Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang tapak tukul, timbul tapak canai.

Takrif

Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak?

Takrif

Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terpijak di tanah kapur, putih tapak; terpijak di tanah arang, hitam tapak.

Takrif

Perbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan.

Takrif

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.

Takrif

Ingin mendapat sebanyak-banyaknya; sangat berbesar hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terpijak benang arang, hitam tapak.

Takrif

Berbuat jahat, jahat balasannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sudah terpijak benang arang, hitamlah tapak.

Takrif

Kalau sudah melanggar undang-undang maka terimalah ganjarannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tempang gajah berjalan, dek sepuntung duri di tapak kakinya.

Takrif

Bencana kecil yang didiamkan dapat menyebabkan kesusahan yang besar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Masuk ke kampung orang bawa ayam betina, jalan di tepi-tepi, benang arang orang jangan dipijak, duduk di tapak tangga, mandi di hilir orang, berdiri di luar-luar gelanggang.

Takrif

Kalau merantau ke negeri asing, hendaklah selalu mengalah, jangan berbuat pekerjaan yang buruk, selalu merendahkan diri, jangan suka mendului orang dan jangan menunjuk-nunjukkan diri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menatang setahun hujan di langit, air di laut masakan tawar.

Takrif

Nasihat yang baik takkan mengubah kejahatan yang besar. menatang = membawa di tapak tangan, menating.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
tapak (kata nama)
1. Bersinonim dengan telapak: ketapak

2. Bersinonim dengan bekas: jejak, kesan, tanda,

3. Bersinonim dengan asas: dasar

Kata Terbitan : setapak, bertapak, bertapakkan, menapak,

Puisi
 

Hilang baju kerana tapak,
     Hilang berjalan di pohon pauh;
Hilang malu kerana takut,
     Melangsung adat hajat saudara jauh.



Lihat selanjutnya...