Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bolehkan perkataan 'untai' dijadikan kata kerja untuk menggambarkan biji-biji manik yang diuntai menggunakan benang. Jika tidak, apakah perkataan alternatif. | Untai boleh diimbuhkan untuk menjadi kata terbitan seperti berjuntai, juntaian. Sila kemukakan ayat yang menggunakan kata terbitan perkataan untai untuk semakan kami agar penggunaannya betul. | Tatabahasa | 10.12.2014 |
Apakah penjodoh bilangan bagi gelang? utas? untai? atau yang lain. TQ | Penjodoh bilangan bagi gelang ialah utas. Seutas gelang. Walaupun untai dan utas hampir memiliki makna yang sama, namun untai lebih sesuai digunakan pada 'rantai' atau 'kalung'. Misalnya seuntai rantai berlian. | Makna | 04.09.2012 |
Apa perbezaan antara penjodoh bilangan utas dengan untai? | untai dan utas memiliki makna yang sama | Makna | 07.04.2014 |
|
Tesaurus |
---|
| untai (kata nama) | 1. Dalam konteks benang bersinonim dengan utas, tali, lawai, lembar,
2. Dalam konteks penjodoh bilangan bersinonim dengan utas, susunan, rangkaian, rangkap,
| Kata Terbitan : beruntai, teruntai, untaian, |
|
Puisi |
---|
|
Buah berembang buah bidara, Masak seuntai dua untai; Anak bersubang disangka dara, Macam mumbang ditebuk tupai.
Lihat selanjutnya... |
|