Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tangan kanan jangan percaya tangan kiri; luka tangan kanan oleh tangan kiri.

Takrif

Jangan terlalu percaya kepada sahabat, kerap kali sahabat pula yang mencelakakan kita.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Nasi habis budi bersua.

Takrif

Sahabat yang sudah kentara budi pekertinya yang kurang baik; baru teringat akan sahabat setelah dalam kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Air besar, batu bersibak.

Takrif

Saudara dan sahabat berpecah-belah apabila timbul perselisihan besar. sibak = cerai, menepi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Beruang bagai durian, bernabu bagai cempedak.

Takrif

Keluarga atau sahabat handai yang sudah terpisah jauh. ruang = alur; nabu = isi yang menempel pada bijinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jika cerdik teman berunding, jika bodoh disuruh diarah.

Takrif

Sahabat yang tulus ikhlas dan suka membantu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bersaksi ke lutut.

Takrif

Minta pertimbangan kepada orang yang bodoh; sahabat atau sanak saudara dijadikan saksi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Senduk dengan belanga lagi berlaga.

Takrif

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Senduk dan periuk lagi berantuk.

Takrif

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti anak ayam kehilangan induk (= ibu).

Takrif

Kesusahan kerana bercerai dengan sahabat yang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi.

Takrif

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Senduk dan periuk lagi berantuk, c. Senduk dengan belanga lagi berlaga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
sahabat (kata nama)
1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut,
Berantonim dengan ketua

Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan,

Puisi
 

Tanam ubi di tepi tebat,
     Orang menjala di Kampung Ulu;
Hidup mati bersama sahabat,
     Sahabat setia menudung malu.



Lihat selanjutnya...