Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ikan lumba timbul tenggelam, Timbul tenggelam di Tanjung Jati; Tidak kutahan siang dan malam, Dalam tidur menjadi mimpi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Di dalam belukar timbul ketam, Timbul sang helang di Tanjung Jati; Tidak lupa abang siang malam, Airlah mata jatuh ke pipi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Apa timbul dalam puri, Halwa ridan bersama cempedak; Apa masyghul di dalam hati, Pagi makan petang tidak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Campak batu timbul kelapa, Anak orang di Pasir Mayang; Campak satu tidak mengapa, Banyak orang kasih sayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buang batu timbul kelapa, Banyak udang di Pasir Mayang; Buang satu tidak mengapa, Banyak orang kasih dan sayang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kapal belayar tengah lautan, Tenggelam timbul pukul taufan; Datang ribut barat selatan, Belum saya buang muatan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan terang di kali, Buaya timbul disangka mati; Jangan percaya mulut lelaki, Lain di mulut lain di hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan bagai nak siang, Buaya timbul memakan bangkai; Kerana tuan dikasih orang, Hendak menumpang menghibur hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan di balik awan, Bunga timbul kusangka mati; Jangan percaya mulut perempuan, Berani bersumpah takut mati.
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.



Lihat selanjutnya...