Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan terus ke kota, Bersuka ria baba dan nyonya; Terus terang kita berkata, Hajat hendak menyunting bunga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari utara terus ke selatan, Betik menjadi buah papaya; Satu mutiara satu intan, Yang mana baik pilihan saya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pandai burung terbang terus, Mandi di tunggul kolam Kelang; Biar muatan dikongkong arus, Mana timbul kubawa pulang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Encik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Jalan lurus bersambung tidak, Sambungnya terus ke Delima Batu; Abang jauh bertemu tidak, Adik jauh yang mana satu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina menjual madat, Dari pasar terus ke Bali; Hidup di dunia biar beradat, Kasih tidak dijual beli.
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,

Puisi
 

Dari Pak terus ke Medan,
     Membawa kerepek emping padi;
Sungguh celaka nasib badan,
     Inai tempek nikah tak jadi.



Lihat selanjutnya...