Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tanam ubi di tepi tebat, Orang menjala di Kampung Ulu; Hidup mati bersama sahabat, Sahabat setia menudung malu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Makan ketupat di kecung baru, Lempar kulit di kaki tiang; Dah boleh sahabat baru, Sahabat lama tinggal buang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ada berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung perling matanya merah, Hendak memakan tempulur labu; Sahabat menghilang nampak marah, Tersinggung kawan dalam kalbu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tinggi-tinggi matahari, Tinggi meninjau pantai Melaka; Hilang sahabat boleh dicari, Hilang kekasih badan binasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Yam duduk di pintu, Sambil menjahit baju kurung; Sahabat diam memang begitu, Macam gunting makan di hujung.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Ali anak Cik Hassan, Hendak menggulai kambing jantan; Sahabat baik saya berpesan, Santan mabuk jangan dimakan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Sehari-hari pergi berulang, Serbat diisi dalam cawan; Mengenang sahabat jauh di seberang, Lautnya luas memisahkan badan.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Encik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang.
Tesaurus
 
sahabat (kata nama)
1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut,
Berantonim dengan ketua

Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan,

Puisi
 

Tanam ubi di tepi tebat,
     Orang menjala di Kampung Ulu;
Hidup mati bersama sahabat,
     Sahabat setia menudung malu.



Lihat selanjutnya...