Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tuan belum berhawadaba lagi saya sudah tahu.

Takrif

Lebih dulu mengetahui maksud seseorang. hawadaba = aliran udara, bau yang dibawa udara.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Senjata makan tuan.

Takrif

Berbuat sesuatu dengan maksud untuk mencelakakan orang tetapi berbalik mengenai diri sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harta pulang ke tuan (= empunya).

Takrif

Sudah pada tempatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Melangkah kaki kanan.

Takrif

Sampai ke rumah orang ketika tuan rumahnya sedang makan atau baru hendak makan, sehingga kita diajaknya makan bersama-sama.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pandai mengambil otak di dalam kepala, tiada diketahui oleh tuan tubuh.

Takrif

Pandai berkata-kata; arif bijaksana.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,

2. Bersinonim dengan encik: saudara

Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan,

Puisi
 

Semalam ada mimpiku tuan,
     Mimpi kelapa patah tandan;
Semalam ada mimpiku tuan,
     Tuan kuriba sebelah tangan.



Lihat selanjutnya...