Kata |
Takrif |
Sumber |
diam I | 1. tidak bercakap (bersuara dll), senyap: Badri ~ sahaja kerana tidak tahu apa yg hendak dicakapkan; terbuang dlm ~ disingkirkan dgn senyap-senyap; 2. tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa: sedangkan benda yg ~ lagi engkau baling tidak kena, inikan pula benda yg bergerak; ~ tak ~ dgn senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan; ~ macam batang kayu ki tidak bergerak-gerak; ~ membatu ki tidak bercakap-cakap (membisu); ~ ubi lagi kental, ~ besi lagi sentil = bukannya ~ penggali berkarat, melainkan ~ ubi berisi prb diam orang yg berilmu itu berfikir, sementara diam orang yg bodoh itu sia-sia sahaja; kalau tak bermeriam, baiklah ~ prb orang yg miskin dan lemah itu tidak usahlah banyak kehendak; yg disangka tidak menjadi, yg ~ boleh ke dia prb orang yg bertunangan tetapi akhirnya berkahwin dgn orang lain; sediam sama (spt, macam) senyapnya: mereka diam ~ kuburan di waktu subuh; diam-diam dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; ~ lepu prb pada zahirnya baik dan jujur tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali; ~ ubi (berisi) prb pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan; berdiam = ~ diri = berdiam-diam 1. tidak bercakap-cakap (bergerak-gerak dll): mereka berdua ~ sebentar; di dlm berdiam-diam begitu, sebenarnya dia berfikir; 2. ki tidak melakukan sesuatu, tidak mengambil apa-apa tindakan: kita tidak mesti ~ diri, kita mesti membela diri kita sendiri; berdiamkan; ~ diri berdiam diri: ia ~ dirinya barang ke mana diterbangkan oleh burung itu; mendiami tidak menegur (menyapa dll), memulau: kami diami sahaja orang-orang yg membelot kpd persatuan kami; mendiamkan, memperdiamkan 1. membuat (menjadikan, membiarkan) diam: ibu ~ adikku yg merengek; 2. menjadikan tidak bergerak, mematikan utk seketika (benda bergerak dll): gelora marah itu didiamkannya sahaja; 3. tidak mengendahkan (mempedulikan, ambil tahu, dll), tidak menghebohkan: pihak Berikat tidak boleh ~ serangan yg dilakukan oleh pihak Fasis ke atas negara-negara yg kecil; ada pun jika kita perdiamkan perkara ini, nescaya buruk padahnya; terdiam tidak bersuara (bergerak dll) lagi: Datuk Ujang dan polis itu mengangguk lagi tetapi sejurus kemudian ~ semula; melihat guru datang, murid-murid darjah itu pun terus ~; pendiam (orang yg) tidak suka bercakap-cakap: Zaini itu seorang murid yg ~ tetapi lekas dapat menangkap ajaran gurunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyap-senyap | 1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~, dia masuk ke biliknya lalu tidur. 2 dgn tidak menghebahkan; dgn bersulit-sulit; dgn berahsia: ~ dia telah pergi melanjutkan pelajarannya ke Australia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senyap-senyap | tidak dgn berkata-kata, secara rahsia: perasaan kecewa itu tersimpan ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senyap-senyap | 2 dgn tidak menghebahkan; dgn bersulit-sulit; dgn berahsia: ~ dia telah pergi melanjutkan pelajarannya ke Australia. | Kamus Pelajar |
senyap-senyap | 1 tidak berkata-kata atau tidak berbuat bising: Dgn ~ dia masuk ke biliknya lalu tidur. | Kamus Pelajar |
senyap | senyap-senyap | Kamus Pelajar |
diam tak diam | dgn senyap-senyap, tidak diheboh-hebohkan | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terbuang dlm diam | disingkirkan dgn senyap-senyap | Kamus Dewan Edisi Keempat |
(per)hubungan rahsia | (per)hubungan yg senyap-senyap (diam-diam) dgn tidak diketahui orang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
diam-diam | dgn tidak memberitahu orang, secara senyap-senyap, secara sulit: dgn ~ sahaja dia keluar dr negeri Daha; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
steal | ~ away, keluar (secara) senyap-senyap; ~ away from st, meninggalkan sst (secara) senyap-senyap: he stole away from the party when it started becoming rowdy, dia meninggalkan parti itu secara senyap-senyap apabila keadaan menjadi hiruk-pikuk; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
stealth | n cara /senyap-senyap, sembunyi-sembunyi/: catching birds requires ~, menangkap burung mesti dgn cara senyap-senyap; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
