Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
perkataan : terus menerus adakah ada - atau tidak. Terus-menerus atau terus menerus | Perkataan "terus-menerus" ada dalam bahasa Melayu yang bermaksud tidak berhenti-henti atau tidak putus-putus. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi ke-4 untuk maklumat lanjut. | Ejaan | 24.08.2009 |
Salam Manakah yang persis? 1. dikreditkan terus ke akaun bank 2. dikreditkan terus dalam akaun bank 3. dikreditkan terus ke dalam akaun bank Harap diajukan penjelasan ringkas. TK | Yang tepat ialah no. 3. "... dikreditkan terus ke dalam akaun bank", untuk menunjukkan arah masuknya wang dan sebagainya . | Tatabahasa | 24.11.2011 |
Apakah status "cuba" dan "terus" dalam contoh ayat dibawah? 1. Ibu cuba menolak pintu itu dengan sekuat hati. 2. Adik terus berlari mendapatkan ayah yang pulang dari Bali. Adakah ia adalah kata adverba?Sekiranya adverba, adakah ia tergolong Kata Adverba Jati? Terima kasih. | Kata cuba dan terus dalam kedua-dua ayat tersebut merupakan kata adverba jati yang menerangkan kata kerja dan frasa kerja. | Tatabahasa | 07.04.2008 |
Salam, mohon pencerahan berkenaan penulisan tanda baca elipsis. Perlukah diletakkan jarak sebelum tanda elipsis? Contohnya: A. Dia terus hanyut dan hanyut ... . B. Dia terus hanyut dan hanyut... . Penulisan yang manakah tepat? | Penggunaan elipsis penghujung ayat adalah seperti yang berikut: Dia terus hanyut dan hanyut .... | Ejaan | 29.12.2014 |
Alisa terus melompat keluar dari/daripada kereta. | Kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 03.11.2011 |
"sebelum dia terus dengan perangai buruknya itu, eloklah kita menyedarkannya bahawa bukan semua orang boleh dipersendakan". Dalam ayat ini, perkataan 'dipersendakan' dikatakan sebagai kesalahan istilah. 'dipersendakan' digantikan dengan 'dipermainkan'. Masalahnya, dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama. Jadi, mengapakah perkataan 'dipersendakan' tidak sesuai digunakan dalam ayat ini? | Kami Dewan menakrifkan mempersendakan sama maksudnya dengan mempermainkan, maka dipersendakan juga sama dengan dipermainkan. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 11.06.2014 |
Assalamualaikum wbt, Terus kepada pertanyaan. Saya ingin menulis buku mengenai himpunan pantun-pantun yang diucapkan di dalam Dewan Negara/Dewan Rakyat oleh Ahli-ahli Yang Berhormat. Oleh itu saya ingin tahu, berapa banyakkah jumlah (himpunan) pantun yang perlu ada sebagai salah satu syarat umum untuk dapat diterbitkan sebagai "Buku Himpunan Pantun" tersebut. Untuk makluman tuan/puan, saya tiada bidang kelayakan segi bahasa secara khusus. Saya bekerja sebagai Pegawai Penerbitan Kanan di Parlimen Malaysia dan bertanggungjawab atas penerbitan Laporan Penyata Rasmi Parlimen. Saya sudah bekerja hampir 15 tahun. Oleh itu saya mempunyai akses sahih atas ucapan-ucapan pantun tersebut. Mohon penerangan. Terima kasih | Syabas kami ucapkan kepada puan kerana berhasrat menghimpunkan pantun daripada para pemimpin negara kita. Kami yakin, pantun-pantun mereka amat bermakna dan penting untuk didokumentasikan dalam bentuk buku. DBP amat mengalu-alukan usaha puan dan bersedia menimbangkan penerbitan buku tersebut. Tebal manuskrip pantun tersebut adalah dalam 200 hingga 300 halaman kertas A4, yang mengandungi kira-kira 800 - 1200 rangkap pantun. | Lain-lain | 23.02.2011 |
Bolehkah saya menyalin terus satu perenggan dari sebuah makalah terbitan majalah luar negeri? | Menyalin terus satu perenggan merupakan kesalahan menciplak sekiranya yang disalin itu pernyataan sesuatu idea. | Lain-lain | 05.04.2007 |
Ayat "Serentak itu dia terus bangun dari duduknya." Penggunaan yang betul adalah dari atau daripada duduknya | Ayat yang betul ialah "Serentak itu dia terus bangun daripada duduknya." | Tatabahasa | 31.03.2014 |
Terus dengarkanlah Radio 24 atau teruskan mendengar Radio 24? Dengarkan kami di Hot FM atau dengarlah kami di Hot FM? Terima kasih | Kedua-duanya boleh digunakan, iaitu terus dengarkanlah Radio 24/Hot FM atau teruskan mendengar Radio 24?Hot FM. Bagi perkataan dengarlah, partikel lah digunakan untuk menguatkan maksud atau pengertian "dengar". | Tatabahasa | 26.04.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| terus | 1. Bersinonim dengan langsung ( lantas, tidak singgah, ) (kata tugas:) Berantonim dengan singgah
2. Bersinonim dengan bergerak ( berjalan) (kata kerja:) Berantonim dengan berhenti
3. Bersinonim dengan tembus ( lantas, langsung, lolos, jurus, ) (adjektif:)
4. Bersinonim dengan segera ( lalu, langsung, lantas, justeru, ) (adverba:)
5. Bersinonim dengan tidak putus-putus ( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, ) (adverba:) Berantonim dengan terhenti-henti
| Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi.
Lihat selanjutnya... |
|