Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Puisi ; Ensiklopedia ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Apa bezanya dari segi penggunaan perkataan hangat dan panas? Contoh ayat: Sudah berjam-jam dia berdiang namun badannya masih tidak menjadi hangat/panas? Terima KasihUntuk ayat ini perkataan yang sesuai ialah hangat.  Sila lihat Kamus Dewan Edisi Keempat.

panas 1 bersuhu tinggi; hangat: Makanan itu masih ~; air ~ air yg dimasak dan masih tinggi suhunya. 2 cahaya matahari yg terik: Jangan suka bermain di tengah ~. hujan ~ hujan yg turun ketika matahari bersinar. 3 (sesuatu) yg bersuhu tinggi; (sesuatu) yg terasa hangat: ~ badannya tidak boleh dibiarkan. 4 ki sangat marah atau meradang: Mendengar makian itu, hatinya menjadi ~. 5 ki masih baru; belum lama berlakunya: Apa berita ~ hari ini? ~ baran (darah) lekas meradang. ~ hati sangat marah atau sangat benci. ~ rezeki susah mendapat rezeki. ~ terik panas benar (bkn cuaca). panas-panas masih panas; masih baru. berpanas berada dlm panas matahari; berjemur: Setiap hari mereka terpaksa ~ dan berhujan utk mencari rezeki. memanasi menjadikan panas: Bahang unggun api ~ badannya. memanaskan 1 menyebabkan menjadi panas: Utk ~ badan, mereka terpaksa memakai pakaian yg tebal-tebal. 2 ki menyebabkan menjadi marah atau meradang: Kedegilannya itulah yg ~ hati saya. kepanasan 1 keadaan panas: ~ seterika itu dpt diubah-ubah dgn memutarkan alat penetap suhunya. 2 kena panas; menderita panas: Dia ~ kerana duduk berhampiran dgn unggun api. pemanasan proses atau perbuatan memanaskan: Kandungan air ialah faktor penting dlm proses penyimpanan, ~ dan percambahan biji benih. pemanas alat utk memanaskan sesuatu: ~ elektrik pemanas yg menggunakan kuasa elektrik.

hangat 1. panas api (bukan panas matahari): air ~; besi ~; 2. terlebih timbangan drpd yg sebenarnya: timbangannya biar ~ jangan kurang; 3. meriah, seronok: ia mendapat sambutan ~; 4. tidak tenang atau tenteram, genting, tegang (suasana politik dll): kedu­dukan politik negara kembali ~; perdebatan yg ~; 5. masih baru lagi berlaku dsb (berita, peristiwa, dll), panas: berita yg ~; buku yg masih ~; 6. berapi-api, penuh semangat: pidato yg ~; ~ dingin kegembiraan dan kesusahan; ~ hati a) sangat marah; b) girang hati; hangat-hangat 1. bp sementara masih hangat (panas): nasi itu elok dimakan ~; 2. hangat (panas) spt yg dapat dirasai pd (oleh) sesuatu: ~ kuku tidak berapa hangat (panas), suam-suam kuku; ~ tahi ayam prb tidak tetap kemahuan (tidak bersungguh-sungguh secara berterusan); berhangat membiarkan badan kena panas, berpanas: di halaman gedung, orang yg tidak kebagian tempat dlm ruangan, ~ dlm panas matahari; menghangat menjadi hangat (tegang); rapat ~ perjumpaan menjadi tegang; tidak ~ mendingin tidak menggembirakan atau me­nyusahkan; menghangati ark 1. memanaskan (nasi yg sudah dingin dll); 2. menggembirakan: Buenos Aires yg sejuk sentiasa dihangati oleh irama rumba dan tango; menghangatkan 1. = memperhangat me­n­­- ­­jadikan hangat (panas), memanaskan: ~ nasi dan lauk-lauk; berdiang utk ~ badan; 2. menjadikan hangat (meriah, seronok), me­meriahkan, menyeronokkan: tepuk sorak dan nyanyian orang ramai ~ lagi suasana pesta pd malam itu; 3. ki menjadikan hangat (tegang, genting), menegangkan, meng­gen­tingkan: isu-isu yg sensitif telah ~ per­debatan pd hari itu; memperhangat menjadikan lebih hangat; kehangatan 1. perihal hangat (panas), kepanasan; 2. kena hangat (panas); 3. terlalu hangat; 4. perihal hangat (meriah), keme­riahan; 5. perihal hangat (tegang, genting), ketegangan, kegentingan: ~ per­debatan itu meresahkan orang ramai.
Makna21.06.2014
Kejayaan pemain badminton menjuarai beberapa pertandingan di peringkat antarabangsa telah mendapat pujian daripada pelbagai pihak. (apakah kesalahan yang tuan temukan ?, buku kata menjuarai salah, tetapi saya agak susah untuk memahami)Ayat itu adalah gramatis. Menjuarai bermaksud menjadi juara dan boleh digunakan dalam ayat tersebut.Tatabahasa24.07.2011
Selamat Sejahtara, Saya hendak memberitahu yang laman sesawang http://dbp.gov.my/ atau http://prpm.dbp.gov.my/ tidak dapat di akses. Hanya terpampar kod 404 not found, susah cuba mengunakan aplikasi layar yang lain, tetap mendapat Error kod 404 Not Found. Sekia Terima Kasih Fain WahabTerima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Kami minta maaf atas kelewatan memberi reaksi. Ketika emel tersebut dihantar server DBP menghadapi masalah. Dan selepas itu boleh diakses seperti biasa. Kesulitan amat dikesali. Terima kasih.Lain-lain05.03.2014
Selamat Sejahtera, saya ingin mendapat nasihat DBP tentang penggunaan frasa "hati nurani". Bagaimanakah penggunaanya yang betul dalam suatu ayat. Terima Kasih.

