Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tetak mengkuang umbutnya kayu, Sekali tetak sekali mencandak; Orang perempuan sungguh tak malu, Sekali hendak sekali tak hendak.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh dalam perahu; Orang perempuan bersanggul dua, Mari kucium orang tak tahu.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh di dalam upih; Orang perempuan bersanggul dua, Kalau bercakap terlalu lebih.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang merendang si udang galah, Cara masakan oranglah Minang; Orang perempuan selalunya kalah, Orang jantan selalunya menang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tidak hujan di hulu, Bila barang timbul tenggelam; Kalau perempuan janji dahulu, Kenapa saya datang semalam.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Kalau tidak hujan di hulu, Bila barang timbul tenggelam; Kalau perempuan janji dahulu, Kenapa saya datang semalam.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Seladang mati di padang, Mati dipanah raja bestari; Kalau ada anak perempuan, Kalau pinang ayahnya tak beri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tuan belayar menyongsong arus, Dapat bunga tiga sekaki; Kalau tak dapat perempuan kurus, Tidak puas rasanya hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Terang bulan di balik awan, Bunga timbul kusangka mati; Jangan percaya mulut perempuan, Berani bersumpah takut mati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Ati-ati kulit manis, Ragi-ragi dalam puan; Laki-laki mulut manis, Pandai pujuk hati perempuan.
1
Tesaurus
 
perempuan (kata nama)
1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina,
Berantonim dengan lelaki

2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri,
Berantonim dengan suami

Kata Terbitan : keperempuanan,

Puisi
 

Buah durian dibelah dua,
     Mari kutaruh dalam perahu;
Orang perempuan bersanggul dua,
     Mari kucium orang tak tahu.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
358

One man's meat is another man's poison

Sesuatu yang disukai oleh seseorang, tetapi dibenci pula oleh orang lain.

Temu pada awak, peria pada teman.

Polygamy is sweet to some women, but one man's meat is another man's poison. I would rather remain unmarried than suffer in silence!

Hidup bermadu manis bagi sesetengah perempuan, tetapi tebu pada awak, peria pada teman. Saya lebih rela membujang daripada hidup memendam derita!

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...