PeribahasaTiang pandak hendak menyamai tiang panjang.TakrifHendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLayar menimpa tiang.TakrifKawan menjadi lawan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar.TakrifBelanja lebih besar daripada pendapatan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti kapal tiga tiang.TakrifGaya perjalanan seorang perempuan yang amat menarik.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda tangga hendak memanjat tiang.TakrifBerbuat sesuatu dengan tidak menurut aturan. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada sirih hendak makan sepah).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBaru belajar duduk, lepang sudah hendak memanjat tiang.TakrifBelum lagi cukup umur sudah hendak berlagak seperti orang tua-tua. lepang = sejenis pohon.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar senggulung daripada beban.TakrifBelanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBesar suap daripada mulut.TakrifBelanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKelekati memanjat peran, sebelum mati belum jeran.TakrifTerlalu gemar akan sesuatu perkara sehingga rela mengorbankan diri sendiri. kelekati = kelekatu; peran = balok yang menyambung tiang rumah. jeran = jera.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaAda sirih hendak makan sepah.TakrifAda yang baik, hendakkan yang buruk. (Bandingkan dengan: a. Ada biduk, serempu pula, b. Ada sampan hendak berenang, c. Ada tangga hendak memanjat tiang).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| tiang (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tonggak: turus, pancang, pacak, turas, cerucuk,
2. Bersinonim dengan sendi: teras, tunjang, asas, dasar, rukun, prinsip, pokok,
| Kata Terbitan : bertiang, |
|
Puisi |
---|
|
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar tiang sembilan; Dari kecil dikandung ibu, Sudah besar mencari makan.
Lihat selanjutnya... |
|