Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hilang baju kerana tapak, Hilang berjalan di pohon pauh; Hilang malu kerana takut, Melangsung adat hajat saudara jauh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung haji terbang ke haji, Tapak Sulaiman di bawah tangannya; Jika adinda mengubah janji, Melungsur iman dari badannya.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan; Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina menanam tebu, Tanam mari bertapak-tapak; Sungguh kecil dahan jambu, Melentur ada patah tidak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Cina berjual terung, Hilang sebiji di tapak tangan; Sudah lama ayam kukurung, Cuba-cuba lepas di laman.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Putik pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Sungguh jauh di negeri satu, Hilang di mata di hati jangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Tuan jauh negeri satu, Hilang di mata di hati jangan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Saya jauh beribu batu, Saya di sini dilupa jangan.
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.



Lihat selanjutnya...