Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Dialek ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Apabila badan tidak sihat, Tentu tak dapat berjalan jauh; Apabila iman tidak melekat, Tentulah sifat takkan senonoh.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Jangan bermain seludup-seludup, Latihan rohani tidak sihat; Ilmu itu panduan hidup, Ke mana pergi tidak sesat.Pantun Melayu SarawakIlmu
Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Cik Mahat orang di desa, Duduk menjemur tepi paya; Luar sihat dalam bisa, Cari bomoh ubatkan saya.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Pokok kelapa hendak ditebang, Batang pula dibuat titi; Sungguh kejam wahai kumbang, Bunga yang sihat hendak disakiti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tua-tua pergi memukat, Dapat dipukat ikan kilat; Semua kerja harus muafakat, Udara bersih rakyat sihat.Pantun Melayu SarawakUmum
1
Tesaurus
 
sihat (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak sakit: afiat, segar, waras, cergas, cerdas, aktif, cedas,
Berantonim dengan sakit

2. Bersinonim dengan sembuh: pulih, baik semula, betah, uras,
Berantonim dengan sakit

3. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan masuk akal, dapat diterima, berjalan lancar,

Kata Terbitan : menyihatkan, kesihatan,

Puisi
 

Cik Mahat orang di desa,
     Duduk menjemur tepi paya;
Luar sihat dalam bisa,
     Cari bomoh ubatkan saya.



Lihat selanjutnya...