Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
Josephson effectKesan penerowongan pasangan elektron daripada suatu bahan superkonduktor melalui lapisan penebat tipis kepada bahan superkonduktor yang lain. Sekiranya tiada medan magnet luar, arus terus akan menerowong lapisan penebat dan menghasilkan arus terus Josephson. Sebaliknya jika medan ini dikenakan, arus ulang-alik Josephson akan dihasilkan dengan frekuensi 2eV/h.
cobotSejenis robot yang berinteraksi secara terus dengan manusia. Prototaip asal kobot telah digunakan dalam industri pemasangan kereta untuk membawa komponen yang berat seperti kerusi dan papan meter ke dalam kereta supaya tidak merosakkan kereta jika dibandingkan dengan tenaga manusia.
macroscopicSifat sistem yang kuantiti fiziknya dapat diukur atau dicerap secara terus. Bagi objek fizikal, saiznya melebihi 1 mm. Dari segi statistik, sistem ini merangkumi himpunan zarah yang banyak. Banding mikroskopik.
microscopicSifat objek yang kuantiti fiziknya tidak dapat diukur atau dicerap secara terus disebabkan oleh saiznya yang kurang daripada 1 mikrometer. Dari segi statistik, objek ini merupakan komponen sistem makro. Banding makroskopik.
magnetostrictive effectPerubahan dimensi suatu bahan apabila dikenakan medan magnet arus terus. Kesan ini digunakan untuk mengukur medan magnet sekecil 10-9 tesla dengan cara suatu palang tuas mikroelektromekanik (MEMS) disalut dengan bahan yang memberikan kesan magnetostriktif yang menyebabkan tuas tersebut melentur apabila dikenakan medan magnet dan seterusnya mengubah frekuensi resonans.
photovoltaicKeupayaan peranti untuk menjana voltan elektrik apabila didedahkan kepada cahaya atau sinaran elektromagnet. Peranti tersebut dinamakan sel fotovoltan atau sel suria kerana berupaya menukar cahaya matahari secara terus kepada kuasa elektrik. Peranti sel fotovoltan yang paling ringkas diperbuat daripada gabungan dua bahan berlainan sifat elektrik yang diapit oleh dua elektrod. Salah satu daripada elektrod itu lut sinar. Contoh sel fotovoltan ialah sambungan p-n bahan semikonduktor silikon. Sel fotovoltan yang dibuat daripada bahan berstruktur nanometer seperti nanowayar atau bintik kuantum, dijangka mempunyai kecekapan yang tinggi.
Josephson modelSatu model yang melibatkan penerowongan pasangan Cooper bagi elektron melalui suatu halangan penebat tipis berketebalan nanometer yang memisahkan dua bahan superkonduktor. Penerowongan ini membolehkan pengaliran arus elektrik terus merentasi halangan walaupun tanpa medan elektrik luar. Lihat juga kesan Josephson.
1
Tesaurus
 
terus
1. Bersinonim dengan langsung
( lantas, tidak singgah, )
(kata tugas:)
Berantonim dengan singgah

2. Bersinonim dengan bergerak
( berjalan)
(kata kerja:)
Berantonim dengan berhenti

3. Bersinonim dengan tembus
( lantas, langsung, lolos, jurus, )
(adjektif:)

4. Bersinonim dengan segera
( lalu, langsung, lantas, justeru, )
(adverba:)

5. Bersinonim dengan tidak putus-putus
( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, )
(adverba:)
Berantonim dengan terhenti-henti

Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan,

Puisi
 

Dari Pak terus ke Medan,
     Membawa kerepek emping padi;
Sungguh celaka nasib badan,
     Inai tempek nikah tak jadi.



Lihat selanjutnya...