Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU

ISTANA TRADISI RAJA-RAJA MELAYU, tempat bersemayam raja-raja Melayu. Istana merupakan lambang kedaulatan dan tanda status raja yang memerintah. Perkataan istana berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu astana atau asthaa. Perkataan ini digunakan bagi menyebut suatu tempat tinggal, tempat kediaman tetap, tempat bersemayam dan tempat beradu. Perkataan istana digunakan bagi menyebut rumah kediaman raja-raja Melayu untuk membezakannya daripada rumah rakyat. Istana ialah pusat pentadbiran dan menjalankan aktiviti yang berhubung dengan upacara adat istiadat dan juga pertahanan. Seorang raja yang tidak mempunyai istana, tidak dihormati dan akan menjatuhkan imejnya sebagai raja yang berdaulat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangunan/Kota
TAHAYUL

Tahayul ialah kepercayaan tradisi bahawa sesuatu

tindakan atau peristiwa boleh mengakibatkan atau

menjadi alamat bagi sesuatu peristiwa akan datang

yang tidak berkaitan. Sebagai contohnya, mereka

yang percaya kepada tahayul akan percaya bahawa

membawa kaki arnab akan membawa tuah. Ada pula

yang percaya bahawa jika seekor kucing hitam

melintasi laluan mereka, sesuatu musibah akan

menimpa. Ada juga yang percaya bahawa tetamu

akan tiba jika pisau atau garpu terjatuh ke lantai.

Kepercayaan begini merupakan tahayul kerana

setiap kali tindakan dan peristiwa yang diramalkan

akan berlaku mengikut adat lama, dianggap

berkaitan. Umpamanya kaki arnab dikaitkan dengan

kesuburan.

UMUM
ANNE, SAINT

Anne, Saint, secara tradisi dianggap sebagai

isteri Joachim dan ibu kepada Virgin Mary. Kisah

mengenai kehidupannya ditemui hanya dalam

buku yang keluarannya diragui, daripada Kitab

Perjanjian Baru. Menurut kisah ini, seorang

malaikat muncul di hadapannya dan

mengumumkan bahawa anaknya akan direstui di

seluruh dunia. Saint Anne mempunyai banyak

makam yang didirikan untuknya. Salah sebuah

makam yang paling terkenal ialah makam yang

terletak berhampiran Quebec City, Kanada, iaitu

makam Ste.-Anne-de-Beaupre.

UMUM
PANTOMIM

Pantomim ialah sejenis hiburan tradisi pada Hari

Krismas di kepulauan Britain. Pada asasnya,

pantomim pada Hari Krismas mengisahkan cerita

pari-pari (cerita dongeng) seperti Cinderella, atau

nyanyian tadika seperti Humpty Dumpty.

UMUM
AGAMA BUDDHA

Agama Buddha, salah satu agama dan tradisi

falfasah yang utama di dunia. Agama ini bermula

sejak kira-kira 2000 tahun di timur laut India

apabila Siddhartha Gautama menyampaikan

ajaran agama ini kepada orang lain. Dia juga

dikenali dengan nama Buddha (pengasas). Agama

ini berkembang ke seluruh India dan kemudian

berkembang ke utara, iaitu ke pergunungan

Himalaya dan terus ke China, Tibet, Korea dan

seterusnya Jepun. Agama ini juga berkembang ke

selatan, iaitu Sri Lanka, Thailand, Burma, Kemboja

dan Vietnam. Pada tahun 1900-an, agama ini

berkembang ke Eropah, Amerika Syarikat dan

Australia.

UMUM
KUIH-MUIH MELAYU

Kuih-muih Melayu ialah kuih-muih tradisi

Melayu yang telah wujud sekian lama dan

diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi.

UMUM
MANET, EDOUARD

Manet, Edouard (18321883), pelukis Perancis

yang membantu memecah tradisi dengan

menggunakan perihal subjek sebagai asas kepada

kesan visual, daripada penceritaan.

UMUM
PERMATA KELAHIRAN

Permata kelahiran ialah permata yang dikaitkan

dengan sesuatu bulan bagi setahun. Menurut tradisi,

permata kelahiran membawa nasib yang baik kepada

orang yang dilahirkan pada bulan yang berkaitan

dengan batu itu. Setiap permata kelahiran juga

dihubungkan dengan tanda zodiak. Walau

bagaimanapun, tarikh lahir bagi setiap tanda tidak

serupa dengan permulaan dan akhir setiap bulan.

UMUM
SISTEM SEIGNEUR

Sistem seigneur, juga dieja seignior, ialah satu

kaedah pemilikan tanah secara tradisi di Perancis.

Sistem ini telah digunakan di tanah jajahan Perancis

di bahagian timur Kanada pada awal tahun 1600-an

dan berterusan selama kira-kira 250 tahun. Sistem ini

bertujuan untuk memperkukuhkan perkembangan

budaya Perancis di Kanada.

UMUM
KONSERVATISME

Konservatisme ialah sikap atau falsafah

yang amat mengutamakan tradisi. Golongan

konservatif ingin memelihara institusi, nilai, dan

idea tradisional, dan mereka menjadikannya

sebagai pegangan dan panduan untuk mencapai

kebijaksanaan dan kebaikan.

UMUM
Tesaurus
 
tradisi (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan adat, adat-istiadat, budaya, kebiasaan, kelaziman, amalan, resam, upacara, lembaga, peraturan, leluri.,