengelilingi sesuatu seperti pokok yang dianggap sebagai suci dengan tujuan mengepalai dewa. | Jengkuan melihat bahawa kepala isterinya ditempatkan dalam nyiru dan diletakkan berdekatan dengan pokok istiadat pun sabang. Orang sedang memasang api untuk membakar bunga-bunga dan garam. Lepas itu mereka melakukan upacara berayah mengelilingi pokok tersebut. Semua yang hadir mesti mengambil bahagian melakukan upacara itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pais Mr Tl | alat memotong padi berupa pisau kecil. | Apabila padi telah masak, petani dan ahli keluarganya mula menuai dengan menggunakan pisau kecil (pais). | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
inansaran Kd Kj | perhiasan leher yang berupa gelang-gelang yang diperbuat daripada tembaga. | Ginontob - iaitu sejenis gelang tangan digunakan sebagai perhiasan di tangan, manakala di leher pula dihiasi dengan inansaran - iaitu gelang-gelang yang diperbuat daripada logam tembaga; di kaki penari-penari ini dihiasi dengan lungkaki. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
magi Kd | alat perhiasan pada pakaian tradisional wanita berupa cincin tembaga. | Magi - yang juga disebut `kumagi' iaitu sejenis cincin tembaga yang digunakan dua tiga utas bagi seorang penari. Di Penampang, kumagi ini dinamakan tatangkong. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
batakan Rg | perhiasan pada pakaian tradisi wanita Rungus berupa gelang tangan diperbuat daripada kulit kerang (kima). | Batakan - sejenis gelang yang diperbuat daripada kulit kerang (kimoh), diletakkan di bahagian lengan, di sebelah menyebelah tangan. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
igal-igal Bj Sp | sejenis tarian yang ditarikan dengan iringan alat muzik kulintangan, gong dan tambur asalnya bertujuan untuk menyampaikan hadiah berupa wang kepada pengantin dengan cara menari. | Menurut penyelidikan bahawa Tarian Igal-Igal ini ditarikan secara Perseorangan, perkumpulan atau secara berpasangan dan dari keadaan ini jelas memperlihatkan yang Tarian Igai-Igai ini merupakan tarian pergaulan atau kegembiraan. | Tarian Hadiah untuk Pengantin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
titi rawan Ib | titi yang mesti dilalui oleh setiap roh si mati di dalam perjalanan mereka menuju alam sebayan. | Nah! Ini penawar penyakit itu,' kata emak. Tetapi yang anehnya mereka berdua terus menolak saya ke dalam sungai itu. "Hah! Itulah titi rawan," bisik salah seorang dukun yang duduk di situ. "Saya terasa saya jatuh ke dalam sungai membawa penawar yang berupa batu yang diberi oleh emak. | Asap Kayu Lukai | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb medium yang lain. (FIZ) acoustic inertance acoustic resistance ratio FD A-E .indd 11 7/30/08 3:39:00 PM 12 acoustic resonator (resonator akustik/alat resonans akustik) Peranti berupa kurungan yang dapat menghasilkan resonans gelombang bunyi pada frekuensi tertentu. (FIZ) acoustic room (bilik akustik) Bilik yang mempunyai ciri-ciri yang sesuai untuk menentukan kualiti bunyi yang baik untuk pendengaran yang ditakrifkan dengan tiga pemboleh ubah, iaitu tekanan, suhu dan kelembapan. (HID) adiabatic packed bed reactor (reaktor turus terpadat adiabatik) Reaktor yang digunakan untuk tindak balas fasa gas. Reaktor ini berupa suatu adenopathy adiabatic packed bed reactor Kamus Sains.indb 22 7/8/08 11:45:22 AM 23 turus yang diisi dengan bahan mangkin tanpa sistem penyejuk dan ditebat un
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
berupa-rupa | [be.ru.pa.ru.pa] | بروڤا-بروڤا |
berupa | [be.ru.pa] | بروڤا |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
aurora | aurora | Fenomena berupa cahaya terang yang kelihatan di langit pada waktu malam, berbentuk jalur atau tirai yang biasanya berwarna merah, hijau atau ungu. Aurora sering kali dilihat di sepanjang luar kawasan Artik dan Antartik. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
sepal | sepal | Struktur yang melindungi putik muda bunga berupa seakan-akan daun yang biasanya berwarna hijau. | Menengah Rendah |
pencegah hamil | contraception | Alat untuk menghalang wanita daripada hamil yang berupa pil, suntikan atau alat khas. | Menengah Rendah |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
nombor gubahan | composite number | Nombor asli yang berupa hasil darab dua integer lain selain daripada nombor 1. Contoh: 5 × 2 = 10, 4 × 3 = 12. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
Entri |
Sinonim |
Takrif |
Contoh Ayat |
Terjemahan Bahasa Melayu |
Tema |
Bahasa |
sampur | | pemberian berupa kuih dll kpd tetamu yang hadir dalam majlis kenduri (sagu hati) | Segaa muan ta bangan jomo sampur. | Mereka memberikan sagu hati kpd tetamu. | budaya | Bajau |
|
Tesaurus |
---|
| rupa (kata nama) | 1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,
2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,
3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,
| Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan, |
|
Puisi |
---|
|
Surabaya berupa-rupa, Sapu tangan jatuh ke lumpur; Hendak kulupa tak dapat lupa, Lupa sebentar di waktu tidur.
Lihat selanjutnya... |
|