Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
1.perwatakan watak dalam novel dapat kita gambarkan melalui perbuatan dan penuturan watak tersebut. (munsyi, adakah penuturan atau pertuturan sesuai digunakan? TK)Perkataan yang sesuai ialah pertuturan.Tatabahasa24.06.2013
Huraikan contoh-contoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnom AhmadContoh perwatakan personaliti waja diri yang terdapat dalam watak Jeha dan Lahuma dalam Ranjau Sepanjang Jalan.

Watak Lahuma dan Jeha merupakan gambaran perjuangann hidup dari sebuah keluarga petani miskin yang menjadi  proto-type dari petani miskin yang lain. sifat umum yang terdapat pada mereka ialah; 
- menyerah segala nasih kepada Allah SWT. Rintangan atau ranjau dalam kehidupan mereka sebagai petani adalah suatu yang wajar. Lahuma dan Jeha sebagai protagonis perlu menghadapi cabaran dari alam yang menimbulkan pelbagai konflik jiwa kepada mereka.
- Lahuma mencintai isteri dan anak-anaknya tanpa batas dan cinta itu dicurahkan melalui pekerjaannya.   Pengarang melukiskan Lahuma sebagai seorang petani miskin yang penuh tanggungjawab terhadap sawah yang menghidupkan keluargannya. Lahuma merupakan watak dinamis yang sanggup menghadapi maut dalam perjuangannya. Sungguhpun kesakitan ditikam duri nibung ia masih ingin menumpukan perhatiannya terhadap bendangnya yang belum selesai.

Watak Jeha pula lambang dari isteri petani yang setia, yang cintanya tak terbatas dan pengorbanannya tak bertepi.
walau bagaimanapun kualiti kewanitaannya masih tetap ada seperti di menjadi lemah semangat bola terkena geroh ular senduk, fikirannya terganggu oleh kematian Lahuma yang menyebabkan segala tanggungjawab terpikul di bahunya.
Fikirannya terganggu oleh perderitaan yang tidak terselesaikan dan akhirnya menjadi gila dan dikurung tetapi masih memperlihatkan cinta kasinya terhadap suami yang telah mati dan terhadap sawahnya.
Sastera21.03.2012
maksu watak dan perwatakan

Secara umum, watak ialah sifat-sifat luaran yang digambarkan oleh pengarang seperti rambutnya yang ikal, dahi luas dan sebagainya. Perwatakan pula ialah sifat-sifat dalaman watak yang boleh dikesan atau digambarkan sama ada melalui percakapan dan tingkah laku watak atau watak lain seperti baik hati, pemarah dan sebagainya. 

Lain-lain14.09.2008
Apakah yang dimaksudkan dengan sudut pandangan personaliti waja diri? Berikan contoh-contoh personaliti waja diri
Sudut pandangan personaliti ialah bagaimana penilaian  terhadap  sifat dan sikap seseorang yang membentuk perwatakan dan keperibadiannya. Personaliti waja diri  mungkin boleh dirujuk perwatakan dan keperibadian  ungggul seseorang.
Sastera21.03.2012
apa perbezaan personafikasi dan hiperbola ?

Personafikasi bermaksud memberikan sifat manusia sama ada dari segi perasaan, perwatakan atau tindak-tanduk kepada benda-benda mati, binatang atau benda-benda yang abstrak.

Hiperbola  bermaksud gaya bahasa yang berlebih-lebihan dengan menggunakan metafora atau kiasan yang melampau. Hiperbola digunakan untuk melahirkan kesan kelucuan atau menegaskan sesuatu fakta dalam sesuatu situasi. Biasanya hiperbola terdapat dalam puisi dan drama cinta.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/

Lain-lain19.08.2022
Salam, boleh jelaskan perkataan "karakter" boleh digunakan dalam bahasa Melayu standard? Sekian terima kasih.Perkataan karakter boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, karakter ialah sifat (ciri) perwatakan yang mem­bezakan seseorang daripada yang lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca.Ejaan14.02.2013
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA APAKAH MAKNA CERMAT TERIMA KASIHMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Ceria membawa maksud: 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu); 2. riang, gembira (perwatakan); 3. menarik (pakaian dll).Makna28.10.2015
SAYA MAEUT ROSMAS BELAJAR BEHASA MELAYU SAYA APAKAH MAKNA CERMAT TERIMA KASIHMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Ceria membawa maksud: 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu); 2. riang, gembira (perwatakan); 3. menarik (pakaian dll).Makna28.10.2015
SAYA NI-AMANEE AWAEKUECHI BELAJAR BAHASA MELAYU DASAR INGIN BERTANYA TENTANG TATA BAHASA APAKAH MAKNA CERIA TERIMA KASIHCeria membawa maksud: 1. bersih dan cantik (indah) (ruang atau kawasan tertentu); 2. riang, gembira (perwatakan); 3. menarik (pakaian dll).Makna28.10.2015
Kalau saya hendak translate "character" to Bahasa Malaysia, selain daripada watak, boleh saya guna "karekter"? Terima Kasih Character Pencil (Bahasa English) Pencil Karacter atau Pencil Watak? (Bahasa Malaysia)Perkataan karakter boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, karakter ialah sifat (ciri) perwatakan yang mem­bezakan seseorang daripada yang lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca. Mengikut hukum D-M, frasa yang tepat ialah "Watak Pensil" atau "Karakter Pensil".Tatabahasa10.02.2014
Tesaurus
 
watak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sifat: perangai, kelakuan, tingkah laku, budi pekerti, moral, akhlak, tabiat, khalikah, pembawaan, tanjak,

2. Bersinonim dengan tokoh: pelaku

Kata Terbitan : perwatakan,