Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Mengapakah perkataan di bawah salah? 1. Matahari timbul di sebelah timur. Apakah maksud ....Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul.

Salah satu makna timbul ialah terbit, oleh itu ayat "matahari timbul di sebelah barat" adalah betul. Maksud "Kehadiran Ali dalam menjalani latihan drama itu tenggelam timbul." ialah sikap Ali yang tidak bersungguh-sungguh ketika menjalani latihan.

 

Tatabahasa09.12.2008
Apakah maksud fail timbul?Fail timbul atau fail terapung ialah fail yang mengandungi salinan surat daripada fail induk atau fail asal. Fail ini digunakan oleh ketua atau pegawai berkenaan sebagai rujukan untuk mengambil tindakan tanpa perlu menggunakan fail induk. Dalam bahasa Inggeris fail ini dinamai floating file.    Lain-lain18.11.2008
1) Mana yang betul? a) .. timbul kekeliruan dalam ejaan dan pemilihan kata. ATAU b) .. timbul kekeliruan terhadap ejaan dan pemilihan kata. 2) Adakah perlu menggunakan tanda koma selepas kata 'pula'? Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah (a) ... timbul kekeliruan dalam ejaan dan pemilihan kata
2. Keperluan penggunaan tanda koma selepas kata "pula" bergantung pada ayat dan konteks penggunaan.
Tatabahasa02.06.2014
Adakah terdapat perkataan "menimbul"? Berdasarkan Kamus Melayu DBP, kata terbit untuk "timbul" hanyalah "menimbulkan". Apakah perbezaan antara "menimbul" dan "menimbulkan"?Kata terbitan untuk perkataan "timbul" ialah "menimbulkan" bukan "menimbul".  "Timbul" merupakan perkatan yang kata dasarnya hanya dapat menerima apitan meN-...-kan dan tidak dapat menerima awalan meN- sahaja.Tatabahasa15.06.2020
Assalamualaikum. Timbul kekeliruan mengenai penggunaan tanda elipsis (...) iaitu apakah perlu dijarakkan atau dirapatkan selepas perkataan di hadapannya. Contoh: "Okey... jangan buang masa." atau "Okey ... jangan buang masa." Terima kasih.Wa alaikum salam,

Tanda elipsis ( ... ) perlu dijarakkan selepas perkataan di hadapannya. Merujuk contoh yang diberikan, Okey ... jangan buang masa.
Tatabahasa22.02.2018
Seandainya timbul keperluan,adakah wajar kita menghapuskan satu spesis untuk kelangsungan hidup satu spesis yang lain?Mohon maaf, Soalan Sdr tidak berkaitan dengan Khidmat Nasihat DBP. Sdr dicadangkan merujuk pihak-pihak lain yang berkaitan.Lain-lain14.08.2010
Salam, Timbul persoalan semasa nak menyiapkan laporan; Mana ayat yang lebih tepat...Berdasarkan graf di atas atau Berdasarkan pada graf atau Berdasarkan pada graf di atas. Terima kasih

Berdasarkan graf di atas...

Berdasarkan graf A2...

Contoh yang diberikan ini boleh digunakan. 

Lain-lain11.08.2009
Mohon penjelasan mengenai penggunaan 'apabila' dan 'bila', 'apa-apa bantahan yang timbul ' atau 'sebarang bantahan yang timbul' - mana yang betul?

'Apabila' ialah kata penghubung ayat yang lazim digunakan dalam ayat penyata; manakala 'bila' ialah kata tanya yang digunakan dalam ayat tanya. Ungkapan yang betul ialah 'sebarang bantahan yang timbul'. 

Tatabahasa25.02.2011
Soalan 1- Timbul keraguan tentang lagu "Negaraku", buku teks BM tahun 1 ms86,"ditulis lagu Negaraku, yang manakah betul? Soalan 2- adakah murid-murid sekalian, para murid sekalian betul ? Terima kasih

1. Ejaan yang betul ialah lagu Negaraku - tidak perlu tanda petik (" ") kecuali apabila menulis tajuk buku, bab dan sebagainya.

2. Ungkapan yang betul ialah sekalian murid atau murid-murid.

Tatabahasa27.07.2011
Salam Tuan/Puan, saya ingin bertanya tentang perkataan "pop-up". Saya telah lihat dalam bahagian khidmat nasihat istilah-istilah yang digunakan. Adakah "tetingkap timbul" sesuai untuk ayat ini? Ayat: For some files you share in a forum, you may receive an error message. If you are the sender, you will see this pop-up." Penterjemahan: Untuk sesetengah fail yang anda kongsi dalam forum, anda mungkin akan menerima mesej ralat. Jika anda ialah pengirim, anda akan melihat tetingkap timbul ini. Penyunting menolak penterjemahan ini, dan mencadangkan "pop timbul" menggantikan "tetingkap timbul". Mohon pencerahan daripada pihak PRPM. Terima kasih.Istilah yang paling tepat berdasarkan ayat yang dikemukakan ialah pop-up window. Padanan bahasa Melayu bagi istilah pop-up window ialah tetingkap timbul dan sesuai digunakan dalam ayat tersebut.Istilah01.02.2023
Tesaurus
 
timbul (kata kerja)
1. Bersinonim dengan naik: terapung, melampung, tidak tenggelam,
Berantonim dengan tengelam

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan muncul keluar, kelihatan, tampak, terbit,
Berantonim dengan lenyap

3. Bersinonim dengan berlaku: terjadi, tercetus,

Kata Terbitan : menimbulkan,

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.



Lihat selanjutnya...