Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak bertohor kaki (= kain).

Takrif

Selalu sibuk bekerja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti lipas kudung.

Takrif

Selalu bergerak dengan cepat; selalu sibuk bekerja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kaki naik, kepala turun.

Takrif

Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kepala ke bawah, kaki ke atas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kepala ke bawah, kaki ke atas.

Takrif

Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki naik, kepala turun).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
sibuk (adjektif)
1. Bersinonim dengan banyak kerja: giat, aktif, rajin, kocah-kacih, lagut, kalut, gelut, gelabut, legak, hibuk, repot, ripuh,

2. Bersinonim dengan ramai: riuh, abuh, pergi balik, keluar masuk, lalu-lalang,
Berantonim dengan lengang

Kata Terbitan : bersibuk, menyibukkan, kesibukan,