Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
apakah maksud sahabatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahabat membawa maksud 1. kawan, teman, taulan: daripada banyak seteru, lebih baik banyak kawan; 2. pengikut, murid; sahabat nabi pengikut nabi; sahabat handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan su­paya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali.Ejaan28.02.2015
Kata nama 'orang kaya' ditulis dalam huruf besar atau tidak? contohnya : Orang Kaya Jelebu orang kaya Jelebu ataupun kalau tiada nama tempat, dan hanya merujuk pada orang tersebut..contoh : "Saya pun bersetuju dengan kata- kata Orang Kaya dan sahabat- sahabat." atau "Saya pun bersetuju dengan kata- kata orang kaya dan sahabat- sahabat."Frasa orang kaya kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil, namun Orang Kaya Jelebu ialah kata nama khas dieja dengan huruf besar.Ejaan01.08.2013
Saya ingin melakukan sedikit pencerahan dalam kamus dewan edisi keempat berkenaan perkataan 'sahabat'. Maksud yang dibawa bersama adalah pengikut. Contoh yang dibawakan adalah "pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi" iaitu sahabat nabi pengikut nabi. Setakat pengetahuan cetek saya, kita pada hari ini walaupun pengikut nabi Muhammad S.A.W bagaimanapun bukanlah dikategorikan sebagai sahabat nabi. Hal ini kerana pendefinisian sahabat nabi daripada sebahagian ulama' adalah berlainan. Antaranya sebagaimana yang didefinisika oleh Ibnu Hajar al-Asqalani : Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim. Sumber : Al-hafiz Ibn Hajar Nukhbat al-Fikar, Beirut : Dar al-Ihya, jil 1, hal. 230. Al_-Suyuti, Tadrib al-Rawi, aktabah Ruyad al-Haadisah, jil. 2, hal. 209. Sebagai konklusi, saya merasakan perlu ada dalam entri 'sahabat' khusus bagi mendifinisikan sahabat nabi seperti 'sahabat nabi' sebagai ~ ialah mereka yang sempat bertemu dengan nabi ,beriman dan mati dalam keadaan Islam. Sekian. Terima kasihUntuk makluman tuan, Kamus Dewan hanya mencatatkan makna secara umum bagi sahabat dalam konteks sahabat nabi. Dalam konteks yang tersebut sahabat nabi dianggap sebagai pengikut atau murid nabi dan secara literalnya pastilah mereka yang pernah bertemu dengan nabi. Walau bagaimanapun, kami ambil maklum pandangan tuan dan mengemukakannya kepada Bahagian Perkamusan untuk penambahbaikan maklumat perkamusan.Lain-lain24.02.2017
Apakah perbezaan sahabat dan kawan?Maksud "sahabat" ialah "orang yang dikenal rapat dan disukai tetapi tidak bersaudara dengannya." manakala "kawan" ialah "kumpulan (binatang), kelompok, gerombolan (penjahat, pengganas, dan lain-lain), sahabat, teman (dalam pergaulan sehari-hari) atau rakan. Maka sahabat dan kawan ialah sinonim.

Makna02.01.2023
Ingin menerangkan pada sahabat atau Ingin menerangkan kepada sahabat?Ingin menerangkan kepada sahabat.Tatabahasa20.09.2011
Assalamualaikum tuan. Antara ayat berikut, yang mana satukah yang paling tepat? 1. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walau dilarang oleh para sahabat. 2. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walau dilarang oleh para sahabat. 3. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabat. 4. Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir walaupun dilarang oleh para sahabat. Terima kasih saya dahulukan. Ayat yang betul ialah Bahkan, Rasulullah juga mahu bergilir, walaupun dilarang oleh para sahabatTatabahasa02.09.2021
Asebelum berpisah,kedua-dua orang sahabat itu saling bermaafan B Sebelum berpisah, kedua-dua orang sahabat itu saling bermaaf-maafan apakah perbezaan antara A dengan B, haraplah unsyi berikan nasihat tentang saling bermaafan dan saling bermaaf-maafan HARAPLAH MUNSYI DAPAT BERIKAN SEDIKIT TUNJUK AJAR. TQBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bermaaf-maafan bermaksud saling memberi ampun. Oleh itu, ayat yang betul ialah: Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu saling bermaafan atau Sebelum berpisah, kedua-dua sahabat itu bermaaf-maafanMakna25.03.2012
Saya berharap sahabat karib saya dapat berkawan dengan saya selama-lamanya. Ayat ini betul?Ayat ini betul. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
Salam sejahtera, Frasa "kedua-dua orang sahabat karib" atau "kedua-dua sahabat karib" betul? Bilakah kita perlu menggunakan penjodoh bilangan selepas kata bilangan. Sekian, terima kasih.Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edidi Ketiga, kata bilangan boleh diikuti oleh penjodoh bilangan. Contohnya, kelima-lima ekor kambing, sepuluh buah bangunan, beratus-ratus orang penonton. Oleh itu, kedua-dua frasa yang dikemukakan adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa11.01.2012
dipertemui: dua orang sahabat yang lama tidak jumpa itu telah dipertemui dalam satu majlis perkahwinan. betul ayat ini?Jawapan yang betul ialah Dua sahabat yang telah lama tidak berjumpa bertemu dalam satu majlis perkahwinan.Lain-lain29.03.2007
Tesaurus
 
sahabat (kata nama)
1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco,
Berantonim dengan musuh

2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut,
Berantonim dengan ketua

Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan,

Puisi
 

Tanam ubi di tepi tebat,
     Orang menjala di Kampung Ulu;
Hidup mati bersama sahabat,
     Sahabat setia menudung malu.



Lihat selanjutnya...