Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Disangkakan bedena timbul, terpeluk bangkai babi bengkak hanyut.

Takrif

Orang tamak yang tiada tahu membezakan yang baik dengan yang buruk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dapat harta timbul.

Takrif

Mendapat keuntungan dengan tidak bersusah-payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dapat durian runtuh, b. Dapat harta karun, c. Dapat kijang teruit, d. Dapat tebu rebah).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Takrif

Untung-untungan dalam melakukan sesuatu pekerjaan yang berbahaya dan sebagainya; tidak ada orang yang dapat menghindari nasibnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang tapak tukul, timbul tapak canai.

Takrif

Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang jasa beliung, timbul jasa rimbas.

Takrif

Orang lain yang berbuat kebaikan (berlelah payah), orang lain pula yang mendapat pujian. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Kerbau punya susu, sapi punya nama, b. Kerbau sakit, sapi beroleh nama). rimbas = perkakas untuk penarah kayu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mutiara tiada dimuntahkan timbul oleh laut.

Takrif

Ilmu diperoleh dengan belajar atau dengan pengalaman yang bersusah payah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berdua mendatangkan perbantahan.

Takrif

Tidak mungkin timbul perselisihan kalau hanya seorang diri. (Bandingkan dengan: Berbaur pangkal perceraian).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Meski tertimbun dalam tanah, lamun teras timbul juga.

Takrif

Kebenaran yang tak dapat disembunyi-sembunyikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Perut kosong, dibuat gulai.

Takrif

Keinginan timbul bila dalam kekurangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama minyak setitik, di laut sekalipun timbul jua.

Takrif

Orang yang baik biar di mana sekalipun akan dimuliakan juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.



Lihat selanjutnya...