steal | ~ across, a. melintasi [sst] (secara) senyap-senyap: he stole across the courtyard, dia melintasi halaman secara senyap-senyap; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
stealth | by ~, secara /senyap-senyap, sembunyi-sembunyi/: he entered the building by ~ and bugged the conference room, dia masuk ke dlm bangunan itu secara senyap-senyap dan memasang peranti pepijat di bilik mesyuarat. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
slide | c. (stealthily) memasukkan [sst] senyap-senyap: she slid my letter into his hand while everyone was talking, dia memasukkan surat saya senyap-senyap ke dlm tangan lelaki itu semasa semua orang sedang berbual; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
spirit 1 | vt membawa [n] secara senyap-senyap: they managed to ~ the prisoners of war out of the country, mereka dapat membawa keluar tawanan-tawanan perang secara senyap-senyap dr negeri itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
steal | ~ up on, advance cautiously and secretly on (so., st), (secara) senyap-senyap /menghampiri, merapati, mendekati/: a commando unit stole up on the enemy camp, sebuah unit komando telah senyap-senyap menghampiri khemah musuh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
back stairs, back-stair(s) | adj secara /diam-diam, senyap-senyap/: ~ deals, urusan-urusan secara diam-diam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
steal | a cat was ~ing up on the bird, seekor kucing secara senyap-senyap merapati burung itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
undeclared | 2. not announced or made known, tdk diisytiharkan; (of love) senyap-senyap, diam-diam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
silent bit | peranan senyap | peranan senyap | peranan senyap | Komunikasi Massa |
silent speed | kecepatan bisu | kelajuan senyap | kelajuan senyap | Komunikasi Massa |
the silent majority | mayoritas diam | majoriti senyap | majoriti senyap | Sains Politik |
tacit collusion | kolusi diam-diam; kolusi tersembunyi | pakatan senyap | pakatan senyap | Sains Politik |
fade out | lesap senyap | resap lenyap | resap lenyap | Komunikasi Massa |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
silent coup | rampas kuasa senyap-senyap | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
the silent majority | majoriti senyap | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan terbesar dalam sebuah masyarakat atau dewan perhimpunan tetapi tidak melahirkan pendapat, tidak mengundi atau tidak dapat mempengaruhi sesuatu keputusan. Golongan ini tidak menggunakan kelebihan komposisi majoritinya sebaliknya lebih suka berdiam diri. Majoriti senyap merupakan golongan yang tidak suka menonjolkan diri. Contohnya, penduduk wanita dalam sesebuah negeri sering dianggap sebagai golongan majoriti senyap. |
cadence | kadens | Teknologi Maklumat | Tiada | Corak irama dan rentak nada, dan selang senyap yang dijana oleh isyarat suara dalam pemprosesan suara atau telefon berasas suara. Contohnya pemanggil akan mendengar corak kadens seperti dua kali nada dan satu senyap (mungkin 2 saat). |
silent | senyap | Fizik | Tiada | Tiada |
silent | senyap | Linguistik | Tiada | Tiada |
mute | senyap | Linguistik | Tiada | Tiada |
silent | senyap | Perubatan | Tiada | Tiada |
mute | senyap | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
radio silence | senyap radio | Kejuruteraan | Tiada | Tempoh apabila semua kelengkapan radio yang berkeupayaan untuk penyiaran, dibiarkan tidak beroperasi. |
metrical silence | rentak senyap | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
sanyam | senyap (tidak bercakap) | - | - | - | - | - | - | Bajau |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
dengep-dengep, denga-dengep | sunyi senyap; 1 sunyi sekali: gak kapuong pukul semilan malem ngak ~ di kampung pukul sembilan malam sudah sunyi senyap; 2 tidak kedengaran apa-apa: lian Kepalak Meteri petelabau tenawan lubeang balai ~ lalu orang dlm dewan itu senyap ketika Ketua Menteri | Melanau Mukah | |