Hati nurani bermaksud hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan atau perasaan hati yang murni dan yang sehalus-halusnya (sedalam-dalamnya). Contoh dalam ayat, Aminah mudah mengalirkan air mata apabila melihat orang susah kerana dia mempunyai hati nurani.

Makna17.09.2021
1. perkataan tertusuk dan tertikam a. Tayar kereta itu pancit kerana _____ sebatang paku yang tajam. ( adakah kedua-dua perkataan tersebut boleh diterima?) 2. Walaupun dan semenjak a. ______ hidupnya susah, Encik Surej mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran. ( adakah kedua-dua perkataan tersebut boleh diterima?) 3. Siapakah yang selalu datang awal ke sekolah? a. Kami tidak tahu siapa yang selalu datang awal ke sekolah. b. Mei Ling dan Gan Boon selalu datang awal ke sekolah. ( Kedua-dua jawapan tersebut boleh diterima? ) 4. "Abang, saya mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolah," kata Rajesh kepada abangnya. a. Rajesh memberitahu abangnya bahawa dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolahnya. b. Abang Rajesh diberitahu oleh adiknya bahawa dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolah. ( Kedua-dua jawapan tersebut boleh diterima? )

Jawapan yang betul adalah seperti yang berikut:

1. Tayar kereta itu pancit kerana tertusuk sebatang paku yang tajam.

2.  Walaupun hidupnya susah, Encik Surej mahu anak-anaknya berjaya dalam pelajaran.

3. b. Mei Ling dan Gan Boon selalu datang awal ke sekolah.

4. a. Rajesh memberitahu abangnya bahawa dia mendapat tempat pertama dalam pertandingan bercerita di sekolahnya.

Tatabahasa14.05.2014
Istilah perkataan TAKUT & Hormat dalam komunikasi semsa

Takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;

Hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat);

