Kata |
Takrif |
Sumber |
kawal selia | tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kawal selia | tindakan mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, fungsi dsb supaya dapat berjalan dgn betul dan lancar selaras dgn aturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan: ~ perdagangan mata wang memerlukan tindakan bersepadu semua negara; pendisiplinan kuasa pasaran boleh menggalakkan ~ korporat yg baik; mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: sebuah lembaga diberi tugas utk ~ pelabuhan itu; pihak kementerian sentiasa ~ aktiviti semua syarikat minyak yg terbabit; pengawalseliaan perihal (proses atau perbuatan) mengawal selia: akta ini menyediakan undang-undang tentang pelesenan dan ~ institusi yg menjalankan perniagaan bank; ~ mutu program francais juga diragui; pengawal selia pihak (badan atau orang) yg menjalankan kawal selia: keadaan itu mendesak ~ sekuriti utk berbincang dan bertukar-tukar maklumat; kajian itu menonjolkan isu utama yg membabitkan semua ~ kewangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selia | ; menyelia melihat-lihat dan mengawal sesuatu keadaan dsb; mengawasi. seliaan usaha atau tindakan menyelia: ~ yg rapi dpt meningkatkan prestasi pekerja. penyeliaan perbuatan atau hal menyelia; pengawasan. penyelia orang yg menyelia; pengawas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
selia II | ; menyelia melihat, mengawas: dia berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun dlm ~ penyelenggaraan dan membaiki kereta-kereta yg berat; seliaan hasil atau tindakan menyelia: memang menjadi tanggungjawab usahawan utk memastikan inventori dikawal melalui ~ yg rapi; penyeliaan perbuatan menyelia, pengawasan: Marie telah belajar di bawah ~ Pierre; penyelia orang yg menyelia, pengawas: ~ Kelas Dewasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selia I | elok, bersih dan bagus, rapi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selia; menyelia | penyelia orang yg menyelia; pengawas. | Kamus Pelajar |
selia; menyelia | penyeliaan perbuatan atau hal menyelia; pengawasan. | Kamus Pelajar |
selia; menyelia | melihat-lihat dan mengawal sesuatu keadaan dsb; mengawasi. | Kamus Pelajar |
mengawal selia | melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengawal selia | melakukan atau menjalankan kawal selia: sebuah lembaga diberi tugas utk ~ pelabuhan itu; pihak kementerian sentiasa ~ aktiviti semua syarikat minyak yg terbabit; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
deregulation | n pembatalan kawal selia. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
safeguards | kawal guna; kawal selia | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | 1) Kawal guna: Kawalan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan. 2) Kawal selia: Penyeliaan penggunaan bahan nuklear dan aktiviti berkaitan dengan nuklear yang tertakluk di bawah perjanjian antarabangsa daripada digunakan untuk tujuan persenjataan. |
innocent alarm | penggeraan tidak mudarat | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Keputusan penaksiran isyarat penggera yang menyatakan kehadiran bahan nuklear atau bahan radioaktif lain adalah di bawah kawal selia atau dikecualikan atau terkecuali daripada kawal selia. |
housekeeping gene | gen jaga selia | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Gen yang diperlukan untuk mengekalkan fungsi asas sel dan diekspreskan di dalam semua sel organisma di bawah keadaan pato-fisiologi normal. |
fish health management | pengurusan kesihatan ikan | Perikanan | Akuakultur | Amalan mengawal selia aktiviti ternakan pada peringkat pembenihan, asuhan dan ternakan untuk mencegah penyakit ikan serta memastikan kesihatan ikan berada dalam keadaan optimum untuk diternak. Kebiasaannya, amalan ini melibatkan pengurusan dari segi persekitaran air, spesies ikan dan patogen. Contohnya, memastikan kualiti air berada dalam julat sesuai untuk ternakan, ketiadaan patogen dalam kawasan ternakan dan kualiti benih yang tinggi. |
effective kilogram | kilogram efektif | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Unit pengukuran jisim dalam kawal selia atau kawal guna bahan nuklear. |
Poisons Act 1952 | Akta Racun 1952 | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Akta yang bertujuan untuk mengawal selia pengimportan, pemilikan, pengilangan, pengkompaunan, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang diwartakan pada 1 September 1952 dan disemak pada 1989. Terdapat empat peraturan yang telah digubal di bawah akta ini, iaitu: i. Peraturan-peraturan Racun 1952; ii. Peraturan-peraturan (Fi) Racun 1983; iii. Peraturan-peraturan Racun (Sodium Hidroksida) 1962; dan iv. Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989. |
National Regulatory Sandbox | Medan Ujian Regulatori Negara | Undang-undang | Tiada | Medan yang disediakan oleh pihak pengawal selia tertentu yang membenarkan pihak berkepentingan menjalankan ujian atau percubaan secara langsung dalam keadaan selamat dan terkawal. |
Council of Rulers | MajIis Raja-raja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Majlis yang dibentuk untuk mengurus dan mengawal selia hal ehwal yang berkaitan dengan raja dan bidang kuasanya. Idea pembentukan majlis ini muncul seiring dengan kemunculan konsep raja berpelembagaan apabila mereka tidak lagi menjadi pemerintah yang bersifat mutlak. Dalam era pemerintahan moden, negara demokrasi yang mempunyai raja telah ditakrifkan sebagai raja berpelembagaan dan tidak lagi mempunyai kuasa eksekutif dalam hal ehwal pemerintahan negara. Namun untuk mengekal dan memelihara status monarki ini, dibentuk sebuah majlis yang dianggotai oleh raja-raja yang memerintah. Majlis ini berfungsi sebagai badan yang mengurus pelantikan seorang raja atau sultan sebagai ketua negara, peraturan khusus berhubung dengan perilaku raja atau sultan, pelantikan majlis atau mahkamah khas bagi raja yang melanggar kod etika dan sebagainya. Parlimen perlu memohon persetujuan majlis ini sebelum membuat sebarang pindaan terhadap perkara yang berkaitan dengan agama dan juga peruntukan khusus kepada raja. Contohnya, Majlis Raja-raja di Malaysia terdiri daripada sembilan orang sultan yang mewakili negeri beraja. |
multilocus sequence typing (MLST) | penjenisan jujukan multilokus (MLST) | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah penjajaran jujukan berbilang ke atas beberapa lokus gen jaga selia untuk penentuan spesies (biasanya bakteria). |
Drug Enforcement Officer | Pegawai Penguatkuasa Dadah | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Pihak berkuasa yang ditubuhkan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 bagi mengawal selia Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR). Pihak ini hendaklah terdiri daripada Ketua Pengarah Kesihatan, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara, dan tujuh orang anggota lain yang akan dilantik oleh Menteri yang bertanggungjawab terhadap kesihatan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
selia | daow bersi [daow brsi] | Melanau Dalat | |
selia | menyelia ngawas, njagak. | kedayan | |
matah | selia | TETAW | |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
selia | [se.lia] | سليا |
|
Tesaurus |
---|
| selia (adjektif,) | Bahasa Asal :sastera lama | Bersinonim dengan elok, bersih, bagus, rapi, kemas, tersusun, teratur, beres, majlis, apik, apas, tertib, siaga;, | |
|
|