PeribahasaPucuk layu disiram (= ditimpa) hujan.TakrifSetelah menderita barulah mendapat kesenangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPucuk leban gading gajah, bekerja segan makan gagah.TakrifMalas bekerja, tetapi banyak makan. leban = sebangsa pohon.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaHendak air pancuran terbit.TakrifYang diperoleh lebih daripada yang dikehendaki. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Hendak ulam, pucuk menjulai, b. Pucuk dicita ulam tiba).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai pucuk pisang didiang.TakrifLemah sekali; tiada berdaya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaBagai pucuk (enau) dilancarkan (= diluncurkan).TakrifAmat cepat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaLebih pucuk, lebih pelepah?TakrifMana baik kawan lama dengan kawan baru? (Satu kiasan).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenghendaki pucuk alu.TakrifIngin kepada barang yang tak mungkin diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: Menghendakkan cirit harimau tergantung di ekornya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pucuk ru, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang.TakrifKedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pucuk pohon ru; ke mana ditiup angin ke situlah melentur.TakrifTidak tahu berfikir sendiri, senantiasa mengikut kemahuan orang lain.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti pucuk dengan pelepah.TakrifSama darajatnya (darjatnya).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Puisi |
---|
|
Kalau tuan melancar pucuk, Pucuk pakis timbul tenggelam; Dinihari ayam berkokok, Tinggal cadar di atas tilam.
Lihat selanjutnya... |
|