Makna21.08.2009
SALAM. SAYA INGIN MENDAPATKAN DEFINASI PERKATAAN "TAKUT" DAN H"ORMAT" MENGIKUT DEWAN BAHASA & PUSTAKA

takut: 1. gentar (gerun, ngeri) menghadapi sesuatu yg dianggap boleh membahayakan diri: aku tidak ~ pd anjing itu kerana aku sudah biasa dengannya; 2. berasa segan dan hormat, takwa: hendaklah kita ~ akan Allah; 3. berasa bimbang (ragu-ragu, khuatir), gelisah: saya ~ dia tiada di rumah; dia rasa ~ pula kalau-kalau kedua-duanya akan menyerangnya; 4. tidak sanggup (menghadapi bahaya, menanggung derita, dll), tidak berani, kecut: dia benci pd saya kerana itu saya dihalaunya, sekarang saya ~ hendak menemuinya; ~ akan hantu, lari ke pandam (perkuburan) = ~ akan lecah lari ke duri = ~ akan mayat terpeluk bangkai prb takut akan rugi atau susah sedikit lalu mendapat kerugian atau kesusahan yg lebih besar; ~ mengikut jalan tak berentas prb takut melakukan pekerjaan yg belum pernah dibuat orang; ~ pd ular, terkejut pd bengkarung prb kerana takut pd yg berkuasa maka takut pula pd kaumnya; digenggam mati, dilepaskan ~ terbang prb sesuatu yg serba salah halnya; lamun ~ dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau prb jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan;

hormat: 1. mempunyai pandangan yg tinggi terhadap seseorang dgn memberikan layanan yg penuh sopan, khidmat, takzim: tetamu dipersilakan masuk ke dlm dewan dgn ~; budak itu sangat ~; diberhentikan dgn ~ diberhentikan dgn baik (bukan sebab kesalahan); 2. perbuatan utk menyatakan rasa khidmat atau takzim: serdadu kawalan itu pun memberi ~ dgn mengangkat tombak; 3. menaruh penghargaan (khidmat, takzim): wajib kita ~ kpd ibu bapa kita; (dgn) ~ takzim (dgn) sepenuh hormat; dgn segala ~ dgn sepenuh takzim; gila ~ terlalu suka dihormati orang; kurang ~ kurang sopan; tanda ~ perbuatan dll yg menunjukkan penghargaan (takzim, khidmat); 

