Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
tegas sistem | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Pelanggan baharu perlu mendaftar akaun terlebih dahulu untuk mendapatkan kata laluan. Sila rujuk Manual Pengguna untuk panduan seterusnya. | Lain-lain | 15.12.2017 |
tuan Tindakan yang tegas dikenakan ke atas pesalah itu. (ke atas salah dalam ayat ini dan wajar digantikan dengan terhadap. Saya amat kekeliruan tentang ke atas dan terhadap. ) TQ | Tindakan yang tegas dikenakan ke atas pesalah itu. Frasa ke atas digunakan untuk merujuk tempat seperti Kayu yang dipijaknya terjongket ke atas dan terhadap diikuti objek seperti ... terhadap pesalah. | Tatabahasa | 18.01.2012 |
Mohon semakan terjemahan Upin is our chemistry teacher. Oh, the horror! Upin ialah guru untuk matapelajaran kimia. Dia sangat tegas. Terima kasih | Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Upin ialah guru untuk mata pelajaran kimia. Dia sangat tegas. | Penyemakan dan penterjemahan | 07.11.2017 |
Bagaimanakah penggunaan perkataan tuntas.Pelajar saya akerap menggunakan perkataan tuntasnya, secara tuntas dalam karangan mereka.Yang mana satu betul.Maksud tuntas ialah menyeluruh ,singkat,tegas.Mohon penerangan.Terima kasih. | Tuntas bermaksud secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja) atau tegas. Perkataan tersebut boleh digunakan dalam wacana bagi menggambarkan maksud tersebut dan perlu disesuaikan dengan fungsinya sebagai adjektif. | Tatabahasa | 06.07.2012 |
i.Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii.Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. munsyi, saya tidak ada jawaban untuk latihan kesalahan tatabahasa dan istilah, bolehkah tunjuk ajar daripada munsyi dewan? TK | i. Kerajaan tetap tegas dengan pendirian memerangi rasuah sekalipun terpaksa melangkah arus hasrat itu tetap dilaksanakan sehingga membuahkan kejayaan. ii. Rancangan Malaysia Kesembilan dirangka, dirancang, dan akan dilaksanakan untuk memberikan kesedaran kepada lapisan setiap masyarakat menerusi penekanan kepada pembangunan modal insan. iii. Kekotoran sumber air di negara ini amat menyentuh perasaan kita yang mana hal seumpama ini pernah menimpa negara kita dalam tempoh beberapa dekad yang lalu. Penggunaan perkataan bergaris tidak sesuai dengan konteks ayat pertama. Perkataan bergaris dalam ayat kedua dibetulkan menjadi "kepada setiap lapisan" dan ayat ketiga tidak gramatis dari aspek pemilihan kata dan lihat juga ketepatan fakta dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 05.11.2014 |
Saya ada beberapa soalan 1) Kawalan yang tegas dari mahkamah/ atau daripada mahkamah 2) dari parti memerintah/daripada parti memerintah 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap/ dari hak untuk bercakap 4)akibat dari tindakan polis/daripada tindakan polis 5) prokerajaan/pro-kerajaan 6)disalahguna/disalah guna kerjasama baik pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih | Ayat/frasa/ejaan yang betul ialah: 1) Kawalan yang tegas daripada mahkamah, 2) daripada parti memerintah, 3) hak untuk berhimpun adalah lanjutan daripada hak untuk bercakap, 4) akibat daripada tindakan polis, 5) prokerajaan, 6) disalah guna | Tatabahasa | 06.02.2011 |
Saya memerlukan maksud dalam bahasa melayu yang paling tepat bagi istilah berikut: 1. severity - penggunaan istilah ini menunjukkan pemeriksa/penilai yang tegas. 2. leniency - penggunaan istilah ini menunjukkan pemeriksa yang pemurah atau baik hati | DBP tidak mempunyai istilah bahasa Melayu yang khusus untuk konteks yang diberikan. Kami berpendapat perkataan tegas, pemurah atau baik hati boleh digunakan dalam konteks yang diberikan. | Istilah | 07.03.2016 |
(A) Belon yang kembung itu boleh meloyang. (B) Tindakan yang tegas harus diambil terhadap murid-murid yang mengguris kereta cikgu-cikgu sekolah. Untuk ayat (A), apakah maksud perkataan "meloyang"? Untuk ayat (B), apakah maksud perkataan "mengguris"? Saya tidak dapat mencari kedua-dua perkataan dalam kamus.Kalau kedua-dua perkataan itu tidak wujud dalam BM, apakah perkataan yang sesuai digantikan? | Perkataan meloyang dan mengguristidak ada dalam sumber rujukan kami. Perkataan yang betul seperti yang digariskan. (A) Belon yang kembung itu boleh melayang. (B) Tindakan yang tegas harus diambil terhadap murid-murid yang menggores kereta cikgu-cikgu sekolah.
| Tatabahasa | 03.11.2015 |
apakah kata lawan bagi tegas? | Untuk makluman saudara, dalam bahasa Melayu, tidak semua perkataan ada lawannya. | Istilah | 14.02.2010 |
Cikgu Lim seorang guru yang tegas ______penyayang. a.tetapi b.dan *jawapan yang mana lebih sesuai? | Perkataan tetapi atau namun lebih sesuai. | Tatabahasa | 12.05.2011 |