Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisIstilah MABBIMIstilah Bahasa MelayuBahasa Sukuan v2.0Kamus Melayu ParsiKamus SainsKamus Teknologi MaklumatKamus Thai Melayu DewanDaftar Rumi-Jawi(Beta)Glosari Sains Untuk SekolahGlosari Matematik Untuk Sekolah
Kata Takrif Sumber
positif1 tidak diragui lagi; tentu. 2 gambar (yg diambil dgn kamera) yg sudah jadi. 3 bernilai lebih drpd kosong. 4 ist bkn cas elektrik yg mempunyai lebih banyak protonnya dan kurang elektronnya (lw negatif).Kamus Pelajar Edisi Kedua
positif1 tidak diragui lagi; tentu. 2 gambar (yg diambil dgn kamera) yg sudah jadi. 3 bernilai lebih drpd kosong. 4 ist bkn cas elektrik yg mempunyai lebih banyak protonnya dan kurang elektronnya (lw negatif).Kamus Pelajar
elektropositif/eléktropositif/ ist 1 bkn elektrik yg mempunyai cas positif. 2 bkn unsur yg mempunyai kecenderungan utk membebaskan elektron dan membentuk ion positif dlm tindak balas kimia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
positif1. pasti, tegas, tentu, tetap; 2. lwn negatif (elektrik dll); 3. gambar yg diambil dgn kamera yg sudah jadi (bukan pd filem), gambar foto yg sebenarnya (bukan negatif); 4. memperlihatkan (mengemukakan, menekan­kan, dsb) sesuatu yg baik atau yg boleh mendatangkan manfaat dsb: sikap-sikap ~; mempositifkan menjadikan positif (pasti, baik, membina dsb): beberapa langkah perlu diambil utk ~ pengaruh media dan komunikasi terhadap keluarga dan remaja; anda perlu ~ pemikiran anda; kepositifan perihal, keadaan atau sifat positif (pasti, baik, membina dsb).Kamus Dewan Edisi Keempat
ion(Kim) atom atau kumpulan atom yg bercas elektrik; ~ hidrogen ion positif yg terhasil apabila atom hidrogen hilang elektronnya, proton; ~ karbonium ion organik yg mengandungi karbon bercas positif; mengion bertukar menjadi ion: molekul kuprum sulfat akan ~ menjadi ion kuprum dan ion sulfat; mengionkan menukarkan atau menyebab­kan sesuatu menjadi ion: sinaran yg masuk ke dlm kebuk ini akan ~ molekul udara pd jejak laluannya; pengionan proses mengion atau mengionkan: unsur logam mempunyai nilai keupayaan ~ yg rendah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kutub I1. hujung paksi atau gandar (bumi dll); 2. (Fiz) pangkalan litar elektrik, sama ada punca positif atau negatif; 3. (Fiz) pengalir atau litar yg membawa arus masuk; ~ bumi bahagian di utara dan selatan bumi pd kedua-dua hujung paksi bumi; K~ Janubi = K~ Selatan kutub di selatan bumi; ~ magnet kedua-dua bahagian hujung magnet (besi berani) yg paling kuat kuasa penariknya; ~ negatif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg menerima arus, dgn simbol (-); ~ positif (Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+); K~ Syamali = K~ Utara kutub di utara bumi; bintang ~ bintang yg kelihatan di atas kutub bumi; berkutub ada kutubnya (bkn sel dll); kekutuban (Fiz) keadaan elektrik sesuatu jasad, sama ada positif atau negatif; pengutuban 1. (Fiz) proses yg menyebabkan cas positif dan cas negatif dlm sesuatu jasad tersesar apabila jasad itu berada dlm medan elektrik; 2. (Kim) perubahan kimia yg berlaku dlm sel kering semasa sel itu digunakan, sehingga menyebabkan rintangan dalamannya bertambah dan memendekkan hayat kegunaan sel kering.Kamus Dewan Edisi Keempat
gerak balas(Bio) sesuatu yg berlaku (spt gerakan) akibat pendedahan kpd sesuatu rangsangan: perubahan arah daun itu menunjukkan ~ positif tumbuhan hijau terhadap matahari; ~ cahaya (matahari) gerak balas yg rangsangannya ialah cahaya (matahari); bergerak balas bertindak balas secara positif: pesakit ~ terhadap rawatan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kutub positif(Fiz) pangkalan litar elektrik bekalan arus terus yg mengeluarkan arus, dgn simbol (+);Kamus Dewan Edisi Keempat
kertas positifkertas gambar foto;Kamus Dewan Edisi Keempat
proaktifbersikap positif dgn merangka dan mengawal tindakan yg dilakukan jauh lebih awal drpd jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian: Mereka mesti ~ dlm menjalankan tugas masing-masing.Kamus Pelajar Edisi Kedua
Tesaurus
 
positif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan pasti, tentu, tegas, sah, nyata, jelas, terang, benar, sahih, tepat, jitu, muktamad;,