Makna21.08.2009
Assalamu'alaikum, Mohon saya berkongsi pendapat (Saya pernah mengajukan perkara ini ke Facebook DBP). Kebelakangan ini saya dapati istilah SALAM acap kali disalahguna dan disalahertikan. Bermula dengan SALAM SEJAHTERA sehinggalah sekaran ini yang semakin popular; SALAM TAKZIAH. Ucapan salam adalah bermaksud doa kepada seseorang dengan tujuan supaya penerima ujapan tersebut mendapat sejahtera, bahagia dan seumpamanya. Saya rasa DBP sendiri tentunya maklum, erti SALAM adalah; SEJAHTERA, SELAMAT (kata asalnya adalah salam). Kalau dalam bahasa Inggeris pula ia boleh membawa maksud; HAPPY, PEACE, MERRY. Bayangkan makna SALAM TAKZIAH jika diterjemah kedalam bahasa Inggeris; HAPPY CONDOLENCE. Kita berharap seseorang itu boleh BAHAGIA dalam suasana DUKA. Saya dapati perkara seperti ini kerap dilakukan oleh juruacara, pengacara media massa, pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan orang ramai. Ditakuti nanti ia akan menjadi budaya yang salah kerana kita tidak boleh menafikan apabila ia sudah menjadi kebiasaan, maka amat susah untuk diperbetulkan seperti ucapan SALAM SEJAHTERA.Salam membawa dua maksud, iaitu sejahtera dan penyataan hormat seperti lazimnya kita berjabat tangan apabila menyatakan perasaan sukacita ataupun dukacita. Merujuk konteks yang tersebut penggunaan Salam Takziah sebagai menyatakan perasaan dukacita dengan cara hormat. Ungkapan Salam Sejahtera pula jika diamat-amati membawa makna yang berulang-ulang kerana salam juga bermaksud sejahtera. Walau bagaimanpun ungkapan Salam Sejahtera telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat.Tatabahasa04.09.2012
saya pelajar uitm shah alam dan bercadang handak menubuhkan satu kumpulan gendang jalanan seperti yang telah ada sekarang iaitu gendang simfoni malaysia..konsep kumpulan kami ini hanya memainkan irama2 melayu,latin,arab,asli,tradisional menggunakan gendang sahaja.. Kesemua proses penubuhan sudah saya siapkan tapi masalah kami sekarang ialah nama kumpulan ini.. bagi tujuan komersial,saya ingin mendapatkan nama yang mudah dan melambangkan ciri2 malaysia agar nama dan konsep kumpulan kmi bercirikan malaysia..tidak terlalau panjang dan tidak susah untuk di sebut.. saya harapkan mendapat beberapa cadangan yang bernas dari pihak tuan bagi memartabatkan melayu di mata dunia.. sekain,Wassalam..Nama kumpulan saudara memang sudah menarik. Buat masa ini kami masih mencari nama yang lebih sesuai. Pihak kami akan menghubungi saudara sekiranya mendapat nama yang lebih baik. Terima kasih.Tatabahasa28.09.2007
Assalamualaikum tuan. Saya berhasrat dan bercita-cita untuk menghasilkan penulisan karya sendiri. Namun begitu, pendekatan saya ialah ingin menggunakan tulisan jawi secara total dalam karya dan terbitan saya. Hasratnya mudah, saya ingin mempelbagaikan bahan bacaan jawi dan tidak terhad kepada penulisan kitab agama sahaja. Buku buku berkaitan travelog, pemikiran, idea, fiksyen, komik dan buku-buku moden. Selain itu, hasrat saya, melalui pembacaan buku yang menarik seperti ini, masyarakat akan terdedah dengan daftar kata jawi yang luas dan juga bahasa moden yang kadang kala susah dieja dalam jawi. Kerisauan ini berlaku kerana sepanjang lawatan saya ke kedai buku, terdapat seksyen khas untuk buku mandarin, karya mandarin. Bagi saya, sekiranya karya jawi moden diperbanyakkan, sudah pasti masyarakat tidak rasa asing lagi warisan ini. Pendeknya, sekiranya saya diberikan kemudahan suatu hari nanti untuk menerbitkan buku tersebut, adakah pihak DBP sedia untuk memberi khidmat semak karya jawi saya, untuk menjamin ketulenan tulisan jawi. Dan soalan tambahan, bagaimana saya ingin mendapat kursus panduan penulisan jawi. Sekian, terima kasih. Salam hormat.Salam tuan budiman,

Tahniah dan terima kasih atas hasrat untuk menghasilkan karya sendiri, sehubungan dengan itu, bersama-sama ini dilampirkan maklumat untuk penghantaran manuskrip ke DBP untuk makluman selanjutnya.

PENGHANTARAN MANSUKRIP

Sebarang permohonan manuskrip dari luar seperti novel/cerpen/puisi dan lain-lain bolehlah dihantar ke:

 

Pengarah Jabatan Penerbitan,

Aras 10, Menara DBP,

Dewan Bahasa dan Pustaka,

50460 Kuala Lumpur.

 

Permohonan tersebut perlulah disertakan dengan:

  1. Salinan lembut (soft copy) manuskrip dalam bentuk cakera padat (CDRW)
  2. Satu salinan keras manuskrip berserta biodata ringkas penulis yang mengandungi maklumat asas seperti nama/nombor telefon/alamat surat-menyurat terkini, untuk tindakan selanjutnya.

Berkaitan dengan Kursus Panduan Penulisan Jawi, pihak tuan bolehlah mendapatkan maklumat senarai Kursus Akademi DBP 2020 melalui:

Laman sesawang: http://akademi.dbp.my/
Nombor telefon: 03-2147 0220/0230
Faksimile: 03-2147-0231

Lain-lain04.01.2020
1
Tesaurus
 
susah (adjektif)
1. Bersinonim dengan sukar: payah, rumit, sulit,

2. Bersinonim dengan jarang ada: sukar terdapat

3. Bersinonim dengan miskin: papa, daif, melarat, serba kekurangan,

Kata Terbitan : bersusah-susah, menyusahkan, kesusahan,

Peribahasa
483

A promise is a promise

Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan

Kata hendaklah dikota

He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.

Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kata hendaklah dikota. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...