Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
TARAF HIDUP

Taraf hidup biasanya merujuk kepada taraf

ekonomi yang dicapai oleh seseorang individu,

keluarga atau negara. Taraf hidup boleh diukur

melalui nilai barangan dan perkhidmatan yang

dihasilkan atau digunakan oleh individu, keluarga

atau negara dalam satu tempoh waktu yang

ditetapkan. Tafsiran lain tentang taraf hidup adalah

berasaskan matlamat yang ditetapkan oleh orang

ramai untuk diri mereka sendiri sebagai pengguna.

Dengan kata lain, apabila seseorang mempunyai

jumlah yang mencukupi dari segi keperluan untuk

hidup dengan selesa dan gembira, mereka telah

mencapai taraf hidup mereka.

UMUM
ANGGOTA BANGSAWAN UNITED KINGDOM

Anggota Bangsawan United Kingdom ialah

lelaki atau wanita yang mempunyai taraf

bangsawan, seperti taraf earl atau baron. Taraf

bangsawan tersebut memberikan pemiliknya hak

untuk dikenali sebagai Lord atau Lady dan bukan

Mr. atau Mrs., gelaran yang digunakan oleh

rakyat biasa .

UMUM
PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU

PERANCANGAN TARAF BAHASA MELAYU, usaha mendaulatkan bahasa Melayu. Apabila kita mengambil tindakan secara bersendirian atau berkelompok untuk menjadikan suatu bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi sesebuah negara, atau mengenakan syarat-syarat kepada masyarakat supaya menggunakan suatu bahasa, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan taraf bahasa. Sebaliknya, apabila kita menjalankan usaha untuk membentuk atau menyelaraskan ejaan, sebutan, imbuhan, perkataan, istilah, tatabahasa dan menyusun dan menyelaraskan makna perkataan serta penggunaannya, maka proses itu diistilahkan sebagai proses perancangan bahan atau korpus bahasa.

BAHASABahasa
PERANG RUSIA-JEPUN

Perang Rusia-Jepun menaikkan taraf Jepun

sebagai kuasa utama dunia. Kekalahan Rusia dalam

peperangan ini meningkatkan perasaan tidak puas

hati penduduknya terhadap kerajaan yang dicemari

rasuah dan pentadbiran yang teruk. Ketidakpuasan

hati ini mencetuskan Revolusi Rusia pada tahun

1905. Perang Rusia-Jepun bermula pada 8 Februari

1904 apabila Jepun menyerang Lüshun (juga

dikenali sebagai Port Arthur) di Manchuria. Perang

ini tamat pada 5 September 1905 dengan Perjanjian

Portsmouth ditandatangani.

UMUM
RUJUKAN KEHORMATkata yang digunakan untuk menyapa seseorang mengikut taraf sosialnya.BAHASAKonsep
THATCHER, MARGARET

Thatcher, Margaret (1925 ), Perdana

Menteri United Kingdom dari tahun 1979 hingga

tahun 1990. Pada tahun 1991, dia dinaikkan ke taraf

bangsawan dengan gelaran Baroness Thatcher.

Thatcher merupakan wanita pertama memegang

jawatan perdana menteri, dan berkhidmat lebih

lama sebagai perdana menteri berbanding dengan

mana-mana orang British tahun 1900-an. Thatcher

dilantik menjadi ketua Parti Konservatif pada tahun

1975. Dia menjadi perdana menteri setelah partinya

mengalahkan Parti Buruh dalam pilihan raya umum

pada bulan Mei 1979.

UMUM
PERSATUAN PERUBATAN BRITISH

Persatuan Perubatan British (British

Medical Association [BMA]) ialah persatuan

profesional sukarela bagi doktor. Ia ditubuhkan

pada tahun 1932 untuk meningkatkan taraf sains

perubatan dan sains yang berkaitan dan untuk

mengekalkan kehormatan dan minat terhadap

profesion perubatan.

UMUM
SYARIKAT HINDIA TIMUR BELANDA

Syarikat Hindia Timur Belanda merupakan

syarikat perniagaan yang berkuasa yang membantu

menubuhkan pemerintahan Belanda di Indonesia.

Pada tahun 1602, kerajaan Belanda memberikan

syarikat ini taraf monopoli dalam perdagangan antara

Asia dengan Belanda. Syarikat ini juga memperoleh

kuasa yang luas dalam aspek pemerintahan dan

ketenteraan, termasuklah hak untuk memerintah dan

melakukan peperangan di Asia.

UMUM
TABTABA'IY, MUHAMMAD IBN HUSAYN AL-

Tabtabaiy, Muhammad ibn Husayn al-

(13211404 H./19031983 M.), pengikut Syiah

Imamiyyah, ahli tafsir, penulis dan guru. Dia lahir di

bandar Tibriz, Iran. Dia menamatkan pengajian

peringkat awalnya di Iran. Kemudian dia berhijrah

ke bandar Najaf di Iraq untuk melanjutkan

pengajiannya. Dia terus menetap di Najaf

sehinggalah memperoleh taraf ijtihad yang

melayakkan dia memberikan fatwa dan mengajar.

Taraf ini menyamai doktor falsafah.

Al-Tabtabaiy akhirnya kembali ke Iran dan

menetap di bandar Qum. Di sana, dia mula

mengajar dan menulis. Dia menghasilkan pelbagai

karya ilmiah dan antara karyanya yang termasyhur

ialah kitab tafsirnya yang berjudul al-Mizan fi Tafsir

al-Quran . Ia merupakan ensiklopedia yang besar,

mengandungi 20 jilid. Karya ilmiahnya juga

mencakupi pelbagai bidang lain seperti

kebudayaan, falsafah, sastera dan sejarah. Dalam

mentafsirkan al-Quran, al-Tabtabaiy berpandukan

kaedah pentafsiran yang tersendiri yang dipegang

oleh Mazhab Syiah Imamiyyah.

UMUM
NEKA BAHASA

NEKA BAHASA , jenis penggunaan bahasa menurut taraf. Neka bahasa ialah jenis gaya dalam penggunaan bahasa dalam keadaan khas menurut taraf penutur dan pendengar yang terlibat. Neka bahasa serupa dengan laras sosial. Di samping itu laras bidang dikhususkan kepada penggunaan bahasa baku dalam bidang seperti ilmu, undang-undang dan sastera klasik. Tiap-tiap penutur bahasa Melayu menguasai semua atau kebanyakan neka bahasa Melayu. Mereka tahun memilih neka yang sesuai dalam keadaan yang berbeza.

BAHASABahasa
Tesaurus
 
taraf (kata nama)
Bersinonim dengan darjat, martabat, kedudukan, status, pangkat, tahana, peringkat, tingkatan, kelas, kategori, gred, darjah;,
Kata Terbitan : setaraf, bertaraf, menyetarafkan,