senyap | senyep [sp] | Melanau Dalat | |
senyap | sanyap. | kedayan | |
dingau | senyap; | Melanau Mukah | |
eang kebelas | senyap | TETAW | |
buteng | keadaan kawasan hutan yg sunyi senyap sbg petanda adanya makhluk halus spt hantu, jin, dll. | Melanau Mukah | |
kesu | hal; 1 perkara: nda kena menaah ~ a tidak dapat mendengar hal orang; 2 berita, khabar; 3 bunyi: nda bei ~ sunyi senyap. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
bakayawa Ir | bambu. | Andainya yang lahir dulu ialah anak lelaki, sudah tentu secara senyap-senyap Datu Ampuh akan naik ke atas loteng dan terus memukul tiang bumbung rumah dengan bakayawa (sembilu yang besar), sebanyak tiga kali sambil bertempik sebanyak tiga kali juga. | Singkowoton | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sanyam MSb | senyap. | Embo Temah begitu ego setelah berjaya menewaskan gurunya sendiri dengan teknik kotor. Kemeriahan suasana menjadi sanyam. | Nembiluk | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
bulan rerak Ib | sehari selepas bulan purnama. | Beberapa orang gadis dan ibu datang juga untuk memerhatikan corak anyaman tikar bemban yang baru saja siap dianyam oleh isteri Senurok. Corak jenis bulan rerak, kata penganyam tikar itu. Pemuda-pemudi di situ duduk senyap, mempelajari bahasa kebangsaan melalui radio. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb si- men portland biasa. (KEJ) quick-stop (pemberhentian cepat) Penamatan pereplikaan dengan serta-merta apabila suhu ditingkatkan ke-42 o C dalam mutan DNA E. coli. (BIO) quiet error (ralat senyap) 1. Ralat yang dijumpai dan dibetulkan oleh pengatur cara tanpa pengetahuan pengguna atur cara. 2. Ralat yang tidak disedari dan tidak mengganggu pemprosesan secara langsung dan serta-merta. (KOM) quill error ralat panggil call error ralat peleraian resolution error ralat pengendali operator error ralat peratusan percentage error ralat rencam composite error ralat semula jadi metabolisme inborn error of metabolism ralat senyap quiet error ralat tak tentu indeterminate error ralat terwujud inherent error ralat ubahan altering error ralat warisan inherited error rale rale ramah eksekutif executive-friendly ramalan cuaca kebakaran fire weather
|
Kamus Thai 2.indb hua] ก bersembunyi: เมื่ อตำ รวจมาเด็ก ๆ ก็มุดหัวกันหมด Apabila po- lis datang budak-budak itu semuanya bersembunyi. มุทะลุ [mutalu] ว membabi buta มุบมิบ [mupmi p] ว sembunyi-sem- bunyi, senyap-senyap: รัฐบาลจัดสรรงบ ประมาณประจำปีอย ่ างมุบมิบ Kerajaan mengagih perbelanjaan tahunan se- cara sembunyi-sembunyi. มุม [mum] น penjuru, sudut มุมฉาก [-ca:k] น sudut tepat มุมประชิด [pracit] น sudut berse- belahan มุมป
|
Kamus Thai 2.indb ่ ยน [i an] ก ketagihan: หมอทำการ ร ั กษาชายติดยาเสพติดที่ เงี่ ยนจ ั ด Doktor itu mengubati lelaki penagih dadah yang sedang ketagihan. เงียบ [i:ap] ว 1 sunyi, senyap, sepi: บรรยากาศในเมืองนั้ นเงียบจริง ๆ Suasana dalam bandar itu sunyi betul. 2 diam, senyap: ขณะที่ ครูกำล ั งสอนน ั กเรียนต ้ องเงียบ Semasa guru sedang mengajar, murid- murid mestilah diam. เงียบกริบ [-kri p] ว senyap-sepi, sunyi- senyap, sunyi-sepi: เด็ก ๆ เงียบกริบเมื่ |
Kamus Thai 2.indb tersendiri เฉย [c:y] ก 1 tidak kisah, tidak en- dah, tidak ambil peduli: ถูกด ่ าว ่ าก็เฉย Diusik dengan teruk pun dia tidak ki sah. ว 2 diam, senyap: นิ ่ งเฉยไม ่ พูด diam tanpa bicara เฉย ๆ [-c:y] ว begitu sahaja: รถของ เขาจอดไว ้ เฉย ๆ Keretanya diletakkan begitu sahaja. เฉลย [cal:y] ก menerangkan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
senyap-senyap | [se.nyap.se.nyap] | ٢ سڽڤ |
senyap | [se.nyap] | سڽڤ |
bersenyap-senyap | [ber.se.nyap.se.nyap] | برسڽڤ-سڽڤ |
|
Tesaurus |
---|
| senyap (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak bising: sepi, sunyi, hening, lengang, antap, Berantonim dengan bising
2. Bersinonim dengan tidak berkata-kata: tidak bersuara, tidak berbunyi, diam, senyap, sengap, membatu, membisu, Berantonim dengan becok
3. Bersinonim dengan tidak sibuk: lengang, sepi, hening, tenang, sirap, Berantonim dengan sibuk
4. Bersinonim dengan nyenyak: lena
| Kata Terbitan : senyap-senyap, kesenyapan, |